18

2.6K 128 3
                                    

sugarhusband

- - -

HARI ini merupakan hari terakhir mereka di Australia. Sudah puas Halwa menjelajah Melbourne ini. Sekarang sudah tidak larat hendak berjalan-jalan lagi, katanya sakit kaki padahal naik kereta.

"Sugarhusband, lepas honeymoon ni kita nak ke mana?" Halwa menoleh ke arah Davano.

"Kita balik, sayang." simple saja jawapan yang diberi Davano.

Dia memang sudah bercadang untuk membawa Halwa pulang ke Jerman. Memandangkan di sanalah tempat lahir seorang Davano Ezander, lagipula di Jerman jugalah Daily dikuburkan.

"Balik mana, husband? Balik Malaysia?" Halwa terus menopang dagu di atas bahu sofa.

"No, honey. We're going back to Germany." Davano mengukir senyum.

Halwa menyerot bibir, dia berfikir sebentar. Dia pernah ke mansion Davano sebelum ini, tetapi bukankah berlakunya perang antara Davano dan unclenya?

Ya, Halwa ingat lagi pada waktu itu. Seluruh mansion milik Davano hancur dalam sekelip mata saja. Semuanya angkara Aledan.

Jadi.... Jikalau Davano membawanya pulang ke Jerman, di mana hendak mereka tinggal? Tak akanlah nak tinggal di hotel, kan? Halwa kemudian menarik ekor mata ke arah Davano.

"Bukan ke mansion sugarhusband dah terbakar?"

Davano tersenyum. Comellah isteri dia ini, rasa macam nak geget pula. Memanglah mansion dia pernah terbakar dan bahkan hangus seluruhnya. Tapi.... Davano boleh gantikan dengan yang baru.

Mungkin isteri dia ini lupa bahwa si suami merupakan CEO paling terkaya antara semua CEO.

Halwa masih menunggu balasan Davano. Apa saja yang Davano fikirkan sampai tidak membalas, fikir Halwa. Dia syak tentu Davano nak kata dia mahu membawanya tinggal di hotel.

"One mansion got burned. I can buy a new one or even better, build one."

Mendengarkan jawapan Davano itu Halwa jeda sebentar. Bahagian mana yang dia tertinggal? Dia menepuk dahi. Lupa pula, suami dia orang kaya.

Halwa terus saja melarik sengih. Memang salah dia. Macam mana dia boleh terlupa dengan status suami dia sendiri? Aduhai, Halwa Afrina.

"Lupa pula. Sugarhusband saya ni adalah CEO."

"Jadi....Husband beli atau bina balik mansion tu?" terus sahaja Halwa bertanya.

"Buy and build. I just do some renovation on the new mansion." jawapan Davano menimbulkan tanda tanya lagi pada Halwa.

"Berapa banyak sebenarnya tanah husband dekat Jerman? Macam banyak je..."

Davano tersenyum tika mendengarnya, sudah tentulah banyak. Rugilah Davano Ezander kalau sekadar membeli tanah sekangkang kera sahaja. Dia pasti akan beli beratus hektar tanah, barulah namanya CEO.

"Banyak." Davano mengulum senyum.

Halwa kemudian menyerotkan bibir. Banyak benda yang mahu dia tanyakan tetapi asyik lupa sahaja apa soalannya.

Halwa yang termenung dipandang oleh Davano. Sungguh comel isteri dia bila termenung.

"Don't you feel tired, honey? Why don't you get some rest?" Davano menarik tangan Halwa ke dalam genggaman.

Halwa tersentak. Dia pantas saja menjongket dua keningnya ke atas. Kemudian terkedip-kedip kerana tak dengar apa yang si suami kata tadi.

"Sugarhusband ada cakap apa-apa ke?" dengan wajah polos Halwa menyoal.

Makin bertambahlah kecomellan Halwa. Geram pula bila pandang. Mahu saja Davano peluk kuat-kuat si isteri.

Davano senyum.

Tangan dia naik menyentuh pipi Halwa. Dia usap lembut pipi mulus si isteri. Pandangan mata terus bertaut bersama.

"I say, go take some rest." Davano mengucapnya dengan nada lembut saja.

Halwa yang mendengar itu terus terukir sebuah senyum. Tidak tahan lama-lama kalau begini. Jadinya, tentu akan tersenyum juga.

"Sugarhusband rest lah sekali..." Halwa membuat muka.

Dia sengaja mahu bodek Davano. Dia mahu suaminya tidur di sebelah sambil-sambil itu dia mahu memeluk Davano. Dalam erti kata lainnya, nak bermanja.

"Boleh, sayang. Kita rehat sekarang okey?"

Halwa sudah tersengih suka. Gila dia tidak suka? Dia eksiden hilang ingatan pun tentu tidak akan lupa kepada hal manis bersama suaminya.

Kadang tertanya-tanya kepada orang, bagaimana mereka boleh menanam benci kepada orang yang mereka sayang? Sedangkan hati itu sebenarnya masih lagi mahu. Hanya diri memenangkan ego.

Tidak tunggu masa lama, Halwa lantas bangun. Dia menarik tangan Davano untuk bangun dari duduk. Davano pula tidak habis-habis tersenyum kerana kelakuan Halwa.

Macam-macam ragam yang Halwa ada sekarang. Kadang dia jadi matang, terkadang juga dia jadi keanak-anakkan. Hal inilah yang membuatkan Davano tak mahu lepaskan Halwa Afrina.

Datanglah apa pun ujian, Davano Ezander tetap milik pada Halwa Afrina. Dan Halwa Afrina milik Davano Ezander. Simple dan padat.

Tidak ada sebab lain jikalau hati telah terkunci dengan kata cinta. Bilanglah apa pun, cinta tetap bertahta di dalam hati. Walau terkadang ego selalu saja menang tetapi cinta tetap kekal.

Halwa membawa Davano berbaring ke katil. Dia tidak mahulah kekanda dia itu asyik sibuk saja memanjang, dia kenalah berehat juga. Tak akanlah waktu bulan madu mereka ini Davano kena bekerja juga kan?

Halwa faham dengan kerja Davano, lebih lagi suaminya pemegang gelaran CEO. Kerja memanglah kerja, tetapi waktu privasi adalah waktu privasi. Tak ada kerja, tak ada hal lain boleh dikait masuk ke dalam hal privasi. Noktah.

Ini cara Halwa Afrina bersama dengan suami tercintanya. Orang nak kata gedik? Pedulilah dengan mulut dia, yang pasti Halwa Afrina adalah Halwa Afrina.

...bersambung

SUGARHUSBAND ✅️Where stories live. Discover now