32

1.9K 103 1
                                    

sugarhusband

- - -

BARU sahaja sehari pemergian Davano Ezander ke Latvia, sudah rindu dirinya kepada Halwa Afrina. Davano bukan apa. Selama ini tidak pernah dia berjauhan dengan si isteri. Kali ini saja sampai tiga bulan lamanya.

'I miss you so much, Halwa...' ucap Davano sayu.

Dia memandang lama akan gambar Halwa yang dipapar di skrin telefon. Sungguh dia rindu pada si kekasih hatinya itu. Haih, baru saja satu hari tapi sudah rindu bukan main. Bagaimana pula hendak bertahan selama tiga bulan?

Jari Davano menyentuh pada skrin. Diusap perlahan gambar Halwa. Rindu. Sangat rindu. Terus menerus ditenung wajah Halwa di hadapan.

'Ya Allah. I really miss her.'

Navis masuk ke dalam pejabat Davano. Pandangannya terhenti tepat kepada Davano yang menung pada skrin telefon. Dia berkerut ketika melihat pada tuannya itu.

Ada apa pula tuan dia duduk termenung saja di sana? Tak akanlah sedang termenung fasal kerja? Mustahil. Jarang tuan dia itu mahu fikir pasal kerja sampaikan dibawa ke dalam menungannya.

Navis sengaja mengetuk pintu pejabat Davano. Saja mahu kejutkan Davano yang sedang termenung. Takut-takut kalau dia ditengking pula kerana menganggu.

Davano terus saja tertoleh menghadap Navis. Dia menjongket kedua kening ke atas. Dia mengedip sekali matanya memandang Navis. Hairan dia lihat Navis yang sudah berdiri di sana.

"Why?" soal Davano.

Navis menutup mulut. Dia mahu tutup senyum yang kian terlorek di bibir. Bukan mahu mengejek. Cuma tidak percaya dengan tuan dia yang boleh jadi blur begitu.

"What's those smile for?" tanya Davano. Sedikit pelik dengan kelakuan Navis terhadapnya.

Navis menggeleng, "Nothing, sir."

Davano berdehem. Dia kembali memandang skrin telefon. Gambar Halwa disambung tenung. Aduhai, sang isteri. Menawan sungguh!

   "Aku budak girl, yang pantang menyerah!" nyanyi Vanessa dengan suara yang kuat.

Vivian sudah menutup telinga. Kakak dia itu kalau bernyanyi memang tidak akan ingat dunia. Bukanlah nak mengata kakak sendiri. Tapi jujur Vivian cakap, memang suara Vanessa itu tak lawa!

Vivian memandang ke arah Vanessa. Lihatlah kakak dia itu. Dia bernyanyi tak ingat dah dekat orang sekeliling. Lihat sajalah pembantu yang lain, semua tutup telinga.

"Aku budak girl!" jerit Vanessa.

Halwa menepuk-nepuk tangan. Dia tidak kisah dengan nyanyian Vanessa. Hari ini hari yang gembira buatnya. Mereka spend time bersama tiga perempuan. Maklun, suami kan tengah sibuk kerja. Mana mahu duduk saja kan?

"I can show you the world! Shining, shimering, splendid!" hah, sudah tukar lagu pula si Vanessa.

"Akak, lepasni kita pi shopping lah." ajak Vivian sambil satu tangannya menutup telinga. Bingit sudah telinga dia itu gegara Vanessa.

Halwa menoleh, "Shopping?"

Halwa berfikir sejenak. Kemudian dia mengangguk-angguk, boleh juga kalau nak pi shopping. Tak adalah bosan sangat duduk saja di rumah. Boleh juga sambil-sambil itu mereka bertiga cuci muka. Aha!

"Vanessa!" panggil Halwa.

Namun musik yang kuat itu tidaklah dapat ditandingi. Suara Halwa Afrina manalah kuat sangat. Nak lagi lawan dengan segala beat yang ada dalam musik.

Vivian menggeleng kepala. Haih. Penatlah dia begini. Lama-lama naik marah pula Vivian. Dia bangun dari duduk. Pantas saja kaki mengorak langkah menuju ke arah Vanessa. Dia tak boleh nak tahan ini. Nanti gila dibuatnya!

"Akak, Kak Halwa panggil!" jerit Vivian di sebelah Vanessa.

Terkejut beruk Vanessa dibuat Vivian. Vanessa mematikan karaoke itu. Dia pandang Vivian di sebelah dengan mimik muka tidak puas hati. Memang nak kena budak ini!

"Yang you nak jerit-jerit kat telinga I ni kenapa? You buang tebiat ke apa, hah!" tempelak Vanessa. Mahu saja dia naik tangan pada Vivian namun dia bersabar sahaja.

Vivian pula yang buat muka. Kakak dia ini pantang kalau dijerit. Tapi dah darurat sangat. Itu fasallah menjerit si Vivian itu. Nak lagi berkaraoke tak ingat dunia, memang kenalah dengan Vivian.

"Akak tu yang tak reti nak berhenti kenapa? Tahu tak Kak Halwa panggil? Eloklah Vian jerit sebelah akak. Kalau Vian jerit tepat dekat telinga akak baru padan muka."

Vanessa menghempaskan mikrofon di sofa. Wah, dah melebih ini. Dia cakap sikit, balasannya banyak? Wah!

"Berani eh you dengan I?" Vanessa bangun dari duduknya.

Vivian berpeluk tubuh. Dia menjeling. Suka hati dialah nak buat apa. Salah kakak dia juga kerana tak dengar dengan panggilan dia. Memang kena!

"Eh, dahlah tu. Aku yang suruh dia panggil kau. Salah kau juga. Dah kau menyanyi macam nyanyi rock tu kenapa?" Halwa segera menyampuk.

"Yelah. Boleh je kan panggil I elok-elok? Tak perlulah nak jerit. I tak pekak pun."

Halwa menggeleng. Lihatlah kawan dia ini. Nasiblah kawan. Kalau bukan, dah lama kena tapak dengan kaki dia itu.

"Aku nak ajak kau pi shopping. Bukannya nak pergi mana pun. Lagipun bosanlah duduk dekat mansion ni je."

Mendengar perkataan shopping, laju saja bibir Vanessa mengoyakkan senyum. Dia pergi mendekati Halwa. Sengih sampai telinga dia tunjuk pada Halwa.

Halwa dan Vivian saling berpandangan. Halah! Dah agak dah. Si Vanessa itu kalau dengar pasal shopping saja tentulah naik senyum. Bukan main lagi ya!

"Bila nak pergi?" tanya Vanessa.

Halwa tertawa. Laju saja kalau nak shopping ya? Hahah! Tak apalah. Tidak kisah pun. Asalkan dia gembira.

"Kita pergi sekarang!"

"Jom!" ucap Vanessa. Tertawalah mereka bertiga.

...bersambung

SUGARHUSBAND ✅️Où les histoires vivent. Découvrez maintenant