07

3.4K 162 0
                                    

sugarhusband

- - -

"Nak tanya ni wahai wedding planner, bila nak siap pelamin saya ni hmm?" soal Halwa kepada di lelaki pink itu. Sudahlah dia tidak sabar sudah mahu mengenakan gaunnya sambil pegang tangan dengan Davano.

"Miss, kenalah bersabar sikit. I need time untuk decorate your wedding tau tak." balas lelaki itu.

Rasa bengang pula hati Halwa mendengar. Kenapalah lelaki ini lambat sekali mahu buat kerja? Halwa kemudian menyilang tangan ke dada. Malas benar dengan jawapan yang si lelaki ini bagi.

"Kalau lambat macamni buat kerja, baik saya suruh orang lain je buat." kata Halwa sengaja. Biar padan muka dia. Siapa suruh buat kerja pun lambat. Kata perlukan masa, tapi waktu dia sampai tadi pun lelaki lembut ni masih lagi bermain dengan telefon. Eleh.

"Oh my god, miss janganlah macamtu. I janji I will siapkan cepat. Okay? Please give me some time okay, miss?" pinta lelaki itu.

Hah, baru dia tahu. Takut pun kalau Halwa batalkan. Inilah orang sekarang. Nak kena ugut dulu barulah nak buat kerja. Selagi tak di ugutnya, buat kerja pun sambil lewa sahaja. Memang nak kena ketuk ketampi lah.

"Bagus. Pastikan siap awal. Saya ni nak kahwin tau. Kalau awak buat kerja sambil lewa lagi, saya tak akan teragak-agak untuk sugardaddy saya saman awak!" Halwa memberi amaran kepadanya. Pantang benar jikalau orang sengaja mahu buat kerja lambat.

Lelaki itu angguk tanda dia faham. Cuak juga wajahnya bila dengar akan perkataan saman. Dia takut bukan setakat saman sahaja yang si gadis ini boleh suruh, sekali dengan beli kedai dia ini tentulah lebih daripada boleh. Alamatnya, diri dia yang hidup jahanam.

Davano suka dengan sikap Halwa. Tegas saja kelihatan. Padahal Halwa cakap itu bersahaja saja. Bukan dia buat pun. Davano kenal sangat dengan sikap Halwa, walaupun setelah lima tahun telah berpisah.

"Sugardaddy, jom balik." ajak Halwa. Dia sudah bosan asyik duduk saja di dalam kedai ini. Tunggu lama-lama pun bukannya boleh dapat kahwin sekarang. Buang masa adalah.

Mereka semua keluar dari kedai itu lalu masuk ke dalam kereta.

"Sugardaddy, boleh tak saya nak pergi makan? Laparlah..." pinta Halwa.

"Sure, dear." balas Davano.

Halwa tersenyum. Mendengar jawapan Davano begitu, dia teringat akan pertama kali dia dengan Davano bertemu. Sama saja gaya lelaki itu kepadanya. Namun kali ini, lelaki itu lebih banyak mengoyakkan senyum kecil. Itu membuatkan Halwa merasa bahagia.

Terngiang apa yang di katakan Daily lima tahun lepas. Davano jenisnya bukan orang yang murah senyum pada orang. Menangis juga bukan diri dia. Davano Ezander, jenisnya hanya tayang muka datar seolah-olah dia tidak kisah walhal hatinya sedang berkecamuk hancur. Davano bukan orang yang tunjuk emosi dia.

Hanya kepada yang istimewa akan dia beri senyum. Hanya kepada yang dia sayangi, dia bakal tangisi. Lelaki ini bukan seperti lelaki lain. Dia adalah Davano, berbeza dari sekian ramai laki-laki.

***

Halwa membuka diari teristimewanya itu. Dia kemudian melekatkan gambar dia dengan Daily di atas satu muka surat, yang dia tuliskan sebagai 'Ezaty Daily, the sun'. Halwa meletakkan tajuk seperti itu kerana pandangannya terhadap Daily adalah; orang yang sentiasa memberi aura positif di sekitar. Seperti matahari, yang sentiasa cerah dan warna kuning putih melambang keceriaan.

Halwa mengoyakkan senyum. Dia rindukan Daily. Andai saja dia sempat menyelamatkan Daily ketika itu, tentu sehingga sekarang Daily pasti masih berada di sini. Dia merasa bersalah kerana tak berusaha untuk selamatkan Daily ketika itu.

---

"Tak boleh! Kau jangan nak buat benda gila! Kita berdua kena keluar daripada sini!"

Daily memegang erat tangan Halwa.

"Aku tahu kau adalah perempuan yang sudah Tuhan takdirkan untuk abang aku. Aku nak kau jaga dia. Maafkan dia ya?"

"Aku maafkan dia. Kau tu kena ikut aku!" Halwa menarik tangan Daily.

Namun Daily lebih memilih untuk menamatkan saja riwayat dia. Dia kena berkorban, jika tidak, mereka berdua akan menjadi korban.

Daily menolak Halwa keluar. Tak sengaja Halwa terhantuk pada tiang dan terus terjatuh ke bawah. Halwa sempat memandang ke atas namun tak lama, dia pengsan.

One last goodbye from her. She sacrifice her life for Halwa Afrina.

---

Halwa menyeka air mata yang kian mengalir. Dia tidak bermaksud untuk ada bergaduhan dengan Daily. Dia hanya terkejut kerana dia perlu dengar akan kebenaran yang selama ini dia tak pernah sangka.

"Halwa," panggil Vanessa.

Halwa cepat-cepat menutup buku diarinya. Dia kemudian melap hingga kering air mata yang membasahi pipi dia itu. Dia menoleh ke arah Vanessa, senyum dia beri pada Vanessa.

"Jom turun makan. I dah siapkan makanan dah." kata Vanessa.

"Oh, okey. Nanti aku turun. Kau pergilah dulu." suruh Halwa. Dia tak mahulah Vanessa tunggu dia, lagipun dapat dia rasa air mata dia tak lama lagi bakal meluncur keluar.

"Make sure you turun tau. Kalau tak, I heret you pergi bawah. Understand?"

Halwa mengangguk. Apalah Vanessa ini. Tak percaya kalau Halwa kata dia akan turun nanti. Biasalah. Halwa selalu saja skip makan kerana terlalu sibuk membaca novel. Akhirnya, dia jatuh sakit sampaikan demam. Itu yang Vanessa jadi strict sikit.

Vanessa pun berlalu pergi.

Halwa menghembus nafas panjang. Rasanya, sudah sampai masa buat dia fokuskan diri dengan kehidupan dia yang tak lama lagi bakal menjadi seorang isteri kepada Davano.

ya, kehidupan baru.

bersambung...

SUGARHUSBAND ✅️Where stories live. Discover now