16

2.8K 133 2
                                    

sugarhusband

- - -

Destinasi: Skydeck at Eureka Tower.
7 Riverside Quay, Southbank, Melbourne, Victoria.

[4] Tertanya-tanya di mana untuk mendapatkan pemandangan bandar yang hebat? Pergi ke Menara Eureka 91 tingkat di tengah-tengah Southbank. Pencakar langit yang mencolok ini diberi nama sebagai pengiktirafan The Eureka Stockade, pemberontakan 1854 para pencari di ladang emas Victoria. Menambah tema Gold Rush, mahkota emas bangunan dan tingkap berlapis emas benar-benar berkilau ketika matahari menangkap puncak bangunan.

Skydeck, di tingkat 88, memberikan pemandangan awam tertinggi di mana-mana bangunan di Hemisfera Selatan. Untuk lebih keseronokan, pergi ke The Edge, kiub kaca yang meluncur keluar tiga meter dari bangunan untuk pengunjung bebas vertigo.

-

Tak lekang sungguh mata Halwa Afrina memandang akan keindahan bandar Melbourne dari atas menara ini. Dia begitu terpesona sampaikan tidak dia sentuh minuman yang dia beli sebentar tadi.

Davano pula hanya memerhati terus ke wajah si isteri, kadang-kadang bebola matanya bergerak memandang ke hadapan. Namun keindahan pemandangan bandar dari atas menara itu tidak setanding keindahan wajah yang dimiliki isterinya itu.

Senyuman manis terukir di tepi bibir Davano Ezander. Lelaki itu benar-benar obses sekali dengan wajah si isteri, dengan tingkah si isteri, segalanya membuatkan dia obses. Suami mana yang tak obses dengan isteri sendiri? Kalau tidak, dialah yang paling rugi.

"Sugarhusband," Halwa merangkul erat ke lengan Davano. Dia menayangkan senyum dengan barisan giginya yang putih itu, menatap terus ke mata si suami.

"Yes, queen?" Davano memegang dagu Halwa. Terkekek kecil Halwa kerana perbuatan Davano sebentar tadi, lelaki ini tahu sungguh untuk mengambil hatinya.

"Nak makan...." muncung bibir Halwa.

Aduhai. Halwa ini memang menyusahkan. Tadi sudah makan, sekarang nak makan lagi? Davano kemudian menarik tangan Halwa, dia memasukkan jemarinya di celah jari Halwa. Dia pandang akan wajah di isterinya di sebelah.

"Tadi kan sayang dah makan."

Makin muncung bibir Halwa. Dia mahu makan juga. Janganlah salahkan dia pula, salahkan perut dia sebab banyak sangat mahunya. Halwa kemudian menarik-narik lengan baju Davano.

"Lapar...." lirih Halwa. Dia terus menundukkan kepala. Bukanya dia sengaja mahu jadi lapar begini, perut dia saja yang begitu banyak tingkah.

Davano tersenyum kemudian dia menolak dagu Halwa ke atas, mata mereka bertembung. Namun muncung pada bibir Halwa itu masih lagi statik pada awalnya.

"Okay, sayang. Nanti kita pergi makan ya?" Davano mencium ke dahi Halwa.

Terus berubah muncung Halwa menjadi senyum. Dia suka lah tu. Makin menjadi-jadi pula Halwa punya mengada sekarang. Tahulah baru saja bersuami.

"Dah, jom kita jalan lagi, sayang." Davano pun menggenggam erat tangan si isteri di sisi.

Halwa pula makin tersenyum lebar. Mereka pergi singgah ke restoran dulu memandangkan adinda kesayangan Davano itu sudah merengek lapar. Memang Halwa ini kalau tak baca novel, dia akan makan. Tak makan, baca novel.

Halwa meletakkan secawan kopi yang begitu pekat warna hitam di atas meja. Davano yang mulanya sibuk dengan tablet itu terus sahaja mengalihkan pandangan kepada Halwa.

"Sugarhusband, boleh tak kalau saya nak tanya?" Halwa melabuh punggung di atas sofa, bersebelahan saja dengan sang suami.

"Boleh, sayang."

"Saya nak tanya pasal keluarga awak. Saya tak pernah pun tahu pasal latar belakang awak. Kalau ada pun, sikit je." Halwa merenung ke dalam anak mata Davano.

Davano jeda sebentar. Haruskah dia ceritakan tentang latar belakangnya yang penuh kehancuran itu? Berat sungguh hati Davano untuk ceritakan tentang diri dia. Dia tak ada latar belakang yang menarik buat diceritakan kepada si isteri.

"Sugarhusband?" panggil Halwa.

Davano kemudian mengukir senyum kecil. Tangannya naik menarik Halwa terus ke dalam dakapan, bukannya dia tidak mahu bercerita namun tidak ada hal yang begitu menarik untuk diceritakan.

"Hmm... Husband tak nak bagitahu ke?" Halwa mencongak memandang wajah Davano.

Namun lelaki itu hanya senyum. Nampaknya, kena jugalah dia ceritakan. Tapi, rasa takut hendak memulakan cerita. Lagi banyak hal sedih berbanding gembira. Lebih banyak hal perit berbanding bahagia.

"I once have a family. But now, there's none." Davano memegang ke tangan Halwa.

Sementara Halwa begitu tekun mendengar. Tak kisah pun. Sebanyak mana yang suaminya mahu cerita, dia akan dengar. Memang itu adalah apa yang Halwa mahukan. Dia hendak tahu tentang latar belakang Davano Ezander.

---

Keluarga Davano Ezander pada mulanya memang sebuah keluarga yang aman. Mereka semuanya kelihatan sangat baik. Namun, kerana adanya dengki dalam diri, manusia sanggup membunuh walaupun darah dagingnya sendiri.

Talam dua muka.

Semuanya menjadi korban. Pertalian keluarga dan darah tidak lagi difikirkan. Kerana rasa iri hati, kerana rasa tamak, menjadi asbab terletusnya perpecahan antara keluarga sendiri.

Davano juga manusia biasa. Ada keluarga yang hidup dalam serba mewah, dia sangkakan bakal senantiasa bahagia bersama. Namun itu hanyalah dusta semata.

Ada keluarga, berpecah belah. Ada ayah, di bunuh kejam. Ada adik, menjadi mangsa. Ada ibu, menjadi dalang disebalik permainan. Tak ada yang sempurna.

---

Davano terus saja mengusap kepala Halwa, dari tadi dia bercerita Halwa hanya mendengarnya. Selama ini, dia fikirkan Davano hidup begitu bahagia bersama keluarganya. Tapi sangkaan dia meleset jauh ke belakang.

"Kesian my sugarhusband ni...." lirih Halwa. Dia kasihankan kekandanya yang hidup dengan keluarga sebegitu.

Mendengarkan itu, Davano tersengih kecil. Tak ada apa pun yang isterinya perlu kasihankan. Lagipula, sekarang, dia sudah ada Halwa Afrina. Pada Davano, si isteri adalah penawar pada lukanya.

"It was all in the pasts, honey. After all, I have you now." diberi lagi satu ciuman di atas kepala Halwa.

Halwa tersenyum. Alhamdulillah. Ini adalah kebahagiaan. Dia tidak tahu apa akan jadi jikalau pada mulanya dia menolak untuk berkahwin dengan Davano. Tentu sekarang dia masih lagi menangis di dalam bilik kerana rasa sesal tak bernoktah.

"It's okay, sugarhusband. Kita akan mulakan hidup baru. Ini kan kisah kita dua, kan?"

"Takpe. Saya sentiasa ada untuk sugarhusband."

...bersambung

SUGARHUSBAND ✅️Where stories live. Discover now