10

3.4K 169 12
                                    

sugarhusband

- - -

SETELAH lama menunggu, akhirnya pelamin telah pun di siapkan. Majlis yang di nanti-nantikan itu sudah di mulai. Akhirnya, hari yang besar kini bakal berlangsung hari ini.

"Relax tau, Halwa. You jangan panik," kata Vanessa menasihati Halwa.

Halwa yang masih di dandani itu memerhati kecil ke cermin. Dia nampak Vanessa yang sedang mengipas muka dengan telapak tangan. Rasanya bukan Halwa yang panik di sini.

"Aku tak rasa aku yang panik. Kau tu okey ke tak hah? Yang nak kahwin aku, bukannya kau." kata Halwa.

Vanessa yang mundar-mandir itu akhirnya melabuhkan punggung di katil. Jujur dia cakap, dia yang panik. Entah apa yang dia takuti tetapi degupan jantung dia itu asyik berdegup laju. Jangan-jangan, kegugupan Halwa itu terpindah ke Vanessa?

"I don't know why i'm acting like this,Halwa."

"Mungkin akak tak sedia lagi kut nak lepaskan Kak Halwa pergi. Yalah, kalau Kak Halwa dah kahwin mesti dia kena ikut suami dia kan. Dah takdelah yang nak bergaduh dengan akak lepasni," celah Vivian.

Vanessa mengetap bibir. Benar jugalah apa yang Vivian kata. Selama ini kalau mereka berpisah tak pernah nak lama-lama. Tapi kali ini, tentu akan berpisah sangat lama. Nak lagi kawan dia itu bakal menjadi isteri. Tempat sang isteri kan di sisi suami.

"That's right. I mesti akan rindu you nanti, Halwa." Vanessa menolak perlahan bahu si tukang dandan itu. Dia memeluk bahu Halwa. Dia tak sanggup mahu lepaskan Halwa kepada bakal suaminya itu. Dia masih mahu bergaduh mulut dengan Halwa setiap pagi.

"Alahai, kau ni... Janganlah sedih macamni. Kalau kau sedih, aku lagi sedih tau." Halwa menepuk lengan Vanessa. Dia juga tak sanggup mahu berpisah dengan Vanessa. Pada dia, Vanessa adalah pengganti kepada kedua orang tuanya.

"Janji dengan I yang you takkan lupakan I tau." Vanessa menyeka air mata yang mahu jatuh itu. Nanti rosak pula mekap yang dia pakai. Sudahlah berjam lama dia kena tepuk foundation, bagi nak nampak putih.

"Iya, aku janji. Lagipun kau satu-satunya keluarga yang aku ada. Mustahil aku nak lupakan kau. Kan, Vian?" Halwa menoleh kepada Vivian.

Vivian angguk. Mereka bertiga sudah bagai keluarga. Keluarga walaupun tidak seagama atau sedarah. Mereka tetap keluarga.

"Dahlah, jom kita turun. Mesti Davano dah tunggu kau," kata Vanessa melepaskan pelukan. Tak perlulah dia nak sedih-sedih, dia percaya dengan Davano. Lelaki itu mampu jaga Halwa, itu harapan dia.

Halwa angguk.

Sebelum itu, si pendandan tadi sempat membetulkan sedikit tudung Halwa. Barulah mereka keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah. Kelihatan ada sudah tok kadi, saksi dan tidak lupa bodyguard juga.

Halwa tidak nampak kelibat Davano. Namun bibirnya mengukirkan senyum. Dia tahu Davano ada di luar. Dia tentu menunggu untuk Halwa turun. Biasalah, kejutan sikit.

Halwa pun di bawa duduk bersimpuh di atas tilam kecil berwarna putih itu. Dapat dia rasakan debaran di dalam dadanya. Ini adalah apa yang selama ini dia nantikan. Kini, hari ini, dia bakal menjadi hak mutlak kepada jejaka yang dia cintai.

Davano menapak masuk ke dalam.

Mata beberapa orang itu terus saja menoleh memandang Davano. Dengan baju melayu berwarna puith, bersamping berwarna sedikit kekuningan. Songkok pada atas kepalanya. Begitu tampan jejaka itu.

Halwa mengoyakkan senyum melihat Vanessa yang terngangga. Ternyata dia salah pandangannya. Selama ini dia fikir Davano tidak akan kena tika memakai baju melayu, tetapi ternyata lebih daripada kena.

Davano duduk bersila di atas tilam, berhadapan dengan tok kadi yang turut terngangga memandang dirinya. Begitu terpegun mereka semua pandang, sampai tidak berkedip langsung mata itu.

Navis berdehem.

"Tok kadi, boleh kita teruskan sekarang?" soal Navis. Dia tahulah bos dia itu tampak menawan daripada permata, tetapi agak-agaklah tok kadi pun nak terpana sama. Cukup pengantin perempuan saja yang terpana, jangan yang lain ikut sama juga.

Tok kadi pun mengusap dadanya. Kemudian dia menghulurkan tangan kepada Davano.

Davano pun menyambut huluran tangan tok kadi.

Tiba-tiba saja tok kadi itu tersengih. Bukan main suka dia bila berjabat tangan dengan Davano. Pelik sungguh.

"Tok kadi, jangan buat hal. Itu bakal suami saya tu," ucap Halwa. Dia perasan si tok kadi itu berkelakuan pelik. Jangan pula tok kadi syok pada Davano, memang mengamuk habis Halwa di majlis ini.

Tok kadi berdehem kecil. Dia tahulah. Saja senyum.

"Baiklah. Wahai Davano Ezander bin Alexan."

"Saya."

"Aku nikahkan dikau dan aku kahwinkan akan dikau dengan Halwa Afrina binti Hafifi dengan mas kahwinnya-" ayat tok kadi terpotong ketika dia melihat mas kahwin yang tertera di atas kertas. Di pandang wajah Davano itu bersilih ganti dengan kertas tadi.

".... Dengan mas kahwinnya sebanyak 14 juta ringgit di bayar tunai," sambung si tok kadi. Sempat dia mengucap dalam hati. Banyak sungguh mas kahwinnya, nak buat apa je?

"Aku terima nikahnya Halwa Afrina binti Hafifi dengan mas kahwin sebanyak 14 juta ringgit di bayar tunai," lancar ucapan Davano dengan suaranya yang sedikit dalam. Benar-benar menambahkan keserian.

SAH, di ucap oleh tiga orang saksi. Kemudian mereka pun menadah tangan dan doa di baca.

Cincin di sarung elok ke jari manis milik Halwa. Halwa sedikit teruja, kemudian dia pun menyarungkan cincin ke jari manis Davano. Pantas saja dia menyalam tangan Davano membuatkan jejaka itu tertawa kecil. Giliran dia pula mencium lama ke ubun-ubun Halwa.

Kini, Halwa Afrina sah menjadi isteri kepada Davano Ezander.

"Jom bergambar!" ajak Vanessa.

Dihalakan kamera kepada dua orang mempelai yang sudah siap berdiri. Dan gambar pun di ambil oleh Vanessa. Cukup clear dan sempurna.

 Cukup clear dan sempurna

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“💐”

"Thanks for becoming my wife, love." ucap Davano berbisik ke telinga Halwa.

Halwa tersenyum.

"Terima kasih juga sebab jadi suami saya, sugardaddy." balas Halwa pula.

Giliran Davano pula mengukir senyum.

"Remember, I'm no longer your sugardaddy. I'm now your sugarhusband," ucap Davano.

Halwa mengangguk. Kemudian tangannya melingkar ke lengan Davano. Di peluk erat akan tangan kekar jejaka itu. Baiklah, sugarhusband.

No more sugardaddy, it's sugarhusband.

bersambung...

SUGARHUSBAND ✅️Where stories live. Discover now