17

2.7K 148 6
                                    

sugarhusband

- - -

Destinasi: Melbourne Zoo.
Elliott Ave, Parkville, Victoria.

[6] Dari kucing besar hingga rama-rama, peminat haiwan akan banyak menikmati di Zoo Melbourne seluas 22 hektar. Walaupun zoo ini bermula pada tahun 1862, lebih 250 spesies haiwan mempunyai kemudahan moden yang terbaik di dalam kandang yang canggih, kira-kira lima minit dari Melbourne CBD.

Anda akan menemui haiwan dari seluruh dunia di sini. Trail of the Elephants yang memenangi anugerah adalah gambaran tentang kehidupan gajah Asia yang tinggal di persekitaran desa-taman tradisional. Satu lagi kemuncak ialah Santuari Orang-utan, tempat haiwan itu tinggal di rumah atas pokok mereka. Dan anda boleh bersiar-siar di trek belukar untuk bertemu haiwan Aussie kegemaran anda, termasuk kanggaru, koala dan emu.

-

"Argh, kanggaru!!!" jerit Halwa. Dia menunjuk-nunjuk daripada luar pagar.

Terlompat-lompat Halwa ketika melihat kanggaru. Dia begitu teruja, ini kali pertama dia lihat kanggaru di depan matanya. Selama ini hanya mampu tengok dari skrin televisyen sahaja.

Davano hampir saja tergelak dengan telatah Halwa. Comel sungguh si isteri bila teruja begitu, Davano bersyukur dapat membuat isterinya gembira begini. Kalau boleh, dia nak buat si isteri senyum sepanjang hari.

"Hai!" Halwa melambai-lambaikan tangannya.

Seorang pekerja perempuan melihat ke arah Halwa. Kemudian dia pun tersenyum, nampaknya dia tertarik untuk mendekati Halwa. Dia pun pergilah ke arah Halwa.

"Do you want to get close to the kanggaroo?" soal wanita itu membuatkan Halwa sedikit terkejut.

Halwa terus saja menoleh kepada Davano, dia mahu meminta kebenaran. Dia teringin sangat nak pegang kanggaru sejak dulu lagi, ini satu-satunya peluang dia.

Davano tahu sangat kalau ini adalah apa yang Halwa mahukan, dia tidak mahu menghalang. Dia bukannya lelaki yang akan halang hal yang diminati sang isteri. Davano angguk tanda setuju.

Halwa terus memberikan ciuman di pipi Davano. Dia pun berlari lagi ke arah si wanita tadi. Ciuman mengejut Halwa tadi membuatkan Davano terkejut, seketikanya terlarik sebuah senyum pada bibir Davano.

Dia suka sangat dengan apa yang Halwa buat, dia rasa gembira mengingati dia punyai isteti imut dan penuh telatah seperti Halwa. Bukan saja menenangkan namun menambah lagi rasa cinta di dalam hati.

"Beautiful," gumam Davano.

Matanya kemudian memerhati Halwa yang sudah dibawa masuk ke dalam kandang kanggaru tersebut. Betapa gembiranya Halwa ketika tangannya menyentuh ke badan si kanggaru.

"Argh, kanggaru!" Halwa melompat-lompat lagi.

Walaupun dipandang hairan oleh kanggaru tadi, namun Halwa tidak hirau langsung soal itu. Sebaliknya dia lebih hirau akan perasaan gembiranya yang tidak berpenghujung sekarang.

Tiba-tiba saja beberapa ekor kanggaru datang mendekati Halwa. Ia pun turut melompat-lompat mengelilingi Halwa. Melihat itu, Halwa makin teruja. Dia turut melompat setempat bersama dengan kanggaru tersebut.

Wanita yang tadinya membawa Halwa itu terus saja terletus tawa. Baru kali ini dia lihat hal ganjil ini di hadapan matanya. Namun begitu, Halwa kelihatan comel.

Dari jauh, ada seorang lelaki yang terlebih dahulu tertawa dengan gelagat Halwa. Siapalah lagi kalau bukan sang suami heroin kita, Davano. Dia merasa lucu sekaligus merasa gemes dengan kelakuan Halwa.

"So, how?" soal Davano. Dia berikan aiskrim magnum kepada Halwa.

Halwa mengipas-ngipas wajahnya dengan tangan. Dia kemudian mengambil akan aiskrim yang dihulur Davano tadi. Dia ukirkan senyum sebelum menjawab, "Seronok sangat. Macam nak bawa balik seekor."

Davano turut mengulum senyum.

"I can buy one if you want," kata Davano.

"Eh, tak perlu pun. Nanti kesian dia terpisah dengan kawan-kawan dia. Tapi, saya nak patung kanggaru yang besar. Boleh?" Halwa menggedipkan matanya.

Davano angguk. Semuanya boleh, apa saja yang tidak boleh pada Halwa? Tak ada. Semuanya boleh Davano tunaikan untuk si isteri tercinta.

"Anything for you, queen."

Halwa makin tersenyum lebar. Beginilah contoh suami yang harus ada, tak pernah nak kata tidak dengan permintaan isteri. Halwa pun makan aiskrim magnumnya tadi.

Melihat ada comot pada tepi bibir, Davano segera membersihkannya dengan sebuah ciuman. Halwa agak terkejut dengan perbuatan spontan Davano.

"Comot," ucap Davano setelah ciuman di lepas. Sengaja dia mahu buat begitu. Geram sungguh dia lihat isterinya, terlalu comel!

"Eleh, awak ambil kesempatan." Halwa menyambung lagi makan aiskrimnya.

Davano tertawa. Aduhai, apalah salahnya kan? Ambil kesempatan yang penuh bermakna ini, mestilah! Rugi tak ambil, nanti melepas.

"Tak nak cium lagi?" soal Halwa, sengaja mahu bergurau dengan Davano.

Davano tertawa kecil. Dia mencuit lembut hidung Halwa, terkekek Halwa dengan perbuatan Davano. Inilah orang kata tengah hangat bercinta. Comel kan?

Kau hado ? Takdo , single . diam :))

...bersambung

SUGARHUSBAND ✅️Where stories live. Discover now