41

2.4K 89 0
                                    

sugarhusband

- - -

"Wann kommst du, Petrillia?  Leg dich nicht mit uns an!  Sonst bringe ich dich um!" (Bila nak sampai, Petrillia? Kau jangan main-main tau dengan kitorang! Kalau tidak, kau yang aku bunuh!) Davano sudah naik marah.

"Sei geduldig!" (Bersabarlah!)

Semakin tegang suasana. Daripada tadi asyik mereka pusing di tempat sama. Entah tahu entah tidak si Petrillia tempat yang mahu dia tuju itu.

"Ich schulde dir mein Leben, wenn meine Frau stirbt!" (Aku hutang nyawa dengan kau kalau isteri aku mati!) Davano memberi amaran. Dia peduli apa jikalau dirinya berubah menjadi pemarah? Isteri dia dalam bahaya, adakah masa untuk dia act cool?!

Petrillia membuat muka. Dia tahulah kerja dia. Dia tahu! Tidak perlulah hendak menolak diri dia. Bukannya dia itu sengaja mahu sesatkan mereka. Dia saja yang sedikit terlupa di mana jalan masuk ke banglo terbiar milik kakak dia.

Tak perlu untuk salahkan diri dia. Salah mereka kerana terlalu sibuk diri dengan hal yang tidak pantas! Sekarang lihatlah apa yang terjadi! Lihat nyawa siapa yang berada dalam genggaman kakak gila dia?

Petrillia mendengus. Dia juga sama seperti Davano. Elok saja tadi semua act cool. Bila dah berpuluh kali sesat, tak tahu jalan, mulalah semua muka cuak.

Bukan apa. Mereka risaukan Halwa. Mereka tak mahu kehilangan Halwa secara sia-sia. Mereka tak mahu perkara sama berulang seperti di lima tahun yang lalu!

Cukuplah tiap hari deritanya, merananya Davano Ezander kerana ketiadaan adik yang dia sayangi. Tidak mungkin untuk dia biarkan saja isteri dia pula yang pergi! Suram hidup dia jika Halwa tiada!

"Bertenang, tuan. Banyakkan berdoa," ucap Navis. Masih mencuba untuk menenangkan Davano yang tampak mulai tidak terkawal.

Navis faham dengan perasaan Davano. Dia faham sangat! Dia juga pernah kehilangan orang yang dia sayangi. Dan itu membuatkan Navis menjadi orang yang sangat keras dalam menyayangi.

Sejujurnya, dia sukakan Daily. Telatah gadis itu membuatnya geli hati. Dia selalu bandingkan diri dia dengan kekasih Daily yang lain. Dia sedar, dia tidak berupa atau bahkan berharta. Hanya hati yang memendam sebuah rasa suka saja dia punya.

Tak terbayang dek akal jikalau dia berani menyuarakan isi hatinya. Namun Davano Ezander selalu saja dapat menebak apa yang terbuku di hati. Kerana itulah Davano lebih suka jikalau Navis yang menemani ke mana saja jalannya adik dia.

Setelah kehilangan, Navis jadi keras hati semula. Namun gadis yang bernama Vivian, sekali lagi membuka hati batunya. Dia tak tahu bagaimana mereka dapat membuka hati yang dibuang kuncinya, sesungguhnya mereka adalah perempuan yang beruntung dan hebat!

   "We arrive," ucap Navis.

Rumah banglo yang sedikit usang itu dipandang dari atas hingga bawah. Nampak seperti tiada orang yang tinggal. Mustahil itu tempat tinggal Ferella.

Vanessa sudah berkerut dahi. Ragu-ragu dia lihat keadaan banglo tersebut. Memang mustahil sungguh untuk orang tinggal di dalam sana!

"Are you sure this is where she lived?" tanya Vanessa pada Petrillia. Bukan boleh percaya sangat dengan si perempuan itu. Karang ditipu pula!

Petrillia melepas keluh. Dalam soal genting, ada masa lagikah dia mahu bermain-main? Orang gila saja yang mahu bermain dalam keadaan yang huru-hara seperti sekarang!

"Tuan, kita dah sampai." Navis menoleh ke belakang. Namun seat di belakang sudah kosong.

Davano terus saja mengeluarkan pistol. Dia menerjah masuk ke dalam banglo tersebut. Dia tidak terkejut tatkala melihat keadaan dalaman banglo yang masih elok. Perabot turut tersusun elok.

"Guys, quick!" panggil Navis. Sempat pula Vanessa dan Petrillia bergaduh di dalam kereta. Elok tak payah bawa dua perempuan itu ikut bersama.

Mereka pun segera masuk ke dalam banglo milik Ferella. Davano sudah terlebih dahulu menunggu mereka. Dia tidak mahu menyiakan waktu. Mereka tak punyai banyak masa untuk bermain!

Tujuan Davano Ezander hanyalah satu. Selamatkan Halwa Afrina. Dia tak sanggup untuk menghadapi kehilangan lagi. Cukuplah dengan ayah, ibu dan adiknya. Tak ada lagi setelah mereka!

"Are we really gonna go up there?" tanya Vanessa.

"Can you shut your mouth? Don't make a single noise or I will rip those shit mouth of yours!" Petrillia memberi amaran.

Vanessa membuat mulut. Suka dia saja mahu koyakkan mulut orang. Eleh, sebelum dia sentuh mulut Vanessa. Dia dah tumbuk muka Petrillia tu!

"Don't even make that stupid face. It's disgusting." sekali lagi Petrillia menghentam Vanessa.

Vanessa tanpa amarannya menarik rambut Petrillia. Ah, dia peduli apa? Petrillia yang mulakan perang dulu. Dia kenalah balas!

"You're the one who have the disgusting face!" bergaduh pula Vanessa dan Petrillia. Akhirnya, Petrillia mengeluarkan pistol.

"You dare talk to me, I will shoot you."

Vanessa tidak melepaskan genggaman tangan. Dia tak kisah! Tembaklah!

Namun dua muncung pistol melekat di tepi kepala mereka berdua. Terteleng kedua mereka ke arah samping. Davano dan Navis sedang mengacukan pistol pada mereka.

"If both of you don't shut your mouth, then I'm the one who will make your guys shut." Davano memberi tatapan tajam pada mereka.

Selesai dengan dua beruk itu, langkah kembali disusun naik menuju ke tingkat atas. Ada masa pula mereka mahu membuat lawak. Halwa!

...bersambung

SUGARHUSBAND ✅️Where stories live. Discover now