28

2.1K 111 2
                                    

sugarhusband

- - -

DAVANO termenung di balkoni bilik. Tangan diletak atas pagar balkoni. Jauh fikirannya melayang akan kejadian waktu kemarin. Ya. Dia masih fikirkan tentang si wanita yang datang menemuinya.

Dia sehingga sekarang tertanya-tanya, mengapa wanita itu datang? Terasa resah dalam dadanya ketika kemarin. Tidak. Dia tidak melakukan kesalahan apa pun kepada wanita itu.

'Kenapa kau nak jumpa aku? Kenapa sekarang? Apa motif kau sebenarnya munculkan diri lagi?' monolog Davano.

Halwa terlihat Davano yang sedang termenung di beranda sana. Terbit idea nakal dalam fikiran Halwa. Dia mahu kenakan suaminya itu. Alahai, bukan selalu pun.

Cepat sahaja kaki Halwa melangkah menuju ke arah Davano perlahan-lahan. Kalau nak kejutkan orang kenalah perlahan. Tak akanlah nak terus terjah kan? Nanti tidaklah jadi surprise. Begitu.

"Husband!" terjah Halwa.

Tangan Halwa sudah mendarat menepuk bahu milik Davano. Sambil tersengih lebar pula Halwa berbuat begitu. Tidak langsung dia ingatkan dunia. Biasalah. Orang kalau dah ada rancangan nakal, mana nak difikir lagi.

Mujurlah Davano Ezander bukan lelaki yang senang terkejut. Apatah lagi dengan kejutan manja daripada Halwa Afrina itu, memang tiada kesan langsung pada dirinya.

"Hm? Honey, why?" soal Davano.

Halwa memuncungkan bibir. Ternyata sangkaan dia meleset. Ingat nak bagi kejut tadi. Tapi lihatlah suami dia itu. Langsung tak terkejut. Halwa pula yang terkejutnya.

"Husband buat apa dekat luar ni? Tak sejuk?" tanya Halwa lurus.

Malaslah dia hendak merajuk-merajuk sebabkan suami tak terkejut. Ada baik dia tanyakan suami dia apa yang sedang dia fikirkan. Daripada tadi lagi duduk di balkoni seolah ada benda yang difikirkan.

Halwa sebagai isteri tentunya risau. Lebih daripada risau tau. Dia tidak mahu suami dia susah sendiri. Pendam pun dia tidak mahu suami dia buat. Biarkan masalah diselesai bersama. Itu namanya suami dan isteri.

"Takda apa pun, wife. Just some work problem."

Halwa pandang lama wajah Davano. Tidak mungkin hanya sekadar masalah kerja. Dia syak pasti lebih daripada kerja. Inilah yang malasnya Halwa bila bertanya dengan Davano. Pasti mahu sorok jika ada masalah.

"Husband tak baik tipu dekat saya tau. Tak kesian ke dekat saya ni, husband? Nanti saya risau kalau husband tak bagitahu apa masalah husband." Halwa membuat muka.

Dia kalau boleh bukan saja mahu tahu masalah Davano tapi dia juga mahu bantu suaminya. Lagipun apa sangat kalau dia datang beri bantuan kan? Kalau benar tentang pejabat, tak apalah, Halwa tentu akan tolong sikit juga.

Davano memegang tangan Halwa. Rasanya tidak perlulah dia nak bermuka dengan Halwa. Baik dia ceritakan sahaja dengan Halwa. Lagipula dari awal lagi sudah dia berjanji untuk berlaku jujur dengan Halwa Afrina.

Tapi agak risau bila dia mahu bercerita. Takut-takut pula isterinya salah faham. Dia tidak mahu hal ini menjadi asbab atas kesalahfahaman mereka berdua. Nanti tidak seronoklah cerita mereka.

"Okay, actually it's about someone. There's a girl who came to my office." terhenti.

"Lepastu?" Halwa menjongket kening ke atas.

"She is my ex-fiance."

Halwa sedikit tersentak mendengarnya. Benarlah dugaan dia selama ini ya. Mustahil untuk Davano tidak ada seseorang sebelum ini. Halwa pun angguk tanda faham. Tak apa. Itu kan soal dulu. Apa yang hendak dia fikirkan?

"Lepastu apa jadi?" Halwa mahu tahu kelanjutannya.

Davano kemudian mula bercerita. Petrillia adalah nama kepada wanita yang datang menemuinya siang kemarin. Petrillia benar bekas tunang kepada Davano. Namun kerana mereka disatukan bukan atas kerelaan sendiri, maka mereka pun berpisah. Kedatangan Petrillia ke pejabat Davano tentulah bukan tentang hal peribadi. Melainkan hal kerja. Cuma mereka ada bersembang sedikit, saling bertanya khabar.

Halwa angguk-anggukkan kepala. Begitu pula ceritanya. Jadi.... Tidak ada apalah hendak dia risaukan. Lagipula, Petrillia itu sepertinya budak baik. Tak elok pula dia nak bersangka buruk. Jumpa saja tak pernah, kenal apatah lagi kan? Halwa bukannya jenis yang senang-senang sahaja judge orang.

"Wife? Are you okay?" tanya Davano.

Takut pula jikalau timbul perasaan tidak enak pada Halwa. Naya juga dia hendak memujuk. Tahulah muncung Halwa itu, tidak boleh dibuat gurau tau! Mahu sekali merajuk, memang konfem naik gila!

"Eh, kenapa pula tak okey? Saya okey je, husband. Tapi husband tu okey ke tak?" soalan Halwa membuatkan Davano tersenyum.

Nak tanya dia? Tentulah dia lebih daripada okay. Nak lagi dia tidak ada hati langsung dengan Petrillia. Tidak perlu risau soal Davano kerana hatinya terkunci hanya pada Halwa Afrina sekarang. Permanent till jannah.

---

"Marry her, Zander!" ucap Denisa.

Dia memaksa? Ya, memang memaksa. Dia mahu menjadikan Petrillia sebagai menantunya. Tidak ada sesiapa pun boleh jadi menantu selain dari Petrillia. Itu tekad Denisa.

Ketika itu, Davano hanya memekakkan telinga. Bukan hendak bersikap kurang ajar dengan ibu kandungnya tetapi dia tidak rela hendak memperisterikan Petrillia. Terlebih pula mereka sudah kenal lama.

"I don't agree to this! Never!"

Mujurlah, Alexan menghalang daripada perkahwinan itu untuk terjadi. Kerana itulah Davano Ezander terselamat daripada berkahwin dengan Petrillia.

Alexan tidak setuju jikalau anak teruna dia itu kahwin dengan anak perempuan milik abangnya sendiri. Tidak kisah dengan siapa pun anak teruna dia inginkan, tapi bukanlah dengan anak daripada keluarganya sendiri.

---

Halwa yakin bahwa Petrillia bukan seorang perempuan yang perampas. Tidak mungkin Petrillia akan merampas Davano darinya. Halwa memang yakin dengan syaknya itu.

Tetapi.... jika benar Petrillia datang dengan niat untuk merampas semula Davano. Maka, dengan tangan Halwa Afrina itulah dia akan tapakkan ke muka Petrillia. Apa yang sudah menjadi hak dia, selamanya menjadi hak dia. Tidak adanya istilah hak yang dulu.

...bersambung

SUGARHUSBAND ✅️Where stories live. Discover now