04

3.8K 175 7
                                    

HALWA bergegas keluar daripada banglo dengan tudungnya yang sedikit senget. Dia terima panggilan daripada Navis yang dia bakal ke banglo Halwa buat menghantar cincin pertunangan.

"Kenapa awak yang bagi?" tanya Halwa. Sedikit tidak puas hati ketika Navis yang memberikan cincin tersebut kepadanya.

"No, I come here with your future husband. He's in the car. We have an urgent meeting for today, miss." Navis menunduk setelah memberitahu.

Halwa mengangguk faham. Kemudian matanya bergerak ke arah kereta hitam yang ada di hadapan sana.

Perlahan-lahan cermin kereta diturunkan. Davano menunduk lalu dia ukir senyum kecil kepada Halwa.

Halwa turut membalas senyuman Davano.

"Jadi, sekarang apa lagi?" tanya Halwa. Dia pasti, bukan ini saja yang Navis mahu sampaikan kepada dia.

Navis memberikan sebuah dua buah kad kepada Halwa. Satunya kad hitam, dan satunya kad putih.

"Nak buat apa ni?" tanya Halwa. Dia hanya menyambut huluran dua kad tadi daripada Navis.

"Tuan Davano serahkan kad hitam itu khas untuk berbelanja buat pelamin dan segala keperluan untuk perkahwinan. Kad putih itu pula adalah destinasi untuk miss tuju buat memilih gaun, design pelamin dan seterusnya." ulas Navis seperti pengulas di pertandingan main gasing. eh gurau.

Halwa berkerut dahi.

Kenapa pula dia diberi dua kad ini? Kenapa Davano tidak mahu ikut serta dengan dia dalam pemilihan pelamin mereka berdua?

"Tuan awak tu tak nak ikut ke?"

Navis mengukir senyum.

"Tuan Davano akan ikut menemani miss. Miss tak perlu risau soal itu."

Halwa angguk tanda faham.

"Kira-kira berapa dalam kad hitam ni?"

"Dalam 100 juta." jawab Navis.

Halwa terkejut.

Banyak benar duit yang Davano bagi. Tidak takutkah kalau-kalau Halwa ambil sikit? Halwa menggeleng.

"Banyak betul tu. Pelamin nak buat macam mana sebenarnya?" tanya Halwa bingung. Tak akanlah nak buat mewah. Tidakkah terlampau nanti?

"It's okay, miss. Duit itu memang sudah dikhaskan untuk buat bajet perkahwinan. Kalau miss rasa 100 juta itu kurang cukup, saya boleh lagi transferkan 100 juta pada kad itu."

Membulat besar mata Halwa.

Kalaulah ditambah, konfem menjadi 200 juta. Ini bukan saja boleh beli pelamin. Sekali dengan KFC pun boleh sapu tahu.

Eh, itu tak ada kena mengena pun.

"Ah, kalau macamtu biar saya jelah yang uruskan semua. Tapi saya nak Davano ikut saya setiap kali saya pergi shopping untuk perkahwinan kami. Saya tak nak seorang-seorang, nanti saya kena rompak."

Navis tersenyum kelat lalu dia mengangguk.

"Baiklah, miss." ucap Navis.

Halwa memandang ke arah dua kad yang dia pegang.

Dia tersenyum miring.

Dah alang-alang, biarlah sampai jadi wedding paling terbanyak guna duit. Halwa sudah tersengih-sengih.

"Kalau ada apa-apa, miss hanya hubungi saya."

"Oh, okay okay. Terima kasih, jumpa lagi." Halwa melambai lalu dia segera masuk ke dalam rumah.

Terkebil-kebil mata Navis melihat.

Adakah dia baru saja di palau?

Navis melepaskan nafas kemudian dia menyusun langkahnya beredar daripada situ. Tugas dia sudah pun selesai.

"What did she say?" Davano menyoal. Sambil tangan kanannya membetulkan butang di lengan kotnya itu.

"Miss kata dia nak tuan ikut setiap kali miss pergi uruskan tentang perkahwinan tu."

Davano angguk faham.

"I will see her tomorrow again. Now, let's go. I will have less than 20 minute before the meeting start," kata Davano sempat mengerling sekilas pada jam tangan di tangan kirinya.

Kereta hitam itu terus sahaja berlalu pergi.

***

Halwa sudah bergolek-golek di atas karpet sambil dia mencium-cium dua kad yang dia pegang daripada tadi pagi.

Vanessa pula yang penat melihat Halwa.

"You dah kenapa, Halwa?" tanya Vanessa.

"Esok aku nak pergi siapkan majlis kahwin aku! Aku nak buat mewah-mewah sampai kalah perkahwinan diraja! Yoho!" jerit Halwa mengangkat-angkat dua kad tadi.

Vanessa menggelengkan kepala. Memang sah sudah di sampuk.

"Dahlah, you pergi naik atas bilik then you pergi mandi. You dahlah tak mandi daripada pagi tadi tau tak!"

Halwa terus saja membaringkan tubuhnya di atas karpet. Dia memandang ke arah Vanessa yang berpeluk tubuh.

"Nanti aku pergi okey?" Halwa tersengih. Dia bukannya tidak mahu membersihkan diri atau segala macamnya. Dia cuma sedikit malas hendak mandi. Lebih lagi, bila dia sudah berangan-angan.

"Tak payah nak nanti-nanti. Go now! Macam mana nak kahwin kalau pemalas macamni!" Vanessa menarik lengan Halwa. Halwa dengan malas dia bangun dari tidurnya.

"Nantilah, please..." Halwa memuncungkan bibir.

Kali ini Vanessa malas mahu beri Halwa kesempatan. Suka sangat nak bermain-main. Kali ini no play play. Vanessa terus saja menolak tubuh Halwa. Dia bawa Halwa naik ke atas dan memaksa Halwa untuk bersihkan diri.

bersambung...

SUGARHUSBAND ✅️Where stories live. Discover now