24

2.2K 117 0
                                    

sugarhusband

- - -

HALWA memerhati Davano yang sedang membetulkan butang pada baju kemejanya. Halwa hendak menghulur tangan buat membantu suami dia tapi dia sendiri tidak reti.

Mata Davano dialihkan ke arah Halwa yang duduk bersila di atas katil. Lama dia pandang wajah si isteri yang memang menatap dirinya sedang bersiap-siap.

"Why? Wanna help me, wife?" soal Davano.

Halwa mengukir senyum. Tahu-tahu sahaja suami dia itu dia hendak menolong. Halwa perlahan bangun daripada duduknya lalu mendekati Davano.

Halwa mengambil tali leher yang dipegang Davano. Senyum-senyum Davano bila Halwa sudah tepat di hadapannya. Suka benar bila Halwa berada di hadapan, pasti ada idea nakal muncul dalam otaknya itu.

"Macam mana ni, husband? Tie ni memang kena ikat macamni ke?" Halwa sembarang sahaja mengikat tali leher milik Davano itu.

Davano menahan tawanya melihat Halwa. Aduhai, sang isteri. Simple begini saja tidak dia dapat buat? Aduhai. Davano perhati saja mimik muka Halwa yang sudah berkerut kebingungan.

'Macam mana nak buat ni?' desis Halwa.

Masih saja tangannya sibuk hendak membuat bentuk pada tali leher. Dengan segala jurusan ikatan dia buat. Tapi resultnya tetap sama juga, tak jadi apa-apa pun.

"Wife, sudahlah. Biar saya yang buat." tangan Davano memegang ke tali lehernya.

Kasihan pula dia lihat Halwa terus mencuba ikat tali lehernya itu. Nanti lama-lama leher dia pula yang diikat. Halwa pun sudah berkerut bukan main lagi.

"Haih, saya nak tolong husband." rungut Halwa.

Davano sentuh kedua pipi Halwa. Wajah diangkat tinggi biar mata saling bertatapan antara mereka.

"Sayang, it's okay. Saya boleh buat sendiri. Lagipun tie ni tak penting mana pun. What important is having you by my side."

Tersenyum Halwa dengar. Gembira bukan main lagi bila Davano memujuknya begitu.

Satu ciuman hinggap di ubun-ubun Halwa. Lama.

Halwa pula menutup mata. Menikmati akan suatu kebahagiaan tatkala kucupan diberi oleh suaminya itu. Ini adalah bahagia yang sebenar.

Suami dan isteri.

"Wanna know something, wife?" Davano menarik Halwa dalam dakapannya.

"Ya, husband?" Halwa kedipkan mata.

"Everyday, you look so pretty

and hot too. It makes me wanna stay close to you, every minute." sengaja pula Davano mengusik Halwa.

Halwa tertawa.

Suami dia ini makin lama makin sweet saja. Ya, setakat sweet tak apalah. Kalau makin lama makin flirty macam mana? Susahlah Halwa hendak lepaskan suami dia nanti.

"Tengoklah suami dia macam mana. Hensem!" kini Halwa memuji Davano.

Terkoyak senyum lebar pada bibir Davano.

SUGARHUSBAND ✅️Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz