39

2K 87 4
                                    

sugarhusband

- - -

SATU siraman air yang dicurah ke wajah Halwa mengejutkan dirinya dari pengsan yang cukup lama. Terbatuk diri dia kerana termakan sedikit curahan air yang ganas itu. Halwa terus tersedar, matanya liar mencari di mana keberadaannya.

Satu figura yang berdiri di hadapan muka Halwa itu mengoyakkan senyum miring. Dia membuang baldi yang dia gunakan untuk menyimbah air tadinya. Dia perlahan-lahan duduk mencangkung.

Halwa cuba memerhati wajahnya namun tidak dapat. Samar-samar saja kelihatan kerana cahaya daripada lampu di belakang figura itu membuat pandangan Halwa jadi sedikit kabur. Tetapi terlihat jelas, orang itu sedang mengukir senyum sinis!

"Who are you?" tanya Halwa. Ditahan getar suaranya.

"Heh." sekali lagi ditayangnya sengih sinis pada hujung bibir tipis milik orang tersebut.

"Вы бесполезная женщина. Вы не понимаете, кто вы?" (Kau ini dasar perempuan tak guna. Kau tak sedar ke diri kau itu siapa?) ujarnya dengan berbahasa Russia.

Halwa terkejut mendengar suara milik orang ini adalah suara seorang wanita! Dahinya pula terus saja berkerut kerana tidak mengerti apa yang dibilang oleh si wanita itu. Halwa hanya mampu menayang kerutan pada dahinya.

Tiada balasan daripada Halwa membuatkan wanita itu naik berang! Dia paling pantang kalau soalan dia tidak dibalas. Oh, begitu. Dia main cara kasar!

Tudung yang masih tersarung di kepala Halwa itu ditariknya kasar. Dia tak puas hati dengan Halwa. Apa yang Halwa buat, apa yang Halwa dapat, apa yang Halwa hidup sekarang!

"Вы в основном без сознания! Вы не замечаете, что вы так хороши! Бесполезный!" (Kau ini dasar tak sedar diri! Kau jangan perasan kau itu bagus! Tak guna!) ditarik ke belakang kepala Halwa.

"Argh!" erang Halwa. Sakitnya kepala dia bila rambutnya terus ditarik tanpa ada belas kasihan. Kejam!

"Ergh, let me go!" ronta Halwa. Namun ikatan pada tangannya tidak mampu dia capai tangan si wanita. Tapi kaki masih mampu untuk digeraknya.

Dengan sekuat tenaga, Halwa mengangkat kaki lalu menendang si wanita yang ada di hadapannya. Dia tidak kisah walaupun tercabut semua rambut dia!

"Argh!" kini si wanita gila itu pula mengerang. Dia memegang ke perut, senak!

Matanya membara dengan api. Api kemarahan yang tak dapat dibendungnya! Dalam keadaan begini, tentu mati dia kerjakan Halwa Afrina di tangannya sendiri!

"Проклятый угонщик!" (Sialan punya perampas!)

Wanita itu bangun. Dia menarik lagi rambut Halwa yang masih elok dibaluti tudung. Tanpa ada belas kasihan, dia menarik kasar tubuh Halwa ke tengah-tengah ruangan.

Erangan demi erangan Halwa keluarkan. Namun erangannya tidak mampu membuatkan wanita itu berhenti dari kerja gilanya. Dia memang gila!

Kepala Halwa dihempas kuat ke lantai. PAK! Bunyi hentakan itu cukup membuat kepala Halwa terasa berpinar-pinar. Dia merasa sakit. Sangat sakit!

"Вы бросаете мне вызов, верно? Помните. Меня зовут Ферелла Петри! Я люблю Зандера. Я заслуживаю быть с ним. Не вы!" (Kau cabar aku kan? Ingat. Nama aku Ferella Petry! Aku cintakan Zander. Aku yang layak bersama dengan dia. Bukannya kau!)

"Ferella Petry?" berkerut seribu dahi Vanessa mendengar nama yang diseru oleh Petrillia.

"Yes. Ferella Petry. She is my sister. My older sister," ucap Petrillia. Pandangannya masih fokus pada pemanduan.

Davano dan Navis saling berpandangan. Mereka merasa hairan kerana tidak pernah pun ketahui soal Ferella atau lebih tepat, kakak kepada Petrillia. Mereka langsung tidak tahu menahu soal itu!

"I never know that you have a sister." Davano bersuara setelah lama berdiam diri kerana mahu menenangkan diri Vanessa yang marah besar kepadanya tentang kehilangan Halwa.

Petrillia tersengih.

"You don't have to know though."

"But she is your sister. Then that means, she is Uncle Aledan daughters' too." Davano tidak faham mengapa dia tidak perlu tahu soal hal itu.

Petrillia meletuskan tawanya. Aduhai, Davano Ezander. Petrillia merasa lucu pula dengan apa yang barusan diucapkan Davano.

"After what my father done to you, you still call him uncle? Ha! Nevermind, it's up to you." Petrillia tertawa lagi.

Davano melepaskan keluhan panjang. Susah mahu bercakap dengan si perempuan ini. Rasa-rasanya, dia yang gila di sini. Huh!

Dua kereta hitam bergerak terus menuju ke destinasi yang dibilang Petrillia. Konon katanya, dia tahu di mana keberadaan si kakak. Dan dia benar-benar yakin dengan segala yang ada dalam syaknya.

Davano, Navis dan Vanessa pula sekadar ikut saja ke mana Petrillia mahu pergi. Asalkan dia bawa mereka ke tempat yang betul. Maka, mereka tidak akan membuat serangan.

Lagipula, Davano risau tentang Halwa. Entah apa sudah yang terjadi pada isterinya itu. Dia takut kalau peristiwa lalu berulang kembali. Dia tak mahu itu berlaku! Tak sanggup lagi Davano Ezander untuk kehilangan orang yang dia sayang. Tidak! Tidak untuk terakhir kali!

Wajah risau yang terpapar pada wajah Davano itu cukup membuatkan Vanessa rasa ingin menampar dirinya sendiri. Dia tak patut menyalahkan Davano. Dia patut salahkan dirinya sendiri kerana gagal untuk melindungi sahabat yang sudah dianggap sebagai keluarga.

Dia yang bersalah dalam soal ini. Bukannya Davano. Bukannya Petrillia. Kerana dia tahu, kalau dia ikut Halwa ke bandar, hal ini pasti dapat dihindari!

...bersambung

SUGARHUSBAND ✅️Where stories live. Discover now