FANTASY. Satu dunia impian fantasi dalam pemikiran dan wujud dalam khayalan pembaca yang bergelut di dalam dunia novel . Bukan itu sahaja, namun lebih banyak imaginasi dalam pelbagai bidang di dalam pemikiran manusia yang mewujudkan satu dunia fant...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
╔══ ≪≪≪≪ °❈° °❈° ≫≫≫≫ ══╗
SUASANA di D'Cafe semakin meriah apabila kedatangan pelangan pada waktu tengah hari mula meningkat.
Ramai orang keluar dan masuk dari kedai itu membuatkan semua perkerja tidak lengang tangan menyambut dan menyelesaikan kerja mereka.
Sementara menunggu si manusia dasar janji melayu itu datang, Tiara sempat memulakan penulisannya untuk buku yang terbaharu .
Tangannya laju menekan satu persatu huruf di papan kekunci laptop miliknya dengan mata yang tetap fokus dan beriak dingin.
"TIARAAAAA!!" Satu jeritan kuat dan selamba dari luar cafe mengejutkan Tiara yang sedang menulis. Laju kepalanya terus beralih ke arah suara itu lalu bibirnya mula mengukir senyuman lebar.
"Ya allah BUAH DELIMA BUSUKK AKUUUU!!" Jerit Tiara dengan selamba sambil mendepakan tangannya luas dihadapan khalayak ramai .
Firas yang melihat tingkahlaku dua orang gadis itu terus mengeleng kepala perlahan lalu menerkup wajahnya sebelum masuk ke dalam ruangan penyediaan makanan.
Delima terus mengorak langkah laju mendapatkan Tiara dengan senyuman yang melebar seperti sudah 6 tahun tak berjumpa
"Eeeyyy apa kau nii !!... Nama aku elok-elok Delima kau boleh panggil busuk . Bagi kang baru tahu" Marah Delima sambil menunjukkan kakinya sejurus sampai dihadapan Tiara lalu terus mengambil tempat duduk selamba.
"Eh okey juga kasut kau mahal wo" Balas Tiara selamba lalu kembali mengambil tempat duduknya tadi.
Delima terus mengerut dahi mendengar balasan dari Tiara yang bermuka selamba itu.
"Kau kan Tiara kalau tak jadi bodoh sekali tak sah" Kata Delima dengan jelingan.
"Eh awek lawa lawa pergi mana piwit" Usik Tiara sengaja sambil menyenggol kecil tangan Delima dan memberi kenyitan mata kepada Delima.
Muka Delima makin terus menjauh dari Tiara dengan bibirnya yang mula terangkat sebelah dan mata yang terus membulat besar.
"Ni aku risau dengan kau ni..." Kata Delima lalu terus menepis kuat muka Tiara dengan selamba.
"Tak faham aku... Cuba berenang" Balas Tiara lagi dengan muka riak wajah selamba.