RFL . 27

1K 129 18
                                    




╔══  ≪≪≪≪ °❈°  °❈° ≫≫≫≫ ══╗





DIBAWAH langit malam gelap gelita yang hanya tersisa dengan cahaya malap bulan separuh menghiasi langit . Angin sedikit pun tidak terasa pada malam hari memberi suasana hening suram malam.

Wajah yang diliputi dengan sehelai kain merah menutup wajah sempurnanya itu sedikit tidak menarik perhatian sesiapa disitu yang sedang lalai dibawa arus negetif.

Lelaki itu terus membuka langkah satu persatu memasuki bangunan itu diikuti tiga lelaki dibelakang bersamanya.

Suasana meriah dengan suara ketawa besar dan bualan yang sungguh kuat dan bergema seluruh bangunan kecil itu. Disebalik ketawa itu, terdapat seorang lelaki yang tetap memerhati gerakkan mereka disitu.

Jelas anak mata merah kehitaman itu memberi jelingan tajam disebalik pelitup muka yang mengukir senyuman sinis.

Perlahan lelaki itu mula mengambil tempat duduk berdekatan dengan meja yang dipeuhi dengan sekelompok lelaki bangsawan dan dikelilingi wanita..

"HAHAHAHA!! Tidak mungkin sama sekali !" Hambur lelaki itu dengan penuh angkuh sambil meneguk secawan air .

"Alexander sekarang sudah mendapat takhta yang diinginkan setelah akur dengan permintaan bodoh Ayahandanya" Kata lelaki yang berada disamping lelaki itu tadi dengan wajah penuh dingin.

Lelaki yang baru sahaja menenguk segelas cawan berisi air terus menghentak kuat cawan tersebut menghempas muka meja. Semua berwajah riak penuh terkejut dengan tindakan baran lelaki tersebut.

"Sekarang disebabkan dia!! Kawasan perairan kita dirampas oleh askar mereka!" Hambur lelaki itu dengan penuh amarah yag membuak-buak. Wajahnya jelas tampak bengis dan menyeramkan.

"Hampir hancur musnah semua sempadan perairan kita akibat daripada serangan Alberuthven" Ujar lelaki itu lagi dengan penuh nada tidak berpuas hati .

"Sungguh mereka tamakkan harta" Sambung pula lelaki yang berbaju mewah berwarna putih susu.

"Bukankah... Kawasan perairan itu berada di atas nama Alexander selepas kematian ibunya?'' Celah seorang lelaki dengan wajah separuh diliputi sehelai kain merah menarik perhatian sebelum.

Suara garau dan tenang itu sedikit tidak memberi sebarang rasa curiga kepada sekupulan bangsawan itu.

"TIDAK SAMA SEKALI!! KAU JANGAN NAK MENGARUT!! PERAIRAN INI ADALAH HAK KITA!!" Terus kuat jerkahan lelaki itu membantah penyataan lelaki bertopeng kain merah itu. Tubuhnya tadi duduk tenang diatas kerusi terus  anun berdiri tegak sehingga mencampakkan kerusi kayu itu kebelakang.

"Kerajaan Alberuthven merampas segalanya... Mereka perlu diberi balasan!!" Hamburnya lagi dengan penuh amarah dan tekad .

Lelaki bertopeng merah itu hanya mengukir senyuman sinis mendengar bertapa nekadnya lelaki tua yang gilakan harta itu cuba menafikan segalanya.

"Bagaimana caranya Yang Mulia?..." Soal seorang lelaki dalam lingkungan lelaki muda dengan wajah seperti ingin tahu.

Lelaki tua itu mula mengukir segari senyuman sinis dengan perasaan banga dan angkuh yang membuak-buak.

Tanpa disedari terdapat dua pasang telinga yang sudah bersedia mendengar untuk memenuhi keperluan maklumatnya sendiri.

"Kita akan membuat serangan bermula dari perkampungan kecil Alberuthven. Hilangkan kepercayaan rakyat mereka kepada Alexander."

 A Royalty Female Lead [ FANTASY ]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora