RFL . 22

936 192 15
                                    

╔══  ≪≪≪≪ °❈°  °❈° ≫≫≫≫  ══╗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







╔══ ≪≪≪≪ °❈° °❈° ≫≫≫≫  ══╗





            SUDAH berlanjutan selama dua hari pasangan ini mendiamkan diri malah sering cuba menjauh antara satu sama lain.

Tiara bahkan turut membuatkan keputusan untuk berpindah keluar dari bilik utamanya itu dengan alasan untuk menulis.

Namun kebenarannya dia mahu menjauhkan diri daripada suaminya bahkan tidak mahu langsung berhadapan dengan suaminya lagi buat sementara ini.

Alexander tidak dapat membantah isterinya itu, Dia hanya mampu mendiamkan diri dan membuatkan halnya sendiri.

Angin yang datang menyapa terus menampar lembut pipi Tiara dan rambutnya beralun lembut dipukul angin. Tiara mula menarik nafas dalam menghirup udara segar diluar balkoni biliknya itu.

Rasa segar dan tenang seketika apabila dapat menjauhkan diri daripada semua orang . Walaupun rasa bersalah masih terbuku didada namun dia masih terpaksa bertahan demi kebaikan sendiri.

"Tuan Pemaisuri..." Panggil Helena perlahan dengan senyuman kecil yang baru menjejaki ke dalam bilik Tiara .

Tangannya penuh dengan kertas coklat cair seperti diminta oleh Tiara dibawa bersamanya sebelum melangkah ke arah meja kayu panjang itu.

Tiara yang sedar dengan kehadiran Helena hanya menganguk lemah tanpa beralih menikmati pemandangan di luar.

"Ini dia kertas yang diminta oleh Tuan Pemaisuri..." Ujar Helena lembut lalu mula meletakkan kertas itu di atas meja kayu panjang.

Tiara mula mengalihkan wajahnya memandang Helena lemah lalu mula mengangguk perlahan.

"Oh terima kasih" Ucap Tiara dengan nada yang lemah dan perlahan . wajah kembali di alih menikmati pemandangan walaupun fikirannya sudah jauh dibuai buah fikiran.

Kaki Helena mula melangkah mendekati Tiara dengan perlahan dan senyuman kecil mula menghiasi bibirnya .

"Tuan Pemaisuri baik-baik saja kah?" Soal Helena lembut dengan pandangan redup .

"Sudah dua hari Tuan Pemaisuri murung begini... Tuan Pemaisuri masih terasa dengan Yang Mulia ye?" Katanya lagi dengan nada cuba memujuk dan menenangkan Tiara yang kelihatan muram tidak seperti biasa.

"Entah la Helena.... Aku rasa macam dipergunakan... Perlu ke dia cintakan orang lain tetapi berkhawin dengan orang macam aku?" Luah Tiara dengan keluhan berat mula dilepaskan . Tangannya mula naik meraup wajahnya dengan rasa sebak di dada mula menghuni seluruh perasaanya.

"Tuan Pemaisuri cemburu ye?" Soal Helena dengan senyuman kecil cuba meneka sesuatu.

"Tiada masa la aku nak cemburu. Cuma aku rasa kecewa. Patut ke dia buat aku macam ini. Bernasib baik aku ni masih tidak suka dengan dia" Kata Tiara dengan kerutan dahi dan terselit jelingan dihujung matanya cuba menafikan penyataan Helena.

 A Royalty Female Lead [ FANTASY ]Where stories live. Discover now