RFL : 13

1.2K 234 41
                                    



╔══  ≪≪≪≪ °❈°  °❈° ≫≫≫≫  ══╗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




╔══ ≪≪≪≪ °❈° °❈° ≫≫≫≫  ══╗




         ALEXANDER terus mencempung tubuh kecil Tiara yang masih dibuai mimpi dan lelah penat yang masih menyelebungi diri Tiara lalu terus mengorak langkah besar menjejaki istana dengan riak wajah penuh dingin.

Semua pembantu istana dan juga penghuni lain di istana terus tertumpu ke arah pasangan itu dengan riak wajah sedikit terkejut diikuti Vincent dibelakang .

Helena yang baru mahu menyambut kepulangan Tiara terus cuak melihat tubuh Tiara lemah didalam dukungan Alexander.

"Ya ampun Yang Mulia!! Kenapa ini?!!"-Soal Helena pantas lalu terus belari ke arah Alexander dan mengusap lembut kepala Tiara.

"Alexander!... Apa yang sudah terjadi kepada Aurora?"-Soal Yang Mulia Alaistar pantas dengan wajah penuh kerisauan.

"Kami diserang di hutan .... Makhluk obved menyerang kami secara mengejut"-Terang Alexander dengan nafas sedikit tercungap-cungap

"Bagaimana boleh mencederakan Aurora!!.. Ayahanda sudah berpesan supaya menjaga isteri kamu!"-Hambur Yang Mulia Alaistar dengan nada mula tinggi.

"Ini bukan masa untuk berbalah ayahanda... Alexander akui ini salah Alexander kerana meninggalkannya sendirian... Tetapi sekarang semuanya sudah selamat"-Ujar Alexander dingin dan cuba menenangkan keadaan semula.

"Sudah la bawa dia ke kamar dan berehat... Ayahanda perlu menyelesaikan masalah lain ...Pastikan dia selamat faham"-Kata Yang Mulia Alaistar sambil menarik nafas kembali melegakan diri.

"Baik ayahanda.."-Akur Alexander lemah.

Yang Mulia Alaistar hanya mengangguk perlaham dan terus mengorak langkah meninggalkan mereka .

Datang pula Eleonar yang hadir selepas berselisihan dengan suaminya dan terdampar diwajahnya jelas dingin dan menjengkelkan.

"Sudah aku kata... Kewujudan Aurora hanya menambahkan beban dan kesusahan didalam keluarga ini"-Ujar Eleonar dengan penuh bongkak sambil menyilang tangannya di dada.

"Jaga mulut kau perempuan murahan... Aurora isteri aku dan bakal pemaisuri... Kau tak layak untuk hina dia!"-Ujar Alexander dingin dengan nada kemarahan yang mula naik.

"Kenapa?!. Apa yang hebat dengan keturunan Aurora?!!.. Dia hanya gadis kampung yang diangkat sebagai anak kepada Rodriguez! Dasar perempuan kampung! Sedikit pun darahnya tiada keturunan diraja!"-Hambur Eleonar kasar dengan jelingan tajam.

"Yang penting dia bukan perempuan murahan seperti kau yang hanya mahukan harta dan takhta... Aku akan pastikan selepas aku memegang takhta... Kau akan jatuh meringkup!"-Ujar Alexander dengan nada kemarahan yang memuncak dalam dirinya lalu terus mengorak langkah laju meninggalkan Eleonar .

 A Royalty Female Lead [ FANTASY ]Where stories live. Discover now