RFL : 5

1.6K 256 104
                                    




╔══  ≪≪≪≪ °❈°  °❈° ≫≫≫≫  ══╗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







╔══  ≪≪≪≪ °❈°  °❈° ≫≫≫≫ ══╗




KELUHAN terus dilepaskan selepas celiknya mata memandang syiling bercorak cantik dengan warna keemasan menghiasi pemandangannya.

Angin sepoi-sepoi yang mula terasa menampar lembut pipinya dengan cahaya mentari terang masuk ke ruangan biliknya.

Tiara masing terbaring sendiri dengan tangan didepakan luas sambil memandang kosong syiling di atasnya.

"Aku kena cari jalan untuk balik ke dunia asal aku semula"-Tiara memulakan percakapannya sendirian dengan penuh tekad.

"Ini bukan tempat aku..."

"Haish.... Sepatutnya Leona ialah watak utama dalam cerita aku... Felix ialah sepupu Leona..dan Alexander ialah watak utama lelaki"-Bebel Tiara sambil mendengus geram sendirian.

"Tapi kenapa semua orang dekat sini bencikan Leona sedangkan watak aku tak pernah wujud dalam novel"-Sambungnya lagi dengan keluahan lalu mula terdiam seketika mencerna sesuatu baharu.

"Ataupun... Watak aku bertukar dengan leona?!!"-Jerit Tiara sendiri dengan nada penuh terkejut lalu menerkup mulutnya sendiri

"Arrrghh tak faham aku dengan semua ni!!!.. Macam mana aku boleh masuk dalam dunia ni?!.. Dan kenapa orang benci Leona?!!.. Dan kenapa AKU YANG PERLU JADI PUTERI PILIHAN DIRAJA?!!"- BebelTiara lagi lalu mula menerkup mukanya dengan bantal yang gebu dan menjerit sekuat hatinya .

"Serabutnya otak!!.. Nak hadap benda ni lagi susah nak cari idea untuk menulis.."-Sambung Tiara lagi

"Tapi aku baru tulis 2 bab...."

"JANGAN KATA SEMUA YANG JADI DEKAT AKU SEKARANG NI AKAN JADI SELURUH NOVEL AKU!!"-Jerit Tiara dengan penuh terkejut lalu bingkas bangun dari pembaringannya

"Tapi aku masih fikir tentang ending novel aku... PERSOALANNYA.... Apa ending untuk dunia ni?..."

"Kejap.... Aku kena cari tempat dimana aku jatuh masa tu... Itu sahaja jalan untuk aku balik ke dunia asal!"-Kata Tiara sambil menepuk tangannya sendiri dengan senyuman melebar

Satu bunyi kuakan pintu datang dari biliknya menarik perhatian Tiara untuk beralih ke arah orang yang membuka pintu tersebut.

Seramai 10 orang di dalam satu barisan dengan berpakaian lengkap perkerja istana mula mengorak langkah perlahan dengan menunduk masuk ke dalam bilik Tiara.

Helena mengetuai barisan itu mula menunduk hormat kepada Tiara lalu kembali melangkah mendekati katil luas itu.

"Selamat pagi Tuan Puteri..."-Ucapnya dengan senyuman.

"Oh hai"-Balas Tiara dengan wajah yang masih terpinga-pinga melihat deretan pembantu istana masuk ke biliknya

"Hari ini Tuan Puteri ada perjumpaan dengan keluarga Tuan Puteri dan juga keluarga mertua Tuan Puteri.."-Tutur Helena dengan nada sopan dan lembut

 A Royalty Female Lead [ FANTASY ]Where stories live. Discover now