RFL : 4

1.7K 287 52
                                    

╔══  ≪≪≪≪ °❈°  °❈° ≫≫≫≫  ══╗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




╔══ ≪≪≪≪ °❈° °❈° ≫≫≫≫  ══╗



      PERGELUTAN antara Tiara dengan lelaki itu makin kuat menyergah seluruh kawasan istana mendengar suara bantahan Tiara.

Ramai pengikut dan petugas yang tetap mengorak langkah dari belakang perlahan mengikut jejak Puteri dan Putera menuju kembali ke bilik .

Tiara yang masih berusaha melepaskan diri daripada dukungan lelaki itu terus mendengus geram.

Lelaki itu hanya membiarkan Tiara terus meronta-ronta didalam dukungannya dan tetap beriak dingin .

"EISH LEPASKAN LAAA AKUUU!!" Hambur Tiara lantang sambil memukul-mukul tubuh lelaki itu.

"NAKK BALIKKK !!! ... IBUUU ALONGG AYAHH!! TOLONG ADIKKK!!" Jerit Tiara dengan penuh lantang dan tangisan kecil yang sudah mula keluar.

Dua orang pembantu khas Tiara terus menunjuk riak kasihan kepadanya yang masih meronta-ronta.

"Tuan Puteri mahu berjumpa dengan ibunda Puteri kah?...Sungguh Puteri mesti rindukan diaa!!" Kata wanita yang lebih berumur itu dengan lembut kepada Tiara.

"SIAPA IBUNDA? KAU NIII!! NAMA IBU AKU LINDA LAAAA!!" Balas Tiara sambil mengelap titisan kecil air matanya.

"Oh Tuhan!... Tuan Puteri kenapa begini teruk keadaannya!!" Kata gadis kecil molek itu pula dengan nada mula kasihan.

Lelaki yang mendukung Tiara hanya memberi keluhan berat dan terus menguak kuat pintu yang besar tinggi megah tersebut.

"AKUUU TAKNAKKKKK AAAARRRGHHHH LEPASKAN LAAAAA!!!" Ronta Tiara lagi sejurus dia dapat merasakan dia sudah kembali masuk ke dalam bilik yang didiami.

Lelaki yang mendukung Tiara terus memberi isyarat dengan mengangguk kepala kepada seorang doktor kerajaan lelaki yang sudah berumur 40-an itu.

"Maafkan saya Tuan Puteri.." Kata doktor itu lalu mengetuk kuat leher Tiara dengan sepantas kilat .

"AKKKK!!"

Tiara yang tadi sibuk meronta terus pengsan didalam dakapan lelaki yang mendukungnya itu akibat tindakan pantas doktor tersebut.

Semua pembantu yang melihat tubuh Tiara terus lemah didalam dakapan terkejut kecil dan memberi riak wajah belas kasihan.

Lelaki dingin itu terus mengorak langkah dan meletakkan perlahan tubuh lemah Tiara ke atas katil empuk itu .

Tangannya mula naik dan mengusap lembut rambut Tiara dengan keluhan kecil. Selimut yang terlipat kemas ditarik lalu menyelimutkan tubuh kecil Tiara dengan selesa.

Doktor yang dipanggil terus memulakan perkerjaannya sementara Tiara masih tidak menyedarkan diri.

"Keadaan Tuan Puteri baik...Cuma dia mempunyai energi yang terlebih" Kata Doktor itu sambil menangalkan stetoskop miliknya.

 A Royalty Female Lead [ FANTASY ]Where stories live. Discover now