RFL . 24

1K 165 18
                                    


╔══  ≪≪≪≪ °❈°  °❈° ≫≫≫≫  ══╗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.






╔══ ≪≪≪≪ °❈° °❈° ≫≫≫≫  ══╗





               BUNYI guruh terus menyergah seluruh alam . Petir yang tidak henti datang dari awan hitam terus menyambar tanah bumi . Angin kecang berterusan datang menjadikan suasana terus dibawa arus rasa gemuruh dan takut.

Bertalu-talu guruh dan petir saling bertaut diikuti angin yang kuat meniup isi bumi dan hujan lebat terus membasahi bumi.

Mata tidak terlarat rasanya mahu merembeskan lebih banyak air mata yang tidak henti jatuh membasahi pipi.

Berat rasa sebak di dada dan kecewa menyelebungi diri dibawah air hujan yang sudah lenjun membasahkan satu tubuh.

Si anak kecil perempuan sudah berada didalam dakapan abangnya. Darah yang terus berlemuran cuba ditahan oleh abangnya dengan tangisan tidak terhenti.

Si abang sulung masih mencuba mengagahkan diri untuk tidak ditinggalkan begitu sahaja oleh sang wanita berkain merah itu.

"BONDAA!!!"

Tangisan tiga anak kecil itu tidak berhenti dihamburkan bersama dengan perasaan penuh ketakutan . Berkali-kali si abang sulung menahan telinganya daripada mendengar bunyi guruh kuat itu.

BAMMMMMMMM!!!!

"ARRRGHHHHH!!!"

Tangan abangnya tidak lepas mengenggam telinganya dengan mata terpejam rapat penuh perasaan ketakutan. Satu tubuh badannya mula mengeletar teruk sehingga menjuraikan air mata berterusan

"ABANG!!!" kuat jeritan si kecil lelaki itu menjerit memanggil abangnya yang sudah terduduk melutut ditanah dengan luka penuh dibadan.

Si sulung terus beralih kebelakang dimana kedua adik lelaki dan perempuannya sudah terduduk ditanah dengan tangisan.

Terus terbeliak matanya melihat darah yang sudah penuh ditangan adik lelakinya itu dan adik perempuan sudah hampir memejamkan mata menahan rasa sakit dikepala.

Si sulung laju bangun dari duduknya sambil tangan mengelap sisa air matanya dan terus belari ke arah perempuannya .

"TOLONG BERTAHAN ATHELIAA!! ABANG ADA DI SINI!!" Hambur si sulung dengan penuh cuak dan panik melihat darah yang sudah membasahi kepala adiknya itu.

"A-Abang.... Ke-kepala Adik..." Tergagap si adik lelakinya dengan air mata tidak berhenti jatuh membasahi pipi.

"ATHELIA!!!"

"A-abang.. akit..." ngadu si adik perempuan menahan sakit dan lelah tidak bermaya.

"Mata.. Warna mata Athelia!!" Panik si adik lelaki melihat warna mata milik Athletia perlahan-lahan pudar bertukar warna.

 A Royalty Female Lead [ FANTASY ]Where stories live. Discover now