RFL . 9

1.3K 238 70
                                    


╔══  ≪≪≪≪ °❈°  °❈° ≫≫≫≫  ══╗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.






╔══ ≪≪≪≪ °❈° °❈° ≫≫≫≫  ══╗





CELIK sahaja mata, Tiara pantas mencapai buku yang disorok dibawah katilnya . Kakinya terus mencecah lantai dan belari menyelak cahaya mentari pagi dengan pemandangan indah dipagi hari.

Tiara dengan senyuman melebar kembali menghempaskan dirinya di katil empuk itu sambil menyelak satu persatu isi buku itu.

Matanya tertumpu kepada perkataan yang ditanda untuk dibaca dengan dahi yang mula berkerut seribu.

"Sungai Hitam Tagaryan?..."-Ujar Tiara sendiri. Matanya tetap memandang gambar yang berada di dalam muka surat buku itu.

Satu sungai hitam yang kelihatan sangat tenang dan salji putih menghiasi disekeliling darat tepi sungai itu.
Pokok-pokok redang berwarna hitam seperti daun kelayuan dengan ranting-ranting kering jatuh bertebaran.

Mata Tiara mula turun ke arah perkataan-perkataan yang ditulis kemas dibawah gambar sungai tersebut.

"Sungai yang mempunyai kuasa sakti dimana kehidupan laut tidak pernah wujud di dalamnya dan mampu menunaikan impian bagi mereka yang terpilih?"-Ujar Tiara sendiri dengan kerutan dahi membaca maklumat buku itu.

"Macam pelik...."

"Tagaryan... Kerajaan hujung dunia yang membawa maksud api dan darah... Kerajaan yang mempunyai sisi hitam dan kekuatan kuasa sakti yang gelap"-Sambung Tiara lagi dengan nada yang semakin kagum dengan kuasa magika itu.

"Wow... Hebat mat!.. GILA LAAAA!!"-Jerit Tiara lantang lalu mula berdiri dan melompat-lompat di atas katil.

"ADA NAGA TAK DEKAT SITU ?!!"-Soal Tiara sendiri dengan gembira sambil melompat di atas katil lalu menghempaskan dirinya kembali terbaring di tilam empuk itu.

"HELENA TENGOK NIII !!.. HEBAT GILA KERAJAAN NII!!"-Hambur Tiara penuh kekaguman sejurus Helena yang baru masuk ke biliknya.

Helena yang berkerut dahi terus mengorak langkah perlahan sambil mengerling sedikit halaman buku yang dibaca oleh Tiara

"Tuan Puteri?... Kenapa Tuan Puteri baca tentang sungai hitam?"-Soal Helena dengan nada sedikit ketakutan dan hairan.

Namun dihiraukan sahaja oleh Tiara yang masih ralit membaca buku tersebut.
Helena mula mengeluh kecil lalu membetulkan kembali selimut tebal yang sudah dironyokkan oleh Tiara.

"Saya rasa lebih baik Tuan Puteri mula bersiap untuk bersarapan bersama yang lain... Yang Mulia akan hadir pada jam 12.00 tengah hari nanti"-Ujar Helena dengan nada penuh ketenangan tidak lupa senyuman yang tetap terukir.

"Kita perlu menyambut kedatangannya untuk majlis yang akan berlangsung esok hari..."-Sambungnya lagi lalu merampas perlahan-lahan buku di tangan Tiara dan diletakkan di meja.

 A Royalty Female Lead [ FANTASY ]Where stories live. Discover now