RFL . 10

1.3K 226 41
                                    



╔══  ≪≪≪≪ °❈°  °❈° ≫≫≫≫  ══╗

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.





╔══ ≪≪≪≪ °❈° °❈° ≫≫≫≫  ══╗




ALEXANDER DARRIEL..

Anak sulung lelaki kerajaan Alberuthven yang merupakan pewaris utama daripada

Lelaki dingin mengerunkan seluruh istana dengan berwajahkan dua perwatakkan untuk menarik perhatian rakyat dengan sikap sempurnanya dan juga kesungguhan memerintah kerajaan.

Dianugerahkan anak mata berwarna merah kegelapan menandakan kuasa yang dimiliki dari kecil dan kekuasaan yang kuat .

Membenci setiap perempuan hanya kerana kisah silam gelapnya yang tidak dapat dilupakan dan menjadi satu trauma dalam hidupnya.

Sekarang aku dah faham...
Aku yang buat watak dia macam tu jadi aku yang kena hadap dia...

Nama baru dia mamat talam dua muka..

Kita boleh ubah personaliti dia...

Okey tamat sekarang fokus dekat aku!

Tubuh Tiara terbaring dengan selesanya di katil empuk sambil memandang kosong syiling memikirkan perkara yang bakal terjadi.

Seluruh isi istana sudah kedengaran sangat meriah dengan kedatangan tetamu dan pembantu istana yang sibuk menyediakan makanan untuk majlisnya hari ini.

Namun Tiara masih berlegar di otaknya untuk mencari jalan keluar lari daripada istana ini.

"AAAARRRGHHHHH"-Jerit Tiara lantang sambil mendengus geram. Bantal yang dipeluk terus digigit kuat melepaskan geram.

"Hari ini...Aku akan berkhawin... KHAWIN DENGAN FICTIONAL CHARACTER AKUUU!!"-Jerit Tiara lantang lalu mencengkam kuat rambutnya yang sudah tentu serabai selepas bangun dari tidur

"AAAAAAAAAAAAAAAA"

Satu kuakan pintu mengejutkan Tiara yang sedang bergolek-golek sendiri di katil sambil mendengus geram mencengkam rambut.

Helena dan pembantu yang lain sedikit terkejut melihat tingkah laku agresif Tiara lalu mula mengeluh kecil.

"Selamat pagi Tuan Puteri..."-Sapa Helena sambil menunduk hormat serentak bersama pembantu yang lain.

"Kau lagi..."-Keluh Tiara lagi lalu kembali duduk dengan tenang di tilamnya

"Tuan Puteri perlu bangun cepat... Tuan Puteri perlu bersiap, hari ini merupakan hari bahagia Tuan Puteri.."-Ujar Helena dengan tenang dan senyuman melebar

"Bahagia la sangat... Aku rasa tersiksa ada la.."-Kata Tiara perlahan dengan keluhan berat

"Tuan Puteri cuba senyum... Hari ini Tuan Puteri akan jadi pemaisuri hati Tuan Putera"-Kata Helena lembut lalu kedua jarinya mula menyentuh pipi Tiara dan menarik senyuman bibir Tiara.

 A Royalty Female Lead [ FANTASY ]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt