RFL . 18

1.1K 225 43
                                    





╔══  ≪≪≪≪ °❈°  °❈° ≫≫≫≫  ══╗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.








╔══ ≪≪≪≪ °❈° °❈° ≫≫≫≫  ══╗





CAHAYA terang sinaran pagi menarik perhatian Tiara yang baru mencelikkan mata membuatkan tubuhnya mula bangun menyelak selimut gebu itu dari dirinya.

Kaki perlahan mencecah lantai dan terus mengorak langkah perlahan ke arah langsir labuh panjang dan cahaya tingkap kecil yang mula menyinar.

Diselak luas langsir berwarna putih lembut susu itu menampakkan jendela luas biliknya dengan cahaya matahari .

Tangannya perlahan membuka kaca jendelanya dan dibuka luas memberi semua sinaran cahaya matahari masuk menerjah biliknya gelapnya.

"Hari pertabalan sudah hampir tiba... tetapi aku disini masih memikirkan cara untuk pergi dari sini" Omel Tiara sendiri sambil menikmati pemandangan dipagi hari dari luar jendela biliknya.

"Bagaimana dengan kerjaya aku?... Keluarga disana?... Arghh tak mungkin aku hanya bermimpi selama ini!" Tangannya naik mencengkam rambut dan dikusutkan kasar.

"Sungai hitam...." terdetik difikirannya tentang nama tersebut . Nama yang sudah lama mahu dikunjungi dan menjadi kunci untuk dia meninggalkan dunia fantasi ini.

"Cara untuk pergi itu bagaimana?!" Teriak Tiara sendiri dengan keluhan yang mula kuat .

"Itu sahaja cara untuk aku pulang ke dunia asal..."

"Tidak mungkin ada cara lain... Berdasarkan kisah fantasi ... semuanya sering berlaku hanya kerana air" Ujarnya dengan kerutan dahi dan fikiran yang mula melayang memikirkan cara.

"Air mempunyai memori..." satu puitis ayat yang sering didengari dan menjadi satu kunci memori seseorang

"Sementara untuk hidup disini aku perlukan maklumat dan rahsia mereka disini" Tekad nada Tiara untuk menyelesaikan masalahnya yang makin lama makin bertambah.

"Banyak rahsia disini yang aku tidak faham?" Ujarnya sendiri lalu kembali berjalan perlahan ke birai katil

"Kenapa hubungan kekeluargaan mereka seperti bercelaru" Banyak pertanyaan menerjah fikirannya

"Yang aku tahu.... Leona adalah watak utama namun!... Dia curang dengan Alex" Omelnya lagi sendirian

"Kau jujur dengan aku... Kau tahu kan? Sebab mereka berpisah?" Soal Tiara dengan tikaman mata tajam dan mula menjengkit kaki merapati wajahnya dengan Felix.

Felix sudah mula melangkah satu langkah kebelakang dengan riak wajah yang penuh terkejut.

"Kau tak nak jawab ....Aku cungkil biji mata kau!" Ugut Tiara dengan nada yang mula dingin dan menunjukkan dua jarinya tanda mahu mengugut Felix

"EH AURORA!"

"Nak beritahu atau..." Makin tajam mata Tiara menakutkan Felix yang sudah beriak penuh terkejut.

 A Royalty Female Lead [ FANTASY ]Where stories live. Discover now