RFL . 26

1.2K 164 24
                                    






╔══ ≪≪≪≪ °❈° °❈° ≫≫≫≫  ══╗



           MENTARI pagi dengan angin lembut mengelitik ketika dia bangun mengira usia hari. Mata yang mendapat rehat secukupnya sepanjang malam yang indah perlahan dibuka .

Mata dicelik dengan pemandangan pertama menyergah pupil matanya wajah seorang lelaki yang nyenyak dibuai mimpi indah. Wajah bersih dan tenang itu menjadi tatapan sejurus mata dibuka.

Bibir mula mengukir senyuman kecil melihat wajah indah itu . Badan mula digerakkan sedikit perlahan merapatkan jarak mereka berdua sehingga dapat merasakan nafas antara satu sama lain.

"What if I really fall for him with my truly heart" Satu persoalan mula terdetik difikirannya pabila menatap lama wajah tenang itu.

Senyuman mula semakin pudar . Jari jemari mula naik menyentuh lembut sisi wajah suaminya itu lalu berkata.
"He's my fictional character. And I live in a fantasy world. But how can I fall for him this quick" Ujarnya dengan nada perlahan.

"I don't know if I really fall for him or i just..." Kata-kata tergantung disitu tidak disambung dengan penuh yakin.

"How about he's falling in love with me?, How about us one day?, Can we meet again in the real world?" Bertalu-talu persoalan yang melekap difikirannya hampir setiap hari sejak hatinya berubah arah.

"Would he stay and find me?, Would we meet again and create a real love story together" Sambungnya lagi dengan lemah. Tanpa disedari lembut air mata mutiaranya jatuh membasahi pipi lembut.

"that's impossible"  Keluhan kecil dilepaskan bersama dengan kata penutup terakhirnya . Air mata mula diseka agar tidak disedari sang jejaka itu dalam diam.

"Kenapa sayang?..." Satu suara garau teguran mula menyergah gegendang telinga Tiara.

Terus membulat mata gadis itu pabila pandangan matanya tepat bertembung dengan suaminya.

"Tak mana ada saya cakap apa-apa" Laju Tiara menafikan segalanya dengan mata bulat berkelip-kelip.

Alexander hanya tersenyum kecil. Dagu mula ditongkatkan dengan tangannya dan mata tidak lepas menatap wajah terpinga-pinga Tiara itu.

"Awak kenapa tengok saya macam itu?" Soal Tiara dengan kerutan dahi mula terbentuk .

"beautiful... you're so beautiful" Ujar Alexander dengan penuh aura menggoda dan tatapan mata yang cukup hangat .

"will you be my angel and i'm yours?" Kata Alexander dengan suara garau tenangnya dan senyuman cukup menawan hati diberikan.

Terkedu Tiara diam seribu tidak mampu membalas dengan kata-kata mendengar pujian manis dari suaminya .

Wajah putih susu mula menampakkan merah pipinya yang mula berbahang sehingga detak jantungnya mula berdegup kencang.

Alexander tersenyum sinis melihat wajah bahang isterinya itu . Terasa senang dihati dapat mencuit hati isteri sehingga membuatkan isterinya tidak mampu berkata-kata.

"Blushing morning?" Perli Alexander dengan kening sebelah dijongketkan disertai segaris senyuman senget.

Tiara mula menerkup wajahnya lalu menarik nafas dalam sebelum kembali membalas tatapan mata suaminya.

"Seriously Alex... Awak sengaja saja mahu kenakan saya pagi ini" Kata Tiara dengan jelingan disebalik jari jemari yang dibuka sedikit memberi ruang dari menutup tatapan matanya itu.

 A Royalty Female Lead [ FANTASY ]Where stories live. Discover now