PART 1 : ORANG YANG TIDAK DIKENALI

46 1 0
                                    

   " Hei ! Apa khabar ?" tanya Salma sambil memeluk kedua dua orang rakannya . " Tentu seronok dalam dalam penerbangan " celah Zarina , seorang gadis manis yang berkulit kuning langsat dan agak gemuk sedikit . Dia tidak tersenyum seperti biasa . Salma kelihatan hairan . " Senang hati Kami dapat jumpa kamu kembali !" sampuk Mei Lin yang berambut hitam dan pendek seakan akan rupa lelaki . " Kenapa kamu kelihatan sedih saja Zarina ? Ada apa apa yang tak kena ?" tanya Salma , sambil memandang wajah Zarina . Zarina mengetap bibirnya . " Salma kita tak boleh lama di sini ! Kita terpaksa pulang esok !" . " Kenapa ? " tanya Salma , kehairanan .
           " Sebab , di padang ternak pakcik ku ada misteri " , jawab Zarina . " Jadi , Pak Longku berpendapat berbahaya kalau kita lama - lama disini . Tapi Salma , kalau kamu dapat memujuk pakcik dan berjanji akan menyelesaikan kes ini , tentu dia benarkan kita tinggal lebih lama disini " . " Saya tak sabar lagi nak dengar tentang misteri itu ". Mei Lin meminta diri untuk mengambil beg pakaian Salma di tempat pengambilan barang - barang . " Jangan kamu ceritakan misteri itu dulu . Tunggu sehingga saya sampai ya , " pinta Mei Lin sambil berlalu dari situ . Zarina Dan Salma menuju ke sebuah kedai minuman . Sambil berjalan itu , Zarina menerangkan bahawa pakciknya telah mengambil keputusan menyuruh mereka pulang pada keesokannya dan tiket kapal terbang juga telah ditempah . "Saya dah beritahu yang kamu seorang penyiasat muda yang bijak dan memujuknya supaya membenarkan kamu menyelesaikan kes itu . Tapi , katanya merbahaya . Mei Lin cuba menelefon kamu tadi , tapi kamu dah bertolak . " Zarina memberitahu Salma . " Sayang kita tak dapat bercuti lama disini " . Salma , Zarina dan Mei Lin ialah sahabat karib yang sama - sama dibesarkan di Kuala Lumpur . Beberapa minggu sebelumnya , bapa saudara Zarina , Encik Joseph dan isterinya Janet telah mempelawa mereka bertiga ke rumahnya .    Ayah Salma , Encik Hamid , seorang peguam yang terkenal di Kuala Lumpur telah membenarkan anaknya pergi bercuti ke sana . Zarina dan Salma masuk ke kedai minum , mereka lalu di antara meja - meja yang penuh sesak dengan pelanggan dan menuju ke sebuah meja di sudut kedai itu .
          Sebaik saja mereka berdua mencecah punggung di kerusi , seorang lelaki kurus yang beruban sedikit , berpakaian hitam , datang dam duduk di meja sebelah mereka . Salma meletakkan beg kecil yang dibawanya di atas lantai di antara kerusinya dengan kerusi lelaki itu .

             "Apa dalam beg kecil kamu tu ?" tanya Zarina , sambil memerhatinya .

            "Baju panas untuk Jamal yang saya kait  sendiri , " kata Salma .

              "Saya nak menyudahkannya untuk hari jadinya nanti" .

Sebentar kemudian , Mei Lin sampai . Di sebalik beg tangannya , dia juga membawa sebuah termos air yang besar . Seorang pelayan datang dan mereka cuma memesan air batu campur saja . "Ceritakanlah pada saya tentang misteri itu ," pinta Salma . Zarina menarik kerusi ke hadapan sedikit . " Kira - kira dua bulan lalu ," Zarina memulakan ceritanya , " pakcik dan makcik saya membeli sebidang tanah untuk padang ternakan secara bayaran ansuran . Tapi , beberapa kejadian telah berlaku pada bulan lepas dan pakcikku berpendapat yang dia telah dianiaya . Pada mulanya mereka tak percaya , tapi malam tadi .... " Zarina berhenti .

              "Apa yang berlaku?" tanya Salma . "Bayangkan seekor kids muncul ," balas Mei Lin . "Sungguh menghairankan ! Kami nampak barang - barang tersebut berlari di atas padang rumput di situ ". "Kata Azman , salah seorang pekerja di situ , bayang itu ialan hantu kepada kuda kepunyaan Megat Akid ". "Ada sesuatu menarik tentangnya , " celah Zarina . " Megat ialan kekasih Dayang , anak seorang penghulu , tuan punya padang ternak itu dahulu . Satu malam , apabila Megat datang menemui Dayang , ia bersumpah bahawa kudanya akan selalu mengunjungi padang ternak tersebut . Kalau kuda itu muncul , satu kecelakaan akan menimpa . " Betul kah sumpahnya itu ?" tanya Salma . "Ya , sumpahnya betul - betul berlaku . Pagi tadi , pakcikku mendapati salah satu dari bangsalnya runtuh ." Salma tercengang . "Berbunyikah kuda itu ?" Tidak , balas Mei Lin yang kebetulan berada di situ pada malam tersebut . Tapi , sebelum bayang kuda itu muncul satu siulan kedengaran . "Bayang kuda itu mesti satu muslihat , celah Salma . "Jangan - jangan ada orang cuba menakutkan pakcik dan makcik kamu supaya keluar dari kawasan itu ." Sambil bercerita , Salma mendapati lelaki di sebelah mereka asyik mendengar perbualan itu. 

         "Tapi kenapa?" Zarina terhenti sebaik saja terasa kakinya yang terletak di bawah meja dikuis oleh Salma . Mei Lin faham akan pandangan amaran Salma itu . Pelayan kedai itu datang membawa minuman . Mereka berbual pula tentang perkara lain . Apabila mereka telah minum dan bersedia hendak bangun , Salma meraba meraba begnya . Dia terkejut . "Kenapa ?" tanya Zarina . "Beg saya say hilang !" Lelaki yang di sebelah kita pun dah pergi , jangan - jangan dia yang mencurinya ," sampuk Mei Lin. Mereka bangun dan memerhatikan sekeliling . Lelaki itu sudah tiada lagi . Mei Lin segera berlari keluar . Sementara itu , Salma memerhati bawah meja lelaki tadi . Salma membuka begnya , susunan di dalamnya sudah berubah . Adalah lelaki itu mencari sesuatu ? Zarina membayar harga minuman dan mereka berdua keluar dari kedai itu . Di luar , Mei Lin memberitahu Salma dan Zarina . " Orang itu dah lari ," Mei Lin memberitahu Salma dan Zarina . Mereka bertiga belalu dari situ . "Oh ya! Saya nak telefon Makcik Ani dan memberitahu yang saya dah sampai." Sampaikan salam ku padanya ," sampuk Zarina sambil , pergi mengisi air ke dalam termos .

          Makcik Ani ialah pembantu rumah Salma . Dialah yang menjaga Salma sejak ibunya meninggal , sewaktu Salma berumur tiga tahun . Salma menganggap Makcik Ani sebagai ibunya sendiri . Sebaik saja Zarina tiba , Salma bersuara . "Saya tak beritahu Makcik Ani yang kita akan balik esok ." Tentu dia terkejut apabila kita tiba nanti , sampuk Mei Lin . Mereka bertiga menuju ke tempat meletak kereta . Mereka melalu celah - celah barisan kereta menghala ke sebuah kereta buruk . Apabila mereka hampir disitu , mereka tiba - tiba terkejut . Seorang lelaki memasukkan sesuatu ke dalam kereta tersebut , menerusi tingkap kereta itu . Orang itu adalah lelaki yang duduk di meja sebelah mereka di kedai minuman tadi . "Apa kamu buat?" teriak Mei Lin . Lelaki itu tersentak dan lari melalu celah - celah kereta disitu . Salma meluru ke kereta buruk itu . Terdapat secebis kertas atas tempat duduk , lalu mengambilnya . Kertas itu berbunyi :

        JAUHKAN DIRI DARI PADANG TERNAK !

"Mari!" ajak Salma . "Mari kita kejar lelaki itu ."

done ✅ for part 1 : ORANG YANG TIDAK DIKENALI . Thank you for your guys support me . I berminat nak buat cerita sendiri , Thankyou guys . love you all 🥰❤️ .

RAHSIA DI LEMBAH SELINDUNG Where stories live. Discover now