PART 5 : SATU PEMBERIAN

10 0 0
                                    

          Dengan tidak membuang masa lagi lelaki itu terus bergerak ke pintu tempat Salma berdiri . Salma melompat ke tepi dan menghalang lelaki itu dengan kakinya . Lelaki itu terjatuh dan kampitnya terlepas dari tangannya .

        " Tolong !" pekik Salma , sambil mengambil kampit yang terjatuh .

      Lelaki itu bangun semula dan lari ke arah lorong kecil di antara kedai - kedai disitu. Ketika itu seorang perempuan muda datang bersama - sama dengan seorang lelaki .

        " Apa yang telah berlaku ?",tanyanya . "Saya Salina ." Salma cepat - cepat menceritakan tentang apa yang berlaku . "Kedai saya telah dirompak !" katanya .

Sambil tersenyum , Salma menghulurkan kampit itu kepadanya . Sebentar kemudian Meor , Inspektor Anuar dan beberapa orang lain sampai kesitu . Sekali lagi Salma menceritakan tentang pencuri itu .

     "Dia memakai sarung muka hitam dan menutup bahagian hidung ke bawah . Seluarnya pun berwarna hitam."Inspektor Anuar menuju ke lorong itu tapi pencuri itu sudah pun menghilangkan dirinya . Salma memperkenalkan dirinya kepada Salina , begitu juga Mei Lin .

     "Saya terhutang budi pada kamu , Salma . Saya ingin menghadiahkan kepada kamu sesuatu . "

        "Terima kasih , " jawab Salma . "Saya cuma menolong saja . "

Perempuan muda itu menjemput Salma dan Mei Lin masuk ke dalam kedainya . Kedainya kelihatan kemas sekali . Di bahagian sebelahnya tersusun kain - kain batik dan bahan - bahan sulaman , manakala di sebelah lagu terdapat barang - barang kemas yang tersusun dalam tempat cermin .

        "Tempat ini saya tak kunci tadi ," terangnya. "Kamu dari mana? Nampaknya , kamu bukan orang sini ?"

Salma menerangkan yang dia datang bercuti di Lembah Selindung . "Kalau begitu , baik kamu ambil hadiah ini ," terangnya , sambil mengeluarkan sesuatu dari kampit tadi . Hadiahnya ialah sebuah jam emas bentuk lama ,bulat dan besar. "Cantik , "puji Salma . "Saya tak dapat menerimanya sebab jam ini hendak dijual ."

      Salina menggelengkan kepala . "Jam ini bukan untuk dijual, ia cuma diletakkan untuk perhiasan saja . Tapi , kerana kamu datang dari Padang Ternak Selindung , ia menjadi hak kamu sekarang ." Tapi .... kenapa ?" tanya Salma kehairanan . Perempuan muda itu menerangkan bahawa jam itu dihadiahkan kepada Datang oleh seorang kekasihnya bernama Megat . "Ini pun ada huruf M ", katanya sambil menunjukkan huruf  ' M ' yang terdapat di belakang jam itu pada Salma .

      "Menurut cerita orang , Megat meninggalkan hartanya pada Dayang . Tapi malangnya harta itu tidak diterima oleh Dayang ."Harta ?" tanya Salma . "Harta apa?"Entahlah , tapi menurut surat wasiat tersebut , harta - hartanya itu diwariskan kepada kekasihnya Dayang , tetapi surat wasiat itu tidak pula menyatakan bahawa harta itu tersimpan di Padang Ternak Lembah Selindung ." Salma gembira mendengar maklumat itu . Mungkin perkara ini yang menyebabkan berlakunya keadaan huru - hara di padang ternak itu ! Salma memerhatikan jam itu , mencari - cari kalau ada petunjuk tentang harta itu ! "Jam itu masih boleh dipakai ," Salina memberitahu Salma .

"Dari mana kakak dapat jam ini ?"
"Dari dalam sebuah kotak yang kakak beli di kedai lelong ," balas perempuan muda itu . Dia menerangkan bahawa kotak itu kepunyaan seorang perempuan , Jimah namanya , sahabat karib Dayang . Setelah Dayang mati , kotak itu diberikan oleh ibu bapanya kepada Jimah sebagai kenangan . "Saya tahu sejarahnya kerana ada tertukis di kotak itu ."Masihkah kakak simpan kotak itu lagi ?" Perempuan muda itu menggelengkan kepalanya , "Kakak dah buangkan bersama dengan barang - barang yang lain yang tak berharga di dalamnya . Kamu simpan sajalah jam itu , Salma " . Oleh sebab tidak mahu mengecilkan hati perempuan itu , Salma terpaksa menerima jam itu dan mengucapkan terima kasih . Meor masuk ke kedai dan memberitahu bahawa pencuri itu tidak dapat ditangkap . Sebelum meninggalkan kedai itu , Salma terpandang sebuah lukisan yang dilukis dengan kapur berwarna , tergantung di dinding . "Wah , cantik lukisan itu !" pujinya . Salina memberitahunya bahawa lukisan itu dibuat oleh seorang pelukis yang tinggal di padang ternak Lemah Selindung . Kerana pemandangannya yang indah dan menarik itu Salma memaksa supaya lukisan itu dijualkan saja padanya . Salina terpaksa menjualkannya . Salma , Mei Lin dan Meor berjalan keluar . Salma terpandang seorang lelaki tinggi yang sedang duduk di sebuah bangku yang terletak di bawah sebatang pokok rendang . Dia memakai topi hitam dan asyik memerhati ke arah Salma apabila mereka lalu di hadapannya . Matanya tertumpu pada jam yang tersangkut di baju Salma . Adakah dia pencuri yang melarikan diri tadi ?

Sebaik saja kereta yang dipandu oleh Meor beredar , lelaki tadi masih memerhatikan mereka .  Di pertengahan jalan , Meor menunjukkan bekas batu - bata lama di lerenh Bukit dan memberitahu bahawa bangunan itu kepunyaan ayah Dayang . "Tempat yang elok untuk mencari perkakas - perkakas lama ," celah Mei Lin . "Jangan berani pergi ke situ !" Meor menasihati mereka berdua . Apabila Salma bertanya kenapa , Meor menerangkan bahawa tangga untuk mendaki ke tempat itu telah reput dan patah - patah . "Berbahaya". Sesampai di padang ternak , mereka terdengar bunyi gelak ketawa dari kandang kuda . Sudin bertenggek di atas pagar kayu . Zarina pula sedang menunggang seekor kuda sambil memegang gelung tapi penjerat . "Tengok saya !" jeritnya . "Saya belajar cara menjerat lembu ." Salma dan Mei Lin hampir ke situ dan nampak Gopal meletakkan tangannya di kepala seperti tanduk dan melompat - lompat di hadapan kuda Zarina . "Cuba , jerat saya !" pekik Gopal . Zarina melontar tali jeratnya tapi terjatuh di atas kepala kudanya . Salma , Mei Lin dan Sudin mentertawakannya .

        "Tak apalah , " jerit Salma . "Kamu bukannya nak jadi koboi !"

Zarina turun dari kudanya dan mereka bertiga berlalu dari situ . Di rumah , Salma menceritakan kepada Zarina , makcik Janet dan Maria tentang apa yang berlaku di pekan tadi , sambil menunjukkan jam itu dan menceritakan sejarahnya . "Azman yang menceritakan pada kami tentang kuda yang berhantu itu ," terang makcik Janet. "Tapi , dia tidak pula menceritakan tentang harta . Boleh jadi dia taktahu ." Atau dia sengaja merahsiakannya , " celah Salma . "Apa kata , kalau kita cari harta itu !" Boleh juga ".

Sementara yang lain asyik memerhatikan jam yang berbentuk lama itu , Salma mengeluarkan lukisan yang dibelinya dari dalam beg dan meletakkannya di atas meja . Maria mengambil gambar itu "Ayah ku yang melukis gambar ini " Maria menceritakan bahawa ayahnya , Encik John ialah seorang pelukis . Dia selalu membawa perkakas lukisannya . Kalau bersuara dengan pemandangan yang menarik , dia akan melukisnya . Maria pasti yang dia mengenali setiap lukisan ayahnya . "Kita mesti cari pelukis ini , " terangnya . "saya tahu dia ialah ayah ku ."

Makcik Janet berjanji akan membawa Maria ke , pekan pada pagi esoknya dan bertanya pada Salma tentang lukisan itu .

       Selepas makan malam , Salma berjalan - jalan seorang diri di luar dengan membawa sebuah lampu picit . Dia lalu di hadapan kandang kuda , kandang lembu hingga sampai dekat dengan padang rumput . Dia berdiri di situ untuk menenangkam fikirannya . Angin berhembus perlahan - lahan . Kemudian Salma berpaling ke belakang . Tiba - tiba dia terpandang cahaya lampu yang menembusi celah - celah dinding perigi "Siapa di situ ?"

Apabila Salma hampir ke situ untuk menyiasat , kedengaran bunyi tapak kaki memijak ranting dan lampu di situ pun padam . Salma berjengket - jengket menuju ke pintu bilik perigi itu . Pintunya dibuka , kemudian dia menyuluh dengan lampu picitnya . Kosong ! Dia menggeletar . Salma berlalu dari situ dengan perlahan - lahan . Tiba - tiba dari padang rumput kedengaran bunyi siulan yang panjang . Dari celah - celah pokok dekat padang rumput itu muncul bayang seekor kuda putih . Hantu kuda !

done ✅ part 5 : SATU PEMBERIAN ! THANKYOU FOR SUPPORT ME GUYS ! ENJOY !!! 💗💗💗💗 . VOTE , COMMENT AND SHARE TAU . TERIMAKASIH BANYAK BANYAK 😭🤲🏻🤍  .

RAHSIA DI LEMBAH SELINDUNG Where stories live. Discover now