PART 14 : MUSLIHAT DAUN GATAL

7 0 0
                                    

Di sebelah kerusi kosong itu terdapat seorang pelukis yang sedang mewarnai lukisannya. Salma menghampirinya. "Saudara tahu di mana orang yang melukis lukisan itu?"Itu dia!"Salma berpaling dan kelihatan seorang perempuan berbadan rendah dan memakai baju biru menuju ke arah mereka. "Mahu beli lukisan itu?" tanyanya. saja yang tinggal. Yang lain habis dibeli orang." Muka Maria berubah. "Tapi, lukisan ini bukan dia yang buat ."

"Betul, kakak cuma jualkan saja. Kakak beli daripada ramai pelukis yang menjualkannya."Mana pelukis yang melukis gambar ini?" tanya Salma, tidak sabar."Itu kakak tak tahu. Dia memberitahu kakak yang dia adalah orang luar, dan cuma berkunjung sekejap saja di bandar ini. Orang itu nampaknya pendiam, dia tak cakap pula dari mana dia datang dan di mana dia tinggal."

"Adakah orangnya kurus dan beruban sedikit?" tanya Maria."Ya, dia kata namanya Kamal. Kamu kenal dia?" "Ya, kakak," balas Salma. Maria merenung gambar itu. "Berapa harga gambar ini?" dia bertanya pada perempuan itu. Setelah harganya diketahui, ia kelihatan muram. "Saya tak cukup duit nak beli gambar ini."Tak apa Maria, biar kami tambah wangnya," celah Salma. Harga gambar itu dibayar dan mereka berlalu dari situ.

"Terima kasih, Salma," Maria bersuara. "Saya rasa ayah ku ada di sini." Kemudian, Maria mengajak Salma menemaninya ke pondok bukit untuk mencari ayahnya."Kalau kita pergi hari ini, tentu tak ada masa. Apa kata kita ke sana pagi esok?"Maria bersetuju.Setelah membasahkan tekak dengan air batu kacang di sebuah gerai, mereka pulang ke rumah. Kali ini Mei Lin pula yang memandu. Hampir senja, barulah mereka sampai.

Malam itu di meja makan, seperti biasa mereka makan malam sambil berbual-bual. Encik Joseph memberitahu bahawa air, lampu, telefon telah pun diperbaiki, tapi empat ekor kudanya masih belum dijumpai."Mungkin kuda-kuda itu ada di atas bukit sana," sampuk Gopal."Mungkin ada yang luka-luka," celah Encik Joseph pula.
Selepas makan, budak-budak perempuan itu membantu Mak Cik Som membasuh pinggan dan menyapu. Sambil itu mereka berbual-bual tentang bayang kuda yang selalu mereka lihat.

"Di mana agaknya bayang kuda itu tinggal?" tanya Maria."Menurut kata orang, Megat ada sebuah tempat persembunyian di atas Bukit Selindung," Mak Cik Som memberitahu mereka. "Mak cik fikir tentu dia tinggal di situ, seperti dia hidup dahulu."Budak-budak perempuan itu cuba meyakinkan Mak Cik Som bahawa bayang kuda itu cuma tipu muslihat saja.

Salma menyampuk pula. "Kalau benar Megat ada tempat persembunyian di kawasan itu, mungkin dia menyimpan kuda-kudanya di situ. Boleh jadi juga, penjahat-penjahat yang menyerang kita telah menjumpai tempat itu dan menggunakannya sebagai tempat menjalankan muslihat mereka."Mak Cik Som menggeleng-gelengkan kepalanya. "Mak cik tak percaya, manusia yang melakukan semua ini, kerana mak cik sendiri melihat dengan mata makcik bayang kuda itu."

Pada pagi esoknya, Maria tidak sabar lagi hendak pergi ke pondok itu bersama Salma. Dia diberi amaran oleh Salma supaya jangan menyatakan tujuan mereka ke situ kepada sesiapa. Di meja makan, Salma memberitahu Mak Cik Janet bahawa mereka ingin berjalan-jalan ke bukit itu.
Mei Lin dan Zarina tidak pergi bersama kerana mereka ada kerja yang perlu disiapkan.

"Saya akan siapkan pelana kuda kamu." kata Azman. Salma agak terperanjat kerana Azman baik sekali pagi itu. Salma dan Maria masuk ke bilik mereka untuk menukar pakaian. Kemudian, mereka menuju ke beranda. Sudin datang membawa kuda untuk Salma dan di belakangnya Azman membawa seekor kuda lagi untuk Maria. Salma naik ke kudanya. Tiba-tiba kuda itu berbunyi dengan nyaring, dan melompat-lompat kegelisahan.

"Pegang kuat-kuat," jerit Sudin . Sudin cuba menenangkan kuda itu dan menurunkan Salma. Azman datang memberi bantuan.Kuda itu berhenti dengan tegak."Apa kena kuda ini?" tanya Salma. Sudin kehairanan, lalu menanggalkan pelana kuda itu . Dua mengeluarkan sesuatu dari bawahnya . "Dah saya sangka!" celahnya, sambil menunjukkan sejenis daun gatal."Kamu tentu tahu tentang ini?" Sudin merenung ke muka Azman .

"Saya?" celah Azman. "Kamu tuduh saya yang melakukannya?" "Kami yang meletakkan pelana itu di atas kuda ini," Sudin berpaling pula kepada Salma. "Saya pergi ke kandang tapi saya lihat Azman keluar membawa kuda-kuda ini dan dia suruh saya berikan kuda ini pada kamu."

"Nanti dulu!" Azman mencelah. "Apabila saya ke kandang selepas bersarapan pagi, saya lihat kuda ini memang dah ada pelana di atasnya. Saya bubuh pula pelana di atas yang seekor lagi, dan membawa keluar. Itu saja yang saya tahu. Kamu jangan tuduh saya sembarangan saja," Azman mula marah.

"Kalau betul kata kamu begitu, saya minta maaf," Sudin mengalah.Salma dan Maria naik semula kuda dan berlalu dari situ."Saya tak percaya Azman bercakap benar." kata Maria. Salma tidak berkata apa-apa tapi dia bersetuju dengan pendapat Maria. Apabila mereka hampir dengan pondok itu, Salma meletakkan kudanya di belakang batu-batu besar, begitu juga Maria. Maria tidak sabar lagi, terus meluru ke pondok dan mengetuk pintunya.

Pintu itu dibuka oleh seorang lelaki kurus dan beruban sedikit.Salma terperanjat apabila melihat lelaki itu. Dialah orang yang meletakkan bangkai ular di dalam begnya dan surat amaran di dalam keretanya tempoh hari.

DONEEEEE FOR THIS PART YEAHH !! 😆 THANKYOU KORANG SEBAB BACA KE PART NI 🥺 . JANGAN LUPA SHARE, COMMENT AND VOTE TAUUU HEHEHHEHHE :) 🤍🤍 !

RAHSIA DI LEMBAH SELINDUNG Kde žijí příběhy. Začni objevovat