PART 18 : HANTU KUDA HITAM

4 0 0
                                    

"Oh!" teriak Mak Cik Som. "Cahayanya tak ubah seperti hantu kuda!Salma memasang lampu semula. Di hadapan mereka, di atas, duduk Togo anjing Gopal menggonggong sebiji bola getah.
Salma tersenyum geli hati. "Sekarang dah tahu bagaimana bayang kuda itu dibuat?" "Saya tahu," sahut Mei Lin. "Cat yang bercahaya pada gigi anjing."

"Ke mana hilangnya benda bulat itu?" tanya Mak Cik Som sebaik saja Togo menjatuhkan bola yang digonggongnya.Tak kelihatan kalau ada lampu," sahut Salma. "Semasa Togo hilang selepas mengejar hantu kuda dulu, cat bercahaya ini ada di giginya. Saya fikir Togo dapat menggigit bayang kuda itu, tapi apabila saya
lihat Togo pada waktu siang, tiada kelihatan apa-apa," Salma menerangkan segala-galanya pada mereka.

Tentu penjahat-penjahat itu membasuh Togo dengan air untuk menghilangkan cat itu," sampuk Zarina.Tapi mereka lupa cat bercahaya itu masih lagi melekat di giginya," balas Salma.
Mana kamu tahu?" tanya Mak Cik Janet.
Salma menerangkan bahawa Togo ditangkap dan dikurung oleh penjahat-penjahat itu, kerana mereka takut tipu muslihat mereka akan terbongkar.

"Saya belajar di sekolah, cat yang bercahaya akan bersinar di dalam gelap, selepas didedahkan pada cahaya," terang Salma. "Saya masih ingat, setiap kali bayang kuda akan muncul saya lihat ada cahaya di bilik perigi. Setelah saya fikirkan betul-betul, barulah saya tahu bahawa hantu kuda itu kuda biasa."

"la dibaluti dengan kain lembut dan nipis yang telah disapu cat bercahaya dan didedahkan kepada cahaya dari bilik perigi oleh salah seorang pembantu penjahat."Kamu memang bijak," puji Mak Cik Som.Salma tersenyum simpul. "Jadi, mak cik tak jadi baliklah, ya?" "Tidak!" jawab perempuan tua itu. "Sebab mak cik dah tahu kedudukan yang sebenarnya."

Sebelum masuk tidur, Salma memberitahu rancangannya kepada Encik Joseph dan isterinya. Encik Joseph berjanji akan turut membantu . Pada pagi esoknya, di meja makan mereka berbual-bual dengan riang.

"Dari mana kamu nak menggali?" tanya Azman. Bukit sana!" jawab Salma.Encik Joseph telah memilih Sudin dan Gopal membantunya mencari harta tersebut. Setelah selesai bersarapan pagi, Salma mengajak Meor ke beranda dan memberitahunya jika dia menjumpai harta itu, dia akan memasang api isyarat.

"Bagus," kata Meor. "Saya akan ke sana dan memanjat tangga hadapan ke bangunan batu tinggal itu untuk menolong kamu membawa balik harta harta yang dijumpai."Setengah jam kemudian, Encik Joseph, Sudin, dan Gopal telah bersiap-siap dengan kuda masing masing. Azman asyik memerhati sahaja. Seekor daripada kuda tersebut sarat dengan muatan perkakas untuk menggali.

"Kuda yang seekor lagi ini untuk apa?" tanya Pak Bakar yang sudah pun mengetahui rancangan itu.Untuk membawa harta nanti." jawab Encik Joseph.Mereka memulakan perjalanan. Azman memerhati dari belakang. Kemudian, dia cepat-cepat menuju ke belukar tidak jauh dari situ. "Tentu Kamal dan Musa bersembunyi di situ untuk memerhati," fikir Salma yang sedang menuju ke kandang kuda.

Di situ, Meor membantu Salma. Dia mengisi penggali ke dalam sebuah karung dan beberapa
perkakas lain yang mungkin diperlukan nanti. Dia kemudiannya mengenakan pelana ke atas kuda Salma, Zarina, Mei Lin, dan Maria. Manakala Mak Cik Som pula menyiapkan bekalan.

Semuanya telah bersiap-sedia. Sebelum menunggang kuda, Salma menerangkan bahawa mereka akan melalui padang rumput yang luas. "Kita akan mendaki dari situ," terangnya. "Tapi, agak jauh dari rumah batu tinggal itu!"celah Mei Lin. "Itulah sebabnya," balas Salma. "Kerana kita tak mahu Azman mengesyaki dan mengekori kita."

Meor melukis pelan jalan ke sana di belakang sebuah sampul surat. la menunjukkan jalan ke sebelah timur menghala ke rumah batu. Dua puluh minit kemudian, mereka menunggang kuda menuju ke Bukit Selindung. Pelan yang oleh Meor tidak jauh dari pondok itu. dilukis

"Kita pergi ke pondok itu dulu," terang Salma. Tentu penjahat tiada di situ. Senanglah kita menyelongkar tempat persembunyian itu."Tengah hari itu, mereka berhenti di tepi sebatang anak sungai. Selepas itu, mereka terus menuju ke pondok. Itu pun pondoknya," teriak Maria. "Saya sudah nampak bumbungnya."

Mereka berempat mendaki perlahan-lahan menuju ke pondok itu. Pintunya terbuka dan tiada esiapa di dalam.Salma menuju ke belakang dan menghampiri sebuah batu yang seakan-akan tembok. Aneh betul kedudukan tingkapnya," celah Zarina.

"Ya, sebab itulah saya rasa ada tempat persembunyian yang lain di belakang tembok batu itu," balas Salma. "Saya rasa, tingkap ini digunakan sebagai jalan keluar."Budak-budak perempuan itu memerhatikan lalang-lalang yang tumbuh memanjang di situ. Kira-kira beberapa meter dari tingkap itu, Mei Lin menjumpai suatu lubang di celah-celah lalang dan pokok-pokok yang berduri.

Salma masuk ke lubang itu dan diekori oleh Zarina, Maria, dan Mei Lin. Mereka sampai di satu lorong yang sempit.Beberapa meter ke dalam, Salma menunjukkan kesan-kesan tapak kuda dan tapak kasut. "Baik kita ikut kesan tapak kasut ini," ajak Salma. "Saya rasa, tentu ia menghala ke tempat persembunyian."

Budak-budak perempuan itu mendapatkan kuda mereka dan melalui lorong yang sempit. Di kiri kanannya, cuma terdapat batu-batu besar dan tinggi sahaja. Lorong itu semakin lama semakin gelap. Akhirnya, mereka sampai ke hujung lorong. Matahari sudah rendah. Mereka mendaki lagi dan diri mereka berada di satu dataran tinggi. Tidak jauh di hadapan mereka terentang tembok batu, kira-kira empat meter tingginya.

"Lihat!" teriak Salma. Di tembok batu itu terdapat satu lagi kawasan yang berdinding dan mempunyai pintu yang diperbuat daripada kayu. Di dalamnya, berdiri seekor kuda jantan hitam.
Itulah hantu kuda itu!" pekik Salma. Mereka menghampiri tempat tersebut. Salma membuka pintu kayu dan masuk ke dalam, di satu sudut dia ternampak sesuatu yang berlonggok. Salma pergi ke situ dan menarik segulung kain putih.

Inilah pakaian kuda itu!" celah Zarina.
Kain sutera lembut!" sampuk Salma, sambil menyimpan kain itu ke dalam begnya. "Tempat ini dah buruk!" celah Mei Lin. Saya rasa, tentu tempat persembunyian Megat terletak tidak jauh dari sini," Salma memberikan pendapatnya.

Budak-budak perempuan itu memerhati ke sekeliling. Salma terlihat batu besar menganjur dari hujung tembok batu. "Hei! Kita berada di kawasan rumah batu tinggal!" teriaknya. "Baik kita kumpulkan kayu, untuk buat api isyarat nanti. Kemudian, kita mulai mencari harta itu."

Hari beransur gelap dan angin sejuk mula berhembus. Budak-budak perempuan menyangkutkan lampu picit di pinggang masing masing. itu Mereka mula mengumpulkan ranting-ranting kayu dekat batu itu. Di sebelahnya terdapat tangga yang sudah lapuk, menurun ke bawah menghala ke bahagian atas rumah-rumah batu.

Baru saja mereka hendak turun, terdengar bunyi anjing hutan menyalak. Mereka berhenti. "Kenapa?" tanya Maria. Sh, dengar!" Mereka terpaku. "Saya harap itu bunyi salakan anjing hutan betul." "Maksud kamu, Azman..." Kalau penjahat-penjahat itu tahu muslihat kita, tentu mereka akan mencari kita," celah Mei Lin. Salma mengangguk-anggukkan kepalanya. "Baik jangan pasang lampu picit."

Dengan berhati-hati, mereka menuruni tangga buruk itu dan sampai di hadapan barisan rumah batu tinggal yang sudah buruk. Mereka berhenti sebentar. Keadaan di situ sunyi sepi. Tiba-tiba mereka terdengar sesuatu dari bilik yang pertama. Zarina merangkul lengan Mei Lin. Perlahan lahan Salma menuju ke pintu dan menjenguk ke dalam bilik yang gelap. Seorang lelaki kelihatan sedang terlantar di atas lantai.

DONEEEEEEE part 18 yeahhhh !!! 🤍🤍🤍🤍 . keep reading okay GUYSSS ??? abaikan typo kalau ada tau hehe 🙈🤎🤎🤎🤎

RAHSIA DI LEMBAH SELINDUNG Where stories live. Discover now