PART 12 : LAMPU PADAM

5 0 0
                                    

"Inilah yang kita cari - cari selama ini ,"celah Salma . "Mari tengok apa yang di dalamnya ." Salma memasukkan jari kelingking ke dalam dan menarik keluar kertas kecil yang bergulung . Dengan cermat dia membuka surat itu dan mengerling ke arah tandatangan di bawahnya yang berhuruf     ' M '  . Mereka duduk berhimpit - himpit sambil memerhatikan tulisan surat yang sudah agak kabur itu . Salma membaca isi surat itu kuat - kuat .

"Kekasihku Dayang , aku menulis surat ini untuk memberitahu kau bahawa aku benar - benar mencintaimu . Aku ingin mengahwini tapi undang - undang memburuku . Aku bimbang aku tak akan hidup lama lagi." Kasihan !" bisik Zarina . Salma terus membaca . "Aku mahu kau mewarisi harta - harta ku . Tapi , ramai orang memburu harta itu . Aku sembunyikan petunjuk itu di dalam botol ini .Separuh daripada harta itu telah aku dijadikan emas dalam pelbagai bentuk khas untukmu ."

"Apa maksudnya ," sampuk Mei Lin . Baru saja Salma hendak membacanya sekali lagi , lampu padam dengan tiba - tiba . "Terbakar pula mentol ini ,"celah Mei Lin . "Kamu semua tunggu di sini , biar saya ambil yang lain ." Mei Lin meraba - raba untuk keluar . Tiba - tiba sesuatu bermain di kepala Salma . Dengan cepat , dimasukkan surat itu ke dalam poket seluarnya . "Mari Zarina !" ajaknya .

Di ruang Salma terlihat bayang makcik Janet dekat meja . "Api tak ada ," perempuan tua itu bersuara . Salma meraba - raba ke meja telefon Dan merasa wayarnya telah dipotong . Dia ke ruang hadapan semula dan terlihat Mei Lin keluar dari dapur . "Di dapur pun tak ada api!" terangnya . "Dan mungkin air juga tiada ,"sampuk Salma . "Ini kerana pam itu dijalankan dengan menggunakan kuasa elektrik." Dia berpendapat , tentu ada orang yang telah memotong wayar - wayar itu . Keadaan di situ sunyi sepi . "Kenapa jadi begini ?" Maria pula besuara .

"Mungkin musuh - musuh kita cuba membuat huru hara lagi . Tentu mereka fikir kita akan kelam - kabut jika tiada api dan air". Apa kamu fikir mereka akan lakukan ?" tanya makcik Janet mula gementar . Salma membisu . "Kita mesti beritahu pekerja - pekerja yang meronda hari ini ," makcik Janet bersuara . Mungkin mereka belum tahu apa yang berlaku."

Salma bersetuju . "Tapi kita jangan heboh sangat , mungkin penjahat - penjahat itu masih ada di luar . Mungkin kita dapat menangkap mereka kelak." Salma memerintah agar makcik Janet dan Maria tinggal sahaja di rumah untuk berjaga - jaga , sementara dia , Mei Lin dan Zarina keluar mencari pekerja - pekerja yang meronda malam itu .

Ketiga - tiga mereka masuk ke bilik mengambil lampu picit . "Jangan pasang kecuali tepaksa ." Salma memberi amaran . Mereka berjalan ke beranda . "Kamu berdua pergi ke sebelah timur dan beritahu Meor ,"suruhnya . "Saya akan melihat kuda - kuda di sana dan beritahu penjaga di situ." Berhati - hati !" Zarina memberi amaran .

Zarina dan Mei Lin menghilang di dalam gelap . Salma pula menuju ke padang rumput . Di padang rumput yang berpagar , beberapa ekor kuda yang dibeli oleh Encik Joseph sedang berkumpul dan seekor dua sedang meragut rumput di tengah -  tengahnya . Tapi , bayang penjaganya tidak kelihatan .

"Saya mesti cari mereka," bisik Salma sendirian.  Salma terdengar bunyi kuda di kandang. Cepat cepat dia menuju ke situ. Pintu kandang itu dibukanya perlahan-lahan sambil memasang telinga. Senyap sahaja di situ. Dia melihat pelana yang tergantung di dinding, semuanya ada di tempatnya.

Apabila Salma hendak meninggalkan tempat itu, terdengar pula bunyi kuda di hujung kandang dan juga bunyi kaki kuda menendang sebuah baldi. Salma gementar. Dia terdengar pula bunyi tapak kaki. "Mungkin itu bunyi tapak kaki penjahat? Kalau mereka terjumpa, terperangkaplah aku di sini"

Salma tahu, dia mesti keluar dari kandang kuda itu. Bunyi tapak kaki itu dekat dengan suara kuda tadi. Tapi, di mana penjahat itu berada? Perlahan-lahan Salma menuju ke pintu. Dia terasa ada orang memegangnya dari belakang.
Dia meronta-ronta dan akhirnya terlepas .

"Salma!" kedengaran suara Sudin. Salma menarik nafas panjang . " Saya sangka kamu penjahat tadi ," cepat - cepat Salma ceritakan apa yang berlaku . "Tentu huru - hara lagi " Siapa yang menjaga kuda - kuda yang baru dibeli oleh Encik Joseph di padang sana ?" tanya Salma . "Gopal" Beberapa minit tadi dia tiada di sana."

"Mesti ada sesuatu yang berlaku padanya kerana dia tak pernah meninggalkan kerjanya. Mari kita lihat!"Kedua-dua mereka keluar menuju ke arah padang rumput. Dari hujung sana kedengaran bunyi siulan kuda.

"Tanda bayang kuda itu akan muncul." Sudin berhenti dan berlari menuju ke rumah
untuk memberi amaran kepada mereka yang lain. Dengan tidak berlengah lagi, Salma mendapatkan kudanya untuk mengejar bayang kuda itu. Bayang kuda itu kelihatan muncul dari pokok dan meluru menghala ke padang rumput.

Kakinya seakan-akan tidak memijak tanah lagi. "Saya mesti mengejarnya!" Salma memecut kudanya menghala ke padang rumput. Dia merempuh pagar kuda. Beberapa ekor kuda yang baru dibeli oleh Encik Joseph bertempiaran lari. Tiba-tiba, seekor kuda yang ketakutan melintas di hadapannya. Salma cuba mengelak tapi terlambat. Kedua-dua ekor kuda itu berlaga dan Salma terjatuh daripada pelananya. Dia tidak sedarkan diri.

DONE FOR PART 12 !!! YEAHHHH . ENJOYYYY READINGGGGGG !! 🤍 VOTE , COMMENT AND SHARE !!! THANKYOUUUU SO MUCH 🥰 . PSSTRRR BUAT BUAT TAKNAMPAK TYPO TUU 🤪 .

RAHSIA DI LEMBAH SELINDUNG Where stories live. Discover now