PART 16 : POLIS MULA MEMBURU

3 0 0
                                    

Diam semua perintah Mei Lin. "Beritahulah kami di mana harta itu!"Salma masuk ke dalam bilik dan menutup pintunya. "Di kawasan rumah batu yang sudah ditinggalkan, di lereng bukit sana."
"Bangunan batu tinggal itu ialah tanah yang tertua sekali di sini," celah Zarina. "Tapi, ia tidak terletak di padang temak ini."

"Semasa Megat menulis surat itu, memang tempat itu dalam kawasan padang ternak ini. "Bagaimana kamu boleh tahu Salma?" tanya Maria."Sebab Mak Cik Janet kata, setiap batu yang ada di dapur tu datangnya dari salah satu tempat di padang ternak. Jadi, batu canai lama yang ada di dapur tu tentulah datang dari situ."

Salma mengingatkan rakan rakannya bahawa penghulu, ayah Dayang terpaksamenjual bahagian itu selepas kematian Megat. Jadi, da terpaksa membuang segala perkakas-perkakas batu yang ada." Jadi batu canai itu salah satu daripadanya," celah Mei Lin.

Kemudian, mereka menuju ke dapur untuk makan tengah hari. Salma mengingatkan Zarina, Met Lin dan Maria supaya jangan memberitahu sesiapa tentang teori mereka itu.

Sesampai di dapur mereka berasa hairan, begitu juga dengan pekerja-pekerja lain. Mak Cik Som tidak seperti biasa. Tengah hari itu dia berpakaian agak berlainan. Dia memakai kain batik dan berbaju kebaya baru.

"Saya nak balik!" terangnya . Janganlah balik dulu kak," pujuk Mak Cik Janet. Tidak!" jawab perempuan tua itu. Selesai makan, pekerja-pekerja itu berlalu dan Mak Cik Som bertanya kepada Meor, pukul berapa dia akan ke pekan.

Belum sempat Meor menjawab, Salma sudah terlebih dahulu mencelah, "Setengah jam lagikan, Meor? Meor dapat menangkap maksud Salma, lalu menganggukkan kepalanya. "Saya akan bunyikan hon kereta, kalau nak pergi nanti."

Sebaik saja Meor dan yang lainnya keluar dari dapur, Mak Cik Janet, Salma, Zarina, Mei Lin, dan Maria mendekati Mak Cik Som dan memujuknya
supaya jangan pergi. Perempuan tua itu menggeleng gelengkan kepalanya. "Bayang kuda itu menakutkan saya!" tegasnya.

"Kalau saya dapat buktikan bayang kuda itu ialah kuda yang sebenarnya, mahu mak cik tinggal?" tanya Salma."Tentu sekali!" sampuk Mak Cik Som.nBerilah saya masa mak cik. Saya akan tunjukkan bagaimana muslihat itu dijalankan."
Setelah lama termenung barulah Mak Cik Som memberikan jawapan. "Baiklah, mak cik bagi tempoh satu malam saja lagi." Mereka gembira dan mengucapkan terima kasih pada Mak Cik Som.

Sebentar kemudian, kedengaran bunyi hon kereta. Salma, Zarina, dan Mei Lin masuk ke bilik untuk menukar pakaian. Mereka mengenakan pakaian yang dibeli di bandar kerana hendak ke majlis keramaian dan tari-menari di pekan itu. Setelah siap, mereka keluar mendapatkan kereta.

Di luar kelihatan Meor, Sudin, dan Gopal sedang bercakap-cakap dengan Encik Joseph. Gopal memegang sebuah gitar. Kemudian, muncul pula Azman. Saya bagi kamu semua cuti hari ini, pergilah ke majlis itu," kedengaran suara Encik Joseph.

Sementara itu Salma ternampak Sudin sedang berbisik-bisik dengan Maria. Mukanya kelihatan merah, dia tersenyum gembira dan mendapatkan Salma. "Adik Sudin, Rosli turut sama di keramaian itu
nanti. Dia mahu saya jadi temannya sewaktu menari. Umurnya baru lima belas tahun. Tak mengapakah pak cik?"

Encik Joseph mengangguk-angguk sambil tersenyum. "Pak cik pun kenal Rosli tu, pergilah apa salahnya." Salma, Mei Lin, dan Zarina cuma tersenyum saja melihat Maria. "Mari semua, kita pergi," laung Sudin.Mereka naik ke kereta dan meninggalkan Encik Joseph yang masih lagi tersenyum melihatkan telatah anak-anak muda itu.Saya tak pernah pergi ke majlis serupa itu, bagaimana keadaannya?" tanya Maria. "Seronok!" sampuk Gopal.

Dalam perjalanan, yang lain sibuk berbual-bual, sementara Salma hanya mendiamkan diri sahaja. Fikirannya masih lagi tertumpu pada bayang kuda tersebut. Tiba-tiba dia teringatkan cahaya lampu di bilik perigi yang memancar, sebelum hantu kuda itu muncul. Salma gembira kerana sekarang dia sudah tahu, bagaimana muslihat itu dijalankan. Dia berpendapat elok sahaja perkara itu didiamkan sehingga dia berkesempatan membuktikan teorinya. "Saya mesti lakukan pada waktu malam," fikir Salma.

Sesampai di pekan, Meor memandu keretanya perlahan-lahan di jalan yang penuh sesak dengan orang ramai. Mereka memakai pakaian yang berwarna-warni.
Tiba-tiba Salma terlihat seorang lelaki beruban, berbaju kelabu, berdiri di hadapan sebuah kedai Lelaki yang memanggil dirinya Kamal Mata mereka berdua bertentangan dan lelaki itu menghilangkan diri di celah-celah orang ramai di situ.

Hati Salma mula berdebar. Tentu penyerbuan Inspektor Anuar tidak berjaya dan tidak dapat menangkapnya di pondok itu. "Apa yang harus saya buat?" fikirnya. Tiba-tiba dia diganggu oleh Meor. Meor memberitahu bahawa keramaian itu akan dimulakan dalam masa satu jam lagi.

"Kami mahu bertanya, sementara itu apa kamu semua nak buat?" "Berjalan-jalan saja," jawab Salma.Selepas mereka ditinggalkan, Salma bermuafakat dengan kawan-kawannya untuk memburu Kamal. Mereka berpecah. Zarina dan Maria ditugaskan ke seberang sana, manakala dia dan Mei Lin menuju ke tempat lain pula. "Kita bertemu di kedai Salina. Mereka tidak menjumpai Kamal.

"Mungkin dia telah meninggalkan pekan ini," Mei Lin memberikan pendapatnya. Kedai Salina penuh sesak. Salma menarik Salina ke tepi dan bertanya sama ada dia boleh menyimpan rahsia. Apabila Salina berjanji, Salma memberitahunya bahawa dia ingin mencari harta itu di tapak rumah batu tinggal di lereng bukit dan meminta Salina memberitahunya jalan yang harus diikut.
"Ada tangga di hadapan," terang Salina. "Tapi berbahaya."

Salina menerangkan bahawa di hujung lereng bukit itu terdapat sebuah dinding batu yang besar digunakan sebagai tempat mengintai musuh oleh orang-orang zaman dahulukala. Ada tangga dari dinding batu itu menghala ke bahagian atas. Salma mengucapkan terima kasih kepada Salina dan berjanji akan memberitahunya jika harta itu dijumpai. Setelah Salma membeli sebuah kotak ubat kaca untuk penjaganya iaitu Mak Cik Ani, dia meninggalkan segera kedai itu.

Mereka menuju ke hujung pekan tempat majlis keramaian akan diadakan. Setelah membeli tiket, mereka masuk mencari tempat duduk.
Dari pembesar suara kedengaran suara memanggil, "Panggilan telefon untuk Salma Abdul Hamid, di pondok telefon sebelah gerai minum."

Budak-budak perempuan itu berpandangan antara satu sama lain. Kerana bimbangkan sesuatu yang buruk berlaku di padang ternak, Salma cepat cepat menuju ke sana. Apabila sampai di situ, pintu pondok telefon terbuka dan Kamal keluar. Pada masa itu juga satu lembaga tinggi muncul di sebelahnya. Tangan Kamal yang kasar itu memegang pergelangan tangan Salma. "Mari ikut kami!" perintahnya. "Jangan menjerit!"

DONEEEEEEE PART 16 !!! 4 PART LEFTTT ! THANKYOUUU SO MUCH GUYSSSS & LOVE YOU GUYSSSS 🤍🤍🤍 . sorry for waiting 😭 cause I have a exam that's why i not post story .... keep reading & supporting me .. thankyou ❤️❤️❤️ .  abaikan typo kalau adaaa ... 🙈🤎

RAHSIA DI LEMBAH SELINDUNG Where stories live. Discover now