PART 11 : MEREKA MENGGALI LAGI

7 0 0
                                    

Meor, bangun .Kamu dah dapat tangkap saya sekarang ."Salma mendapati ada penggali di kakinya . "Kamu menggali harta itu?"tanyanya . "Ya , balas Meor . Tapi bukan saya yang melakukan huru-hara di sini . Percayalah saya . Kalau tidak , biarlah saya ceritakan kedudukan yang sebernanya ."Ceritakanlah ,"pinta Zarina .

Meor memulakan ceritanya . "Abang , kakakku dan saya adalah keturunan Dayang . Kami tahu tentang harta Megat Akid dan surat wasiatnya masih ada pada kami . Tapi selama ini , kami tidak menghiraukan harta itu ." Setelah ayah kami meninggal dua tahun lalu , kehidupan kami agak sempit . Saya belajar di sebuah kolej dan memerlukan wang yang banyak . Saya terpaksa berhenti dan bekerja sambilan di padang ternak ini dengan Encik Joseph . Saya bercita - cita hendak mencari harta itu ."

"Oh , begitu !" celah Zarina . Meor mengeluarkan secebis kertas dari sakunya . Daripada suluhnya lampu picit , Salma dapat melihat ia ialah gambar seorang perempuan cantik yang sudah kabur . Hujung gambar itu sudah koyak dan besarnya boleh dimuatkan ke dalam jamnya . "Ini gambar Dayang ?" teka Salma. Meor kehairanan . "Mana kamu tahu ?" tanyanya . Salma tidak menjawab . Sebaliknya dia bertanya di mana gambar itu didapatinya . Meor menerangkan bahawa sahabatnya di pekan itu , Jason telah mengeluarkan gambar itu daripadanya jamnya dan mengirimkan kepada anak - anaknya .

"Dari situ , akhirnya gambar sampai ke tangan keluargaku ." Meor membalikkan gambar itu , di belakangnya tertulis perkataan       ' STOR '     yang sudah kelabu. Meor menyatakan , menurut cerita keluarganya , di dalam stor itu itulah tersimpan harta tersebut . Salma agak gembira mendengar maklumat itu dan sebelum memberitahu Meor apa - apa , dia bertanya kenapa Meor agar tidak memberitahu perkara sebernanya kepada Encik Joseph .

"Saya takut Encik Joseph akan memberhentikan saya . Mungkin dia fikirkan saya banyak membuang masa mencari harta itu ." Dia seterusnya memberitahu Salma bahawa ia menggali , pada masa dia tidak bekerja saja . Salma mengeluarkan jam pusaka itu dari poketnya dan menunjukkan pada Meor bagaimana cara membukanya . Gambar Dayang memang muat di tempat kosong di sebelah gambar Megat Akid . "Kamu memang seorang penyiasat yang bijak ," puji Meor .

Salma kemudiannya , membalikkan gambar Megat supaya dilihat okeh Meor tulisan di belakangnya . "Daripada perkataan di gambar kamu tu , sekarang kita dah tahu ayat ini dengan lengkap !"
'BOTOL HIJAU DI DALAM STOR ' baca Meor "Tapi tentu harta itu terlalu besar untuk diisi ke dalam botol . Atau , mungkin juga ada petunjuk di dalamnya ." Itulah yang kami fikirkan," sampuk Mei Lin ."Mari kita gali ".

Hampir setengah jam Meor menggali tanah itu dan yang lainnya mencari - cari harta yang tersembunyi. Tiba - tiba Zarina menjerit , "Saya dah jumpa!" Salma menuju ke dalam tanah , tempat di mana ditunjukkan oleh Zarina . Terasa olehnya hujung botol yang tertutup . Meor menghampiri dan mula menggali di tepi-tepi muncung botol itu . Botol itu diambil oleh Salma . Dia menyapu - nyapu tanah yang melekat padanya . Kemudian disuluh dengan lampu picit . Mereka berasa hampa kerana botol itu bewarna hitam .

"Kita cari yang hijau bukannya yang hitam!" celah Salma . Meor menggali lagi , hingga meliputi seluruh kawasan itu . Mereka berhenti kepenatan . "Mungkin ada orang dah jumpa botol itu ," Zarina memberitahu pendapatnya . "Boleh jadi Azman , " sahut Meor . "Saya ada ternampak dia mengintai - intai di sini." Dua memberitahu Salma bahawa dia mengesyaki Azman kerana dia juga tahu tentang pintu rahsia itu dan dialah yang melakukan huru - hara di padang ternak itu . "Saya percaya ada orang yang menolongnya tapi saya taktahu siapa ."

Salma pula memberikan pendapat . "Kalau betul , Azman dan temannya sudah jumpa harta itu tentu mereka sudah meninggalkan padang ternak itu . Mungkin ada orang lain yang dah jumpa botol itu . Dayang sendiri . Apa lagi kamu tahu tentangnya , Meor ?"

"Cuma satu , iaitu Megat Akid berjumpa dengan Dayang cuma sekali saja di padang ternak Selindung ini . Megat menghantar pesanan bahawa dia akan datang . Secara diam - diam , Dayang keluar dari rumah melalui pintu rahsia dan menemuinya di bilik tempat perigi itu . Kerana keadaan memaksa , Megat terpaksa meninggalkan negeri ini . Dia menulis surat pada Dayang , tapi ayah Dayang telah mengoyakkannya lalu menghantar Dayang tinggal di rumah seorang kawannya yang tinggal jauh dari sini ."

"Jadi , mungkin Megat menyembunyikan botol itu di dalam stor semasa Dayang tiada dan mengirimkan jam itu kepadanya dengan petunjuk tempat botol itu disembunyikan." Mungkin betul !" celah Zarina . Meor menyambung ceritanya dengan mengatakan Dayang mungkin menulis surat kepada Megat , memberitahu bila dia akan pulang dan malam itu Megat datang menemuinya di padang ternak .

"Tetapi penghulu dan pengikutnya menunggu kedatangannya dan menembak Megat semasa dia hendak masuk ke bilik yang terletak di perigi itu . Beberapa minit kemudian , penghulu naik ke rumah dan memberitahu anaknya . Didapatinya Dayang sedang memasang pelita . Apabila penghulu itu memberitahu yang kekasihnya telah mati , Dayang pengsan."Kasihan !" sampuk Mei Lin .

"Dayang jatuh sakit hingga berminggu-minggu lamanya ,"sambung Meor lagi . "Masa itulah ayahnya menjumpainya jam yang dikirimkan oleh Megat lalu diambilnya . Apabila Dayang sudah sembuh dan boleh berjalan , dia dihantar ke rumah saudaranya . Di sana dia berkahwin , mendapat dua orang anak dan mati ketika usianya masih muda ,"Meor menamatkan ceritanya . "Kasihan ! Jadi dia tidak berpeluang langsung datang ke sini mencari harta itu."

Tiba - tiba Meor bangun , "Saya mesti pergi sekarang , kerana dah tiba giliran saya berjaga." Perlahan - lahan mereka berempat berpecah . Budak - budak perempuan itu masuk ke bilik mereka Dan menukar pakaian . Semasa menyikat rambut , Salma cuba mengenangkan kembali kisah yang telah diceritakan oleh Meor tadi . Dia cuba membayangkan peristiwa di Lembah Selindung di malam Megat ditembak dulu .

"Kalau Dayang pulang tengah hari itu , tentu dia tidak berpeluang mengambil botol di stor itu hingga malam . Tentu Dayang tahu atau menyangka bahawa kekasihnya akan datang menemuinya di tempat biasa . Apabila letupan senapang berbunyi , tentu Dayang mendengarnya ." Sampai di situ , Salma berhenti sebentar . "Mungkin Dayang berada di stor bawah dan berlari ke atas untuk memasang pelita . Tapi , kenapa ? Mungkin untuk melihat Megat .

Tapi , katakanlah Dayang sudah jumpa botol itu dan apabila terdengar bunyi letupan , dia pastinya meluru naik ke atas dalam keadaan yang gugup , dan mendapati dia masih lagi memegang botol . "Boleh jadi dia sembunyikan di dalam lampu ?" fikir Salma . "Kemudian apabila ayahnya masuk , dia berpura - pura memasang pelita untuk melindungi gerak - gerinya ."

Salma cepat - cepat memberitahu Zarina dan Mei Lin akan teorinya itu . "Kita mesti tanya makcik Janet kalau - kalau ada pelita - pelita zaman dahulukala yang disimpannya ." Mereka menuju ke ruang tengah dan mendapati makcik Janet sedang duduk di kerusi . Dia sedang menjahit sarung kaki suaminya yang koyak . makcik Janet memberitahu mereka bahawa terdapat perkakas lama kepunyaan orang - orang yang tinggal di situ dahulu yang masih lagi tersimpan di dalam sebuah bilik di sebelah bilik Maria .

Zarina memasang lampu . Di situ , banyak terdapat barang - barang seperti bakul - bakul , tong - tong , sangkar burung dan lain - lain lagi . Tapi , tidak pula terdapat pelita . Di atas sebuah kerusi rotan yang sudah buruk , terdapat suatu benda yang berbungkus . Salma cepat - cepat membukanya Dan mendapati sebuah pelita minyak yang besar . Botol tempat minyaknya diperbuat daripada kacau berwarna merah .

"Mungkin ini botolnya" Tergopoh - gapah Salma menanggalkan corong dan sumbuhnya . Dia memastikan tangannya ke dalam dan perlahan - lahan menarik keluar , sebuah botol kecil yang tirus berwarna hijau .

DONE FOR PART 11 , SORRY FOR WAITING HEHE :P ENJOY !!!! 🤍🤍🤍🤍 ABAIKAN TYPO PLEASE 🥺 BUAT BUAT TAKNAMPAK TAUUU HEHEHHEHHE 😆😆 ?!!!

RAHSIA DI LEMBAH SELINDUNG Where stories live. Discover now