PART 19 : RAHSIA DI LERENG BUKIT

7 0 0
                                    

Tolong!" kedengaran suara lelaki itu sebaik saja Salma memasang lampu picitnya.Ayah!" jerit Maria, sambil meluru ke arah lelaki yang terikat kaki dan tangannya. Lelaki itu kurus dan beruban sedikit. Pak Cik John," celah Zarina. Mereka menanggalkan tali yang mengikat lelaki itu. Sambil menangis gembira, Maria memeluk ayahnya.

Encik John memulakan ceritanya. "Ayah dibuat macam orang tawanan, selama enam bulan semenjak mereka menangkap ayah semasa rompakan bank dulu. Pagi tadi, penjahat-penjahat itu mahu mengintip kumpulan pekerja-pekerja padang ternak menggali harta, jadi mereka pindahkan ayah ke sini." "Kenapa ayah ke bank pada malam rompakan itu?" tanya Maria.

"Untuk mengambil kertas-kertas penting yang tertinggal di situ," Encik John kemudiannya, menerangkan bahawa dia terserampak dengan perompak-perompak itu yang terus menahannya, takut kalau ia akan mengenali mereka nanti. Berapa orang mereka semuanya?" tanya Salma. "Tiga. Pada mulanya Azman dan Kamil tinggal bersama pak cik di pondok itu, sementara Musa yang tinggal di pekan membawa makanan untuk kami."

Siapa Kamil itu pak cik?" tanya Mei Lin. Lelaki itu beruban seperti pak cik juga." "Dia memanggil dirinya Kamal," Salma memberitahu Encik John.
"Pak cik tahu," sampuk Encik John. "Satu hari, Musa datang ke pondok dan memberitahu kami bahawa seorang pekedai, Salina namanya, ada menerangkan tentang harta Megat. Jadi, Musa berpendapat supaya mereka mencari harta itu dan menghantar Azman ke padang ternak. Dia ditugaskan menyebarkan kisah hantu kuda dan menghalau pak cik dari padang ternak."

Pak cik, apa mereka buat dengan wang rompakan itu?" tanya Salma. Pada mulanya mereka simpan di pondok itu, tapi setelah Azman datang memberitahu bahawa beberapa orang budak perempuan telah tahu pondok itu, mereka memindahkannya."Jadi, pada keesokan harinya Musa dan Kamil memindahkan wang itu ke kawasan rumah tinggaldi atas bukit sana dan mereka bawa pak cik bersama. Mereka baru saja selesai menyembunyikan wang rompakan di salah sebuah rumah buruk di situ, apabila kamu semua datang. Kamil menarik pak cik turun bukit. Apa yang pak cik sedan, buat, cuma menjatuhkan kapur warna dan mengharap agar ada orang yang menjumpainya."

"Kami jumpa ayah!" sampuk Maria. Encik John menerangkan bahawa Musa tinggal di belakang untuk mengintip budak-budak perempuan itu. Kemudian, dia menceritakan bahawa dialah melakukan tanah runtuh tempoh hari. Kami jumpa sebuah lukisan pak cik atas meja,"
Mei Lin menyampuk. Lelaki itu tersenyum. "Pak cik melukis untuk mengisi masa lapang sahaja. Mereka menjual dan mengambil wangnya."

Adakah mereka apa-apakan ayah?" Pengurus bank itu mengatakan bahawa dia tidak diapa-apakan.Sementara Maria menceritakan segala-galanya pada ayahnya, Salma, Zarina, dan Mei Lin menyuluh bilik kurungan itu. Lantainya dipenuhi dengan barang-barang pecah dan batu-batu. Di sebelah pintu terdapat seketul batu yang leper. "Mungkin orang dahulukala menggunakannya sebagai meja atau tempat duduk," fikir Salma. Budak perempuan bertiga itu memadamkan lampu picit masing-masing dan menuju keluar.

Mereka masuk lepas satu tempat, ke satu tempat yang lain, mencari harta. Tapi tiada lain, untuk yang mereka jumpa kecuali batu-batu pecah dan perkakas perkakas tembikar yang pecah-pecah juga.Sebaik saja mereka keluar dari bilik tengah, Salma ternampak sebatang tangga kayu menghala ke bumbung dan tersandar pada tembok.

Mungkin tangga buruk orang-orang dahulukala!"celah Zarina.Salma tidak bersetuju. "Mungkin ada sesuatu di sini, mungkin Megat yang membawanya. Saya ingin memanjat tangga itu." Marilah kita siasat bilik-bilik lain dulu," ajak Mei Lin.Baiklah."Apabila mereka sampai di hujung barisan bilik bilik itu, Salma terhenti. "Lihat!" pintu hujungnyahampir tertutup oleh sebuah batu besar.

Tempat persembunyian Megat!" celah Mei Lin.
Dia mungkin meletakkan batu itu di situ supaya penceroboh tidak dapat masuk ke dalam."
Tapi bagaimana dia boleh masuk?" tanya Zarina kehairanan. "Batu itu terlalu besar untuk ditolak." "Saya tahu!" sampuk Salma berbalik semula ke tangga kayu tadi. Disangkutnya lampu picit di pinggang dan dia mula memanjat. Zarina dan Mei Lin dengan cemas memerhati Salma memijak setiap anak tangga. Akhirnya dia sampai ke bumbung. "Sal! Hati-hati!" jerit Zarina dari bawah. Dengan menggunakan lampu picit, dia menyuluhnya dan ternampak jalan masuk ke daratan di atas.

"Mungkin ada jalan seperti ini di hujung sana," fikir Salma. "Tangga itu mungkin digunakan oleh Megat untuk melarikan diri." Dia berjalan perlahan lahan hingga ke hujung bumbung. Tiba-tiba dia terjumpa satu lubang besar.Salma menyuluh ke dalamnya. Terdapat timbunan batu-batu pecah di bawah. Perlahan-lahan dia masuk ke dalam.

Ooo, mungkin di sini!" Di satu sudut terdapat pelana kuda dan sebilah beliung. Di dinding pula terdapat tulisan kabur. Salma menyapu debu-debu pada tulisan itu.

M- UNTUK DAYANG!

Hati Salma terlonjak-lonjak riang. "Tapi di mana harta itu? Tak mungkin ditanam," fikir Salma. "Lantainya disimen dengan padat."Apabila Salma mengangkat pelana di hujung bilik, tiada apa-apa yang kelihatan di bawahnya. Mata Salma terpaku pada sebuah mangkuk bunga tembikar di sudut bilik. Mangkuk bunga itu lebih kurang satu meter dan bermulut kecil.

"Mungkin ini hartanya!" teka Salma. Dia meletakkan lampu picitnya di bawah dan memasukkan tangannya ke dalam mangkuk dan mengangkat peti kecil itu. Peti itu terlepas daripada tangannya dan jatuh ke lantai. Kunci mangga yang berkarat itutiba-tiba tercabut. Salma membuka peti tersebut. Di dalamnya terdapat beratus-ratus keping kecil emas yang berbentuk jantung.

Oh!"Di bawah keping-keping emas itu terdapat lapisan wang kertas lama dan sebuah beg kulit yang berisi barang kemas. Adakah saya bermimpi?" Salma seakan-akan tidak mempercayai apa yang dilihatnya.

"Saya tak boleh angkat peti ini ke atas." fikir Salma. Matanya tertumpu pada beliung tadi. "Mungkin saya boleh menolaknya sekuat hati. Batu itu bergerak sedikit." Salma mencuba lagi. Kali ini, peti kecil itu melalui lubang dan kemudian meluluskan dirinya pula.Mei Lin! Zarina!" Budak-budak itu meluru ke arahnya dan Salma memberitahu mereka apa yang telah dijumpainya. "Bawa harta ini kepada Encik John dan Maria," perintahnya. "Saya nak nyalakan api isyarat."

Tergopoh-gapah Salma menuju ke timbunan ranting-ranting yang dikumpulkan tadi lalu dibakarnya. Sebaik saja asap berkepul naik, tiba-tiba kedengaran satu "Padamkan api itu!" suara garau di belakangnya, "Padamkan api itu!"

doneeee part 19 !!!! one more part to end this storyyyyy yeahhhh !!! 🤍🤍🤍

RAHSIA DI LEMBAH SELINDUNG Where stories live. Discover now