PART 15 : PERJALANAN YANG MERBAHAYA

8 0 0
                                    

Maria hampir menangis. Lelaki yang di muka pintu pondok itu bukan ayahnya. berada Lelaki itu memarahi kedua-dua budak perempuan itu. "Apa yang kamu mahu?"Salma percaya lelaki itu tentu mengenalinya, tapi pura-pura tidak kenal. "Kamu Encik Kamal?" tanyanya."Ya, kenapa?"
"Kami ingin nak beli lukisan kapur encik," balas
Salma.

"Apa?"Lukisan encik."Oh!" Lelaki itu menarik nafas. "Dah habis. Macam mana kamu tahu saya ada di sini?"Salma menerangkan bahawa Salina ada menyebut tentang seorang pelukis yang tinggal di bukit itu."Beberapa hari yang lalu, kami terjumpa pondok ini dan kami berpendapat tentu encik tinggal di sini."

"Lukisan itu dah habis," terangnya. "Tak guna kamu datang ke mari."Salma meminta maaf kerana mengganggunya dan mereka mendapatkan kuda mereka semula. Lelaki itu menutup pintu."Saya tak percaya lelaki itu yang melukis gambar itu."Saya pun begitu," sampuk Salma.

Salma memberitahu Maria bagaimana, dia, Zarina, dan Mei Lin telah menemui lelaki itu. "Mungkin dia menawan ayahku Dan mengurungnya ." Salma bersetuju dengan pendapat Maria. Tapi di mana? Tiada sesiapa lagi di pondok itu, Salma dapat menduga bahawa tentu ada tempat persembunyian yang berdekatan."Apa harus kita buat Salma?" tanya Maria. "Melaporkan kepada polis seberapa segera yang boleh."

Salma berpendapat, jika ayah Maria ditawan oleh Kamal, lelaki yang beruban itu dan temannya, tidak salah lagi memang merekalah perompak bank itu. Oleh sebab Kamal juga ada kaitan dengan kekecohan oleh di padang ternak, tentu kumpulan mereka jugalah yang mengada-adakan bayang kuda yang dikatakan hantu itu.

Dalam perjalanan menuruni bukit, Salma masih mengenangkan lelaki yang menamakan dirinya sebagai Kamal. "Adakah dia percaya saya tidak mengenalinya? Dia tentu tahu, saya akan melaporkannya pada Inspektor Anuar. Tapi kenapa dia tidak menghalang? Mungkin juga dia takut orang tahu ke mana dia pergi. Jadi, dia tidak mahu mereka hilang di pondoknya. Mungkin dia merancang sesuatu kemalangan terhadapnya dan Maria dalam perjalanan menuruni bukit itu."

Salma cepat-cepat memberi amaran pada Maria.
Mereka sampai di satu simpang jalan."Mari kita ikut simpang ini," perintah Salma. Mereka dapati simpang yang mereka lalui itu agak berbahaya. Mereka berjalan perlahan-lahan menuruni bukit. Beberapa minit kemudian, mereka sampai di kawasan yang berbatu-batu besar. Di lereng atas dari tempat mereka menunggang terdapat juga banyak batu besar yang mungkin berbahaya.

Tiba-tiba, batu-batu kecil dan debu-debu bergolek dan berterbangan dari atas. Ada orang mengekori mereka .Salma memberi amaran pada Maria supaya mereka menunggang seberapa cepat yang boleh. Tapi jalan yang mereka melalui itu semakin teruk. Salma terdengar bunyi tapak kaki kuda tidak berapa jauh daripada mereka. Salma tahu dia tidak mempunyai kekuatan yang cukup untuk menghalang segala serangan yang mungkin dihadapi kelak .

Dia memerhati ke bawah. Tidak berapa jauh dari situ, kelihatan jalan yang mereka melalui itu menghilang di celah-celah batu besar. "Kalau kami sampai ke situ sebelum musuh tiba,tentu kami terselamat." fikir Salma. Mereka menunggang dengan cepat menuju ke sebalik batu-batu besar. Akhirnya, mereka sampai di situ dan bersembunyi di sebalik batu yang besar dan tinggi, Sebentar kemudian, terdengar bunyi batu batu dipijak. Semakin lama semakin hampir dengan mereka dan tiba-tiba terhenti. Keadaan sunyi sepi untuk seketika. "Tentu musuh sedang mengawasi mereka!" fikir Salma.

Salma dan Maria mendiamkan diri. Kemudian mereka terdengar kaki kuda berlalu dari situ. Dada Salma dan Maria terasa lega dan selepas beberapa minit kemudiannya, mereka keluar dari tempat persembunyian. Cepat-cepat mereka meninggalkan tempat itu."Jika penjahat itu balik semula dan tidak menjumpai kita, tentu dia akan berpatah balik" Maria memberikan pendapatnya pada Salma.

"Saya tahu," balas Salma. "Kita mesti ikut simpang lain pula."Mereka menunggang lagi dan berjumpa satu simpang yang kecil dipenuhi dengan semak-samun Mereka melalui simpang itu dan akhirnya sampai di kaki bukit. Rupa-rupanya simpang yang mereka lalu tadi, lebih kurang satu kilometer dari tempat yang biasa mereka lalu.

"Syukur kita selamat sampai!" celah Maria. "Luka teruk?" tanya Encik Joseph."Tiga ekor daripadanya luka kena dawai dan seekor lagi tempang." Encik Joseph mengeluh. "Saya harap kekacauan ini tidak akan berterusan."Mak Cik Janet tersenyum. "Takkan berlaku lagi huru-hara sebab polis sedang dalam perjalanan untuk menangkap penjahat-penjahat itu."Sebelum makan tengah hari, Salma membersihkan dirinya.

Tapi fikirannya masih lagi tertumpu pada harta Megat. Di manakah harta itu disembunyikannya? Sementara menunggu yang lain, Salma ke ruang hadapan dan duduk di atas sebuah kerusi rotan. Sekali lagi matanya tertumpu pada batu canai purba di hujung sana. Di teringat apa yang diterangkan oleh Mak Cik Janet tentang batu itu. Tiba-tiba dia mendapat satufikiran dan segera bangun dari kerusinya. "Zarina! Mei Lin! Maria!" dia memanggil, sambil berlari ke pintu bilik."
Mata Salma bercahaya. "Saya rasa, saya tahu di mana harta itu tersembunyi!"

DONE ?!!!!! 😭 LAGI 5 PART GUYSSS STORY NI NAK HABISSSS 🤪✌🏻 . THANKYOUUUU VOTE COMMENT AND SHARE TAU 🙄🧡 . PSSTRRR BUAT BUAT TAKNAMPAK TAUUU TYPO TU HEHEHEHEHE 🙈😚 , LAYAN LAA LAGU BOLLYWOOD SEMENTARA TUNGGU NEXT PART !


RAHSIA DI LEMBAH SELINDUNG Where stories live. Discover now