PART 20 : GERAKAN YANG BERANI

7 0 0
                                    

Suara itu ialah suara Musa. Salma terperanjat!
Padamkan api itu cepat!" perintah suara itu. "Baiklah," Salma melambat-lambatkan kerjanya sehingga suara itu memarahinya lagi. Kemudian, timbunan ranting disepaknya. Bara api itu berselerak dan bunga-bunga apinya berterbangan.

"Mari sini!" perintah suara itu. Dalam perjalanan menuju ke bangunan batu tadi, kedengaran lagi suaranya. Kamu fikir kamu pandai ya! Kami dapat keluar dari perangkap kamu, apabila kami nampak polis mengekori tadi."Lelaki itu memberitahu Salma bahawa orang orangnya sedang dalam perjalanan ke kawasan rumah tinggal itu dan singgah di pondok sebentar. Azman baru dan menyangka Salma tentu menuju ke tempat harta itu.

Dia nampak kamu mengumpul ranting-ranting kayu dan berbunyi seperti anjing hutan, sebagai isyarat pada kami."Pada pendapat Salma, tentulah Musa dan rakan rakannya menaiki tangga bukit itu menuju ke atas dan memerhati dari situ. Setelah nampak mereka muncul dari bilik kurungan John, ketiga-tiga penjahat itu bersembunyi dalam sebuah bilik di situ dan mengintip mereka.

Akhirnya, kami nampak kamu tergopoh-gapah, dan kawan-kawan kamu keluar membawa sesuatu yang berat."Kamu cederakan Zarina dan Mei Lin?" tanya Salma. Oh, tidak! Teman-teman saya membiarkan mereka masuk ke bilik John dan mengunci dari luar." Salma meraba-raba lampu picit, lalu dipasangnya. "Tutup lampu tu! Saya tak mahu orang lain nampak kita di sini. Cepat! Cepat jalan!"

Salma berharap sangat-sangat agar Meor dapat melihat api isyaratnya tadi. Untuk melengah lengahkan masa, Salma berjalan perlahan-lahan.
Akhirnya Musa menolaknya masuk ke dalam
bilik kurungan. "Kami selamat, Salma," kedengaran suara Mei Lin. "Mereka suruh kami duduk di atas lantai." "Dan memecahkan lampu picit kami," sampuk Zarina.

Kedengaran suara garang Musa. "Azman, mana harta itu?"Tak nampak bos. sebab bos suruh kami tutup cahaya lampu picit dengan kain."
John, kamu sembunyikan ya?"Jangan ganggu ayah ku!" jerit Maria. "Dia tak tahu apa-apa."
Tiba-tiba Salma merasa batu yang dilihatnya depan pintu tadi. Cepat-cepat dia menanggalkan baju sejuknya dan menjatuhkannya ke atas batu itu.

Ini dia Musa!" sampuk Salma sambil Salma memasukkan batu itu ke dalam baju sejuknya. "Biar saya ambil."Jangan!" Dengan cepat Salma mencampakkan batu itu melalui pintu hingga sampai ke sebelah sana tebing yang tinggi.
Keadaan di situ sunyi sebentar. Musa naik radang. "Kamu cuba mempermainkan saya Salma. Kamil! Azman! Ikat mereka!"

Azman mengikat kaki Salma. "Kamil, kamu dan saya akan ke bawah mencari peti itu. Azman, kamu tunggu mereka sehingga saya beri isyarat."Kasihan, Azman! Sebaik saja kamu sampai ke bawah, kawan-kawan kamu dan harta itu pun lenyap, Salma cuba mengapi-apikan Azman.Azman berhenti daripada mengikat dan berpaling pada Musa. "Biar Kamil tinggal dan jaga mereka." "Saya memang syak kamu daripada mula."

Salma bersuara, "kamu pecahkan pam dan memotong wayar telefon." "Ya, saya yang melakukan itu semua!" sahut Azman sombong.
Diam!" perintah Musa. "Setelah kamu tangkap Togo, kamu jumpa petunjuk dalam jam Salma dan kemudiannya mencuri botol hijau di papan tingkat," celah Mei Lin pula. Dari dalam gelap itu, kedengaran suara Zarina.

Siapa yang menyelongkar bilik kami?Kamil," balas Azman. "Itu saja yang dia melakukan."
Jangan buang masa!" sampuk Musa. "Kita mesti keluar mencari harta itu."Nanti dulu!" celah Azman. "Biar saya dan Kamil cari peti itu, kamu tinggal di sini."Musa mengalah. "Baiklah, tapi jangan tipu saya.Cepat balik ke mari." Tanpa mengucapkan sepatah kata, kedua-dua lelaki itu berlalu dari situ. Mereka yang ditahan kemudiannya terdengar Musa menuju ke belakang bilik. Dia ketawa perlahan-lahan. "Supaya kamu semua tidak tertanya-tanya," katanya sambil membuka sebuah peti kayu di mana tersimpan bahan letupan dan sumbunya sekali.

Kamu nak bunuh kami?" tanya Mei Lin, dengan cemas.Saya terpaksa. John sudah tahu segala-galanya dah saya tak boleh melepaskannya. Sayang seribu kali sayang, kamu Salma, terlibat sama."Biarlah saya yang kamu kerjakan, tapi jangan budak-budak itu!" pinta Encik John.Tidak! Sebaik saja sumbu itu saya pasang, saya akan keluar dari sini."Krek! Mancis api terpasang di tangan Musa. Tunggul" perintah Salma. "Kamu akan letupkanharta-harta itu bersama?"Apa?"

Cuma batu besar saja yang saya campak ke bawah tadi," terang Salma.Dia memasang lampu picitnya dan menyuluh ke arah pintu masuk, dengan harapan ada orang akan ternampak cahayanya.Heil Bagi saya lampu itu," Musa merampas lampu picit Salma. "Mana dia harta itu?" "Di sini," sampuk Zarina, dan Mei Lin ke tepi labu membuka peti itu. "Wah, saya tak pernah lihat harta sebegini banyak!" kata Musa, sambil menggenggam kepingan-kepingan emas. Kemudian, dia menutup peti itu semula dan membawanya menuju ke pintu keluar. Kedengaran bunyi batu-bata bergolekan dari bawah.

Dengan gembira, Musa melaung kepada kawan - kawannya , "Azman Kamil ! Saya dah jumpa harta itu ! Kita kaya ! Kemudian cahaya lampu picit menerangi bilik . "Jangan bergerak Musa !" Meor ! jerit Salma . Musa cuba lari , tapi Mei Lin menghalang dengan kakinya dan penjahat itu jatuh di hadapan Inspektor Anuar . Dia segera menggari penjahat itu .

Budak-budak perempuan itu dan Encik John terasa lapang dan gembira melihat kedatangan Meor, Inspektor Anuar, dan pembantunya serta Encik Joseph. Tali ikatan mereka dibuka. Encik John memuji kebijaksanaan Salma.

Meor tersenyum. "Dia seorang gadis yang paling bijak dan handal,” pujinya. Kemudian, Meor menceritakan bagaimana mereka tidak dapat mengesan penjahat-penjahat itu dan mereka berbalik semula ke padang ternak.

"Apabila kami nampak api itu jatuh, saya dapat bayangkan apa yang sedang berlaku."
Encik Joseph menyampuk. "Kami tak mahu berputus asa begitu saja, jadi kami mendaki semula ke mari tanpa memasang lampu picit."
Meor memberitahu bahawa Kamil dan Azman telah ditangkap dalam perjalanan ke bawah tadi. Tapi mana harta itu?"Di sini," balas Mei Lin.
Setengah jam kemudian, mereka sampai di kaki
bukit.

Meor memasukkan harta itu ke dalam kereta. Sementara itu, Salma memberi laporannya kepada Inspektor Anuar. Inspektor itu berjanji akan pergi ke kawasan rumah tinggal, pada pagi esoknya, untuk mengambil wang rompakan bank itu. Penjahat penjahat itu dibawa dengan kereta polis.

Dalam perjalanan, mereka berbual-bual. "Kepingan-kepingan emas ini akan saya serahkan kepada pihak berkenaan, tapi barang-barang kemas dan duit-duit lama itu akan saya simpan dan sebahagiannya saya akan hadiahkan pada kamu," Meor bersuara.

Salma tersenyum saja. "Tentu abang dan kakak ku akan gembira mendengar berita ini."
Tidak berapa lama kemudian, mereka sampai di pintu pagar lalu masuk ke padang ternak. Kawasan itu dimandikan dengan cahaya bulan dan kelihatan aman sekali.

Maria memegang tangan ayahnya. "Semuanya tentu bertukar cerah." "Terima kasih pada Salma," sampuk Encik John,sambil tersenyum.

- TAMAT -

Hai finito le parti pubblicate.

⏰ Ultimo aggiornamento: Apr 08, 2022 ⏰

Aggiungi questa storia alla tua Biblioteca per ricevere una notifica quando verrà pubblicata la prossima parte!

RAHSIA DI LEMBAH SELINDUNG Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora