PART 13 : PELUKIS YANG HILANG

5 0 0
                                    

Apabila Salma sedar semula, Meor berada di sisinya . "Kamu cedera?" tanyanya, sambil mendudukkan Salma. "Tidak," jawab penyiasat muda itu. "Dah lama saya terbaring di sini?"
“Cuma beberapa minit saja," balas Meor. "Saya nampak kuda kamu berlaga tadi dan kamu melayang jatuh."

Meor cuba menolong sambil membangunkan Salma. Pak Cik Bakar datang menghampiri mereka "Pagar-pagar dah kena potong." dia memberitahu Meor. "Kita terpaksa mencari kuda yang bertempiaran lari tadi. Mungkin ini akan mengambil masa yang panjang, kalau binatang itu lari ke bukit."

"Kamu nak balik ke rumah seorang?" "Jangan bimbang. Saya tak apa-apa."Meor memerhati sekeliling, tapi kuda Salma tidak kelihatan. "Tentu ia dah lari."Meor menunggang kudanya dan berlalu dari situ. Salma perlahan-lahan berjalan menuju ke rumah. Di ruangan hadapan kelihatan Mei Lin, Zarina, dan Maria serta Mak Cik Janet sedang duduk berkumpul. Di atas meja terpasang pelita minyak.

"Dapat kamu tangkap bayang kuda itu?" Zarina bertanya . "Tidak." "Adakah apa-apa yang rosak kali Ini?" tanya MakCik Janet . Salma memberitahu mereka tentang pagar yang dipotong dan kuda yang bertempiaran lari."Oh, ya! Zarina dah ceritakan pada Mak Cik tentang surat itu." "Tapi, kamu belum habis membacanya lagi," Mei Lin cuba mengingatkan Salma

Penyiasat muda itu mengeluarkan surat tersebut dari sakunya. Sudah berkedut-kedut. Surat itu dibawanya dekat dengan pelita . "Tadi, kamu baca sampai emas itu telah dibentuk," Mei Lin mengingatkan Salma . "Ya, ini dia!" celah Salma dan dia membaca ayat yang seterusnya . "Harta tersembunyi di dalam rumah yang tentu di padang ternak."

"Jadi, tentu rumah inilah!" sampuk Mak Cik Janet "Kami diberitahu bahawa penghulu yang terdahulu membina rumah ini."Baca terus!" suruh Zarina. "Di mana agaknya harta itu?"
Salma menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tak beritahu di mana. "Dengar! Aku takut diekori dan mungkin surat ini akan jatuh ke tangan mereka. Oleh sebab itu, aku katakan cuma kau saja yang tahu maksud ku."

"Kita terpaksa cari seluruh rumah ini," Mei Lin memberi pendapatnya. "Baik kita mula sekarang."Mereka berpecah menuju ke setiap bahagian. Salma menyuluh ke setiap dinding, di bawah meja dan almari, tapi tiada terdapat ada tanda-tanda tempat atau lubang yang rahsia. Mata Salma tertumpu pada sebuah batu canai purba di hujung dapur. Dia mengamati amatinya, tapi tiada terdapat apa-apa tanda di situ.

"Lebih baik kita masuk tidur saja," ajak Salma, sambil memberi surat Megat itu kepada Mak Cik Janet untuk disimpan.Pada pagi esoknya di meja makan, masing-masing kelihatan letih dan mengantuk."Enam ekor kuda yang saya beli hilang dan dua ekor kuda kena dawai pagar," Encik Joseph memberitahu. "Pagar padang rumput juga rosak. Sepanjang malam tadi kami membetulkannya. Meor masih lagi di luar menyudahkannya." Sudin pula menyampuk.

Encik Joseph memberitahu bahawa dia akan ke pekan untuk mengadu kepada polis tentang apa yang pernah berlaku. "Mungkin polis akan menghantar beberapa orang untuk membantu kita di sini. Kita terpaksalah mendaki bukit untuk mencari kuda kuda yang hilang itu. Saya juga akan ke pejabat telekom, supaya mereka menghantar orang untuk membetulkan wayar-wayar itu."

"Apa halnya dengan air?" tanya Mak Cik Janet. "Saya akan suruh mereka betulkan nanti. Nampaknya, generator tu telah rosak teruk."Mak Cik Janet menceritakan kepada pekerja pekerja di situ tentang surat Megat yang dijumpai Salma.
Salma berpendapat, berita itu ada kaitannya dengan huru-hara yang berlaku di padang ternak. "Kamu memang seorang penyiasat yang pintar," puji Encik Joseph.

Meor pula mengatakan jika Salma sentiasa membantu, tentu lambat-laun harta itu akan dijumpai. Mak Cik Janet memegang bahu Salma. "Kenapa kamu tidak berehat-rehat dulu Salma. Kenapa kamu dan yang lainnya tidak pergi ke bandar untuk ambil angin." "Saya rasa itu yang lebih baik mak cik." celah Salma . Salma, Zarina, Mei Lin, dan Maria menuju ke kereta. Mei Lin tidak lupa membawa dua buah termos air yang diletakkannya di belakang kereta.

"Baik kita membeli-belah sedikit di bandar nanti," Salma memberitahu rakan-rakannya. "Saya nak beli pakaian yang teristimewa untuk dipakai di majlis tari menari pada malam esok."Apabila mereka sampai di bandar, Zarina membawa Salma ke sebuah kedai pakaian yang agak besar.Salma memilih sepasang kebaya berwarna biru muda manakala Mei Lin memilih gaun berwarna merah. Zarina pula memilih sepasang baju yang kainnya berwarna hitam dan bajunya berwarna kuning. Maria pula memilih gaun berwarna hijau muda.

Kemudian, mereka menuju ke sebuah kedai makan. Selepas makan mereka berjalan-jalan lagi. Di bawah sepohon pokok yang rendang di hadapan sebuah kedai, terdapat pula pameran lukisan. Orang ramai berkumpul di situ untuk melihat pelukis pelukis melukis dan mewarna. Mereka menuju ke situ dan memerhatikan lukisan-lukisan yang dipamerkan.

Salma terpandang sebuah lukisan yang panjang. la merupakan lukisan sebuah rumah buruk di perkampungan lama, di lereng Bukit Selindung. Lukisan itu dibuat daripada kapur warna. Cepat-cepat Salma memanggil rakan-rakannya.
"Nampaknya, rumah buruk itu ialah menambat kuda dan terjumpa kapur warna, tempat kita "Mei Lin bersuara."Tentu ayahku melukisnya ! Ya , saya kenal !" teriak Maria . Kerusi pelukis di sebelah pelukis itu kosong . "Saya mesti cari dia" celah Maria .

DONE PART 13 , YEAHHH SIKIT LAGI NAK HABIS GUYSSS !!!! 😆😆😆 TERUSKAN BACA AND SUPPORT ME ! JANGAN LUPA SHARE COMMENT AND VOTE TAUUU HEHEHHEHHE :O . 🤍🤍🤍 ! BYE !

RAHSIA DI LEMBAH SELINDUNG Where stories live. Discover now