| 1

55 6 0
                                    


Pingan yang berisi mee goreng hanya dikuis perlahan.

"Papa dah aturkan perkahwinan kamu. Bulan depan kamu nikah". Tenang Dato sufi berkata.

Mawar yang menunduk tadi, terus mengangkat wajahnya. Melihat wajah tenang Dato sufi buatkan dia resah.

Insan yang bergelar ayah kepadanya, atau lebih tepat lagi ayah yang tidak mengaku dia sebagai anak kandungnya.

Begitu mamanya pergi meninggalkan mereka, dia sudah tidak dipedulikan papanya. Sehinggalah papanya membina lagi sebuah keluarga iaitu berkahwin tanpa pintanya.. dia bukan lah sesiapa untuk menghalang perkahwinan mereka bahkan dia tidak dianggap sebagai anak mereka.

Meski begitu dia masi di asuh oleh Mak kiah, pembantu rumah di rumah mereka.

Genap umurnya 8 tahun, dia dikabarkan oleh Mak Kiah, tentang kandungan mama tirinya. Puan Yana disahkan hamil 2 minggu.

Lahirnya Alara buatkan dia lagi disisih oleh papanya. Susahnya sendiri. Gembiranya sendiri. Sedihnya sendiri. Semua sendiri tanpa seorang pun yang di sisi. Lagi lagi Mak Kiah yang ingin berhenti, dan pulang ke perkampungan nya, hidupnya semakin sepi.

Seharian dibilik hanya mengerah bakatnya. Segala hobi di buat, untuk membuang bosannya.

Kembali ke realiti, matanya dibuka perlahan.

"Bagi mawar masa..." Sudu yang dipegang terus di lepas ke pinggan. Perlahan lahan dia bangun ingin berlalu dari situ.

Dato Sufi hanya diam melihat mawar meninggalkan meja makan tanpa lagi menjamah sarapannya.

Puan Yana juga hanya diam tidak berkutik di situ.. tidak mahu masuk campur hal anak beranak.


"K

Sedang memikirkan masa depannya, ada pulak tangan gatal yang menutup matanya. Hembus nafas kasar, tangan yang menutup matanya di tepuk perlahan.

"Dina, takyah nak tutup mata aku..". Dina memuncungkan mulut. Beg di hempasnya kasar, Kerusi pulak di tarik dan diduduk.

"Engko ni, aku baru nak sweet".

"Dah,dah la tu.. takyah nak merajuk. Macam budak budak". Pipi dina di cubit perlahan.

"Hehehe.. ni kau kat sini kenapa?. Ouh.. aku tau.. ni mesti pasal papa kau lagi kan?. Kenapa, kali ni apa pulak?". Lengan bajunya ditarik ke atas.

"Papa suruh aku kahwin." Sebaris ayat yang keluar dari mulut Mawar membuatkan Mulut Dina terbuka luas.

"Weh, siyes ar ni?. Eh jap.. papa kau tak pernah sibuk pasal kau, yang ni apahal pulak tetiba je nak kau kahwin, apa ingat kahwin ni main main ke?". Besar suara Dina buat Mawar hela nafas panjang. Susah kalau dapat member tak rilek macam Dina.

"Dina rileks oke.. ye aku tau papa tetiba je suruh aku kahwin even dia tak pernah nak ambil tahu pasal aku.. sebab tu la aku nak terima keputusan papa untuk terima lamaran tu. Aku takde pilihan lain. Kau tau kan aku nak yang terbaik untuk buat papa senang." Tangan Dina di pegangnya.

"ouh, jadi kau dah setuju la?. bila lagi laki tu pinang kau?". Tanya dina. Tangan di paha, terus di angkat di atas meja. 

"lepas balik ni aku terus cakap kat papa yang aku terima. Keluarga tu belum hantar pinangan lagi, dia cuma tanya aku terima atau tak". Mawar senyum tapi hambar.

"Mawar, aku tau aku takde hak nak tentukan hidup kau.. tapi aku nak yang terbaik untuk kau. Kau tau kan yang aku sayang kau. Aku support apa keputusan kau." Tangan Mawar yang memegangnya di usap.

"Thanks Dina".

"Tapi ingat mawar, please jangan sampai kau sakitkan perasaan kau sendiri untuk orang yang tak hargai kau."

Mawar senyum. "Thanks sebab ada dengan aku Dina, aku appreciate sangat".

"Aww sweetnya bunga aku ni~". Dina yang melihat kecomelan Mawar terus bangun lalu memeluk kuat tubuh Mawar.

"Weh, jangan kuat sangat peluk tu.." kata Mawar dengan nafas yang tersekat.

"Takmo... Sape suruh kau comel sangat.. eei rasa nak gomol la pipi ni." Pipi tembab Mawar di picit Dina.

Mawar yang digomol hanya ketawa. Pasrah.

Comel tak Dina?. hewhewhew(≧▽≦)

Tbc

17/3 00:18

Love,
Florence✧

Bahagia Milik Kita✧जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें