| 8

28 4 0
                                    

Bunyi nyaring alarm telefon menyentakkannya dari tidur lena. Badan bergerak ke arah bunyi itu.
Mata digosok-gosok menghilangkan kabur.

Harraz bangun sedikit menyereng dengan tangan nya mencapai telefon si isteri. Bunyi alarm kuat, tapi empunya badan masih enak diulit mimpi.

Harraz capai telefon Mawar lalu digesek ke atas skrin itu, mematikan alarm. Jam menunjukan jam 5. Sekejap lagi masuk waktu subuh.

Harraz menoleh kesebelah. Melihat Mawar yang masih lena. Dia mengambil kesempatan untuk menjamah wajah cantik itu. Mawar kelihatan polos semasa tidur. Dengan dengkuran halus. Dan rambut yang terjuntai di dahinya.

Jujur bagi Harraz, Mawar lebih cantik jika lihat dari dekat. Muka Isterinya sedikit berbeza jika tidak mengenakan tudung. dengan rambut hitam pekat dan sedikit ikal, nampak lebih anggun.

Ingat waktu pertama kali dia melihat Mawar yang tersenyum kearahnya, senyuman yang sungguh memukau. Memang dari riak wajahnya tayang muka biasa.. Tapi jantung berdetak laju.

Tangan bergerak menyentuh Mawar. Lengan isterinya digoyang-goyangkan.

"Mawar, wake up. Its time to pray." Mawar bergerak sedikit.

Telinga cuba memproses suara serak basak tadi. Mata dibuka perlahan-lahan. Dilihat Harraz yang tengah memandang ke arahnya dengan tidak berbaju. Mawar bangun mengejut.

Dia mengesot sedikit kebelakang. Harraz diam memerhati si isteri. Macam orang mamai pun ada dia tengok Mawar ni, ke tengah proses yang mereka sudah berkahwin semalam.

Harraz sekali lagi memegang bahu Mawar.

"kau ok ke ni?".

Perlahan-lahan kepala itu diangkat.

"O---okay.."

"Jom kita solat subuh berjemaah." Harraz menarik tangan Mawar turun dari katil. Mawar diam cuma mengikut sekejap sebelum dia kembali manarik tangannya dari Harraz yang mengheretnya bersama masuk ke dalam tandas.

"Eh, t---takkan lah kita nak masuk sama-sama dalam tandas?". Harraz senyum senget.

"kenapa?. Tak boleh?.. Kan kau dah jadi isteri aku.. Jomlah kita ambir air wudhu' sama-sama".
Tangan di angkat cuba menarik tangan si isteri semula. Tapi Mawar cepat-cepat bergerak setapak ke belakang.

"Eh, takpe... Awak pergi ambil air wudhu' dulu. Sebab saya nak ke tandas.

Harraz diam. Otak ligat berfungsi untuk mencari cara mengenakan si isteri. Mawar nampak comel bila takut dan malu pada dia. 

Harraz mula mendekati setapak ke arah Mawar. Mawar hanya diam berdiri di tempat asal. Jantungnya mula berfungsi laju. Kepala tidak berani diangkat, segan melihat Harraz tidak berbaju. Eh, tapi halal kalau nak tengok...

Lambat-lambat kaki itu melangkah. Dengan jarak yang dekat seperti ini, Mawar dapat rasakan haba dari badan Harraz. Haih ini yang buatkan kakinya nak longgar.

Harraz sedikit menunduk menyemai paras kepala Mawar. Dagu Mawar ditarik ke kehadapan supaya dia dapat melihat dengan lebih jelas wajah cantik itu. Mau tergelak Harraz melihat muka pucat Mawar.   haiya isteri, takut betul dekat dia,belum buat apa-apa pun lagi.

Tangannya bergerak menarik getah rambut Mawar di lengan kecil si isteri. Mata tidak dilarikan dari memandang tepat ke anak mata bundar itu. Dengan biasan lampu dari tandas, mata bundar Mawar nampak bersinar.

Mawar terkejut melihat Harraz mula menarik rambutnya kebelakang dengan kemas lalu di ikat sanggul.

Selesai menyanggulkan rambut si isteri, kaki melangkah masuk ke dalam tandas. Membiarkan Mawar terkebil-kebil sendirian.

Tangan memegang rambut yang disanggul Harraz. Perlahan lahan senyuman terukir di wajah itu. Harraz ni pandai sweet jugak rupanya. Ingat masam je.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Selesai solat berjemaah dengan Harraz tadi, Mawar langsung ke dapur. Menolong makcik kiah buat sarapan. Harraz katanya nak sambung tidur. Malu nak berdua-dua dengan Harraz, dia segera turun ke bawah. Jadi jawapannya dia sekarang tengah siapkan nasi goreng.

"Awal Mawar bangun.. Mana Harraz tak turun sekali?.." Sapa Puan Zara, hairan melihat menantunya awal pagi di dapur. Baru jam 8, orang pengantin baru tak la awal sangat bangunnya.

"Harraz kat atas.. sambung tidur... Itu yang Mawar turun ni, nak tolong achik kiah buat sarapan." Puan zara senyum. Wangian nasi goreng resap masuk ke dalam rongga hidungnya.

"Achik kiah masak apa tu... Wangi sedap ni buat mama lapar." Cik kiah senyum.

"Bukan saya yang masak Puan, ni ha menantu manis puan ni yang Masak." Pingan di hulur ke Puan Zara.

"Pandai kamu masak Mawar.." Puji Puan Zara ikhlas. Mawar senyum, malu di puji. Masak yang basic je dia pandai.

"Basic je mama... Nanti Mawar kenalah setiap hari belajar dengan mama."  Puan Zara angguk kepala.

"Boleh je Mawar.. Asalkan Mawar free time."

Mawar gelak ramah. "Mawar naik atas kejap, panggil Harraz turun".  Puan Zara cuma mengangguk.

Mawar segera menuju ke atas. Pintu bilik di buka.  Melihat Harraz masih lena tidur. Dia mendekati suaminya.

"Awak.." Lambat-lambat tangan itu menyentuh lengan Harraz.

Lengan Harraz digoyang sedikit keras melihat tiada pergerakan dari tubuh sasa itu.

"Awak bangun.. Jom sarapan."  Sekali lagi suara lembut Mawar keluar.

Harraz diam, masih tidak berkutik. Dia sengaja membiarkan Mawar begitu. Suka mendengar suara lunak sang isteri.

"Awak... awak..." Tangan menepuk-nepuk lengan Harraz. Dalam Hati cuba bersabar. Ni kalau dia cubit ni sedap ni. Amboii tidur betul sampai tak sedar dia kejutkan.

"Awak bangun". Panggil Mawar sedikit keras.

"Hmm.." Harraz bergerak.

"Bangun, kita sarapan". Suara dilembutkan semula.

"Kejap lagi aku turun.." Jawab Harraz dengan mata yang masih terpejam.

"Ok.. saya turun dulu tau." Mawar berdiri keluar melihat tiada respond dari Harraz.

Harraz membuka matanya. Matanya memerhatikan tubuh Mawar yang keluar dari bilik. Tangan dibawa ke dada. Setiap kali Mawar berada di sisinya atau dekat dengannya. Setiap kali itu jugak lah jantung ini berdegup dengan laju.

Atau sebab dia tidak pernah dekat dengan mana-mana perempuan sebab tu jaddi macam ni.  Hmm mungkin boleh jadi. Harraz segera bangun dari pembaringan lalu bergerak membersihkan diri.



TBC

Florence☆



Boring tak?. Sorry otak sekarang kering. Apa apa pon enjoy reading!. Dont forget to vote. Kalau korang nak follow my acc tiktok and ig boleh check my profile😊

acc tt-  l3library
ig- flwrnce

Bahagia Milik Kita✧Where stories live. Discover now