| 3

35 5 0
                                    

Suasana mereka yang kekok hanya di temani lagu radio. Dari tadi kepalanya hanya memandang ke tingkap, melihat permandangan di luar.

Teringat kembali saat pertama kali melihat Harraz di rumahnya.

"Maaf, kalau saya datang tak kabar buat uncle dengan aunty terkejut. Saya datang nak bawa Mawar beli barang kahwin." Harraz jadi serba salah. Selepas di jemput masuk, dia terus di hidang air. Sudah di kata dia tak lama. hanya singgah untuk menjemput Mawar,tetap juga Dato Sufi mempelawanya.

"It's okay Har..." Dato Sufi senyum melihat Harraz.

Kelihatan Mawar yang memakai gaun  cream datang menghampiri mereka

"So, kita dah boleh gerak dah?." Kunci kereta di poketnya dikeluarkan.

Mawar mengangguk.

"Hati-hati". Sempat Dato Sufi berpesan buat Mawar menoleh ke arahnya sesaat.


Kembali ke realiti, dia dikejutkan dengan Suara serak basah Harraz.

"Kenapa kau terima lamaran aku?". Harraz menoleh ke arah Mawar sesaat. Melihat Mawar yang terkesan dengan soalan di tuturkan tadi. Dia tahu tapi berpura-pura untuk melihat reaksi Mawar.

Tersentak. Mawar mula menguis jari jemarinya. Resah yang dia rasakan saat ini.

"Saya...saya tak tahu". Lama ditunggu Harraz, akhirnya terluah juga suara lunak Mawar.

"Awak.. awak kenapa pilih saya?. Kenapa bukan perempuan lain?." Kali Mawar yang bertanya sambil memandang tepat ke arah Harraz.

"Sebab mama.. mama suruh aku kahwin dengan kau". Tidak berselindung. Harraz cakap jujur dengan Mawar.

"So, awak pun takde sebab la nak kahwin dengan saya".

"Why, berkahwin pun kena ada sebab ke?."

Mawar melopong mendengar apa yang dikatakan Harraz tadi. eh dia ingat kahwin ni main-main ke. berkahwin kenalah ada sebab, kalau tak, tak jamin la rumah tangga yang di bina tu boleh kukuh sampai ke tua.

"Yelah, mesti ada sebab.. kalau tak, nanti perkahwinan kita tak tahu hala tuju ke mana." 

Harraz  gelak perlahan. 

"So, kau nak aku cakap sebab apa aku kahwin dengan kau?.. Kalau aku cakap aku kahwin dengan kau, sebab aku suka kau?....".  Harraz menoleh kepalanya sedikit  ke kanan melihat reaksi muka Mawar yang mula berubah.

Mawar diam. Bila fikir semula, memang tak patut dia cakap berkahwin kena ada sebab, dah terang-terang mereka kahwin sebab dijodohkan orang tua.. 'Apa yang banggang sangat kau ni Mawar, ha tengok sekarang, kan kau dah malu kan diri kau sendri.. Memang taklah dia kawhin dengan aku sebab suka. kenal pun belum lagi apa lagi nak simpan perasaan dekat aku'. Desis Hati Mawar.

Soalan Harraz tadi di biar tak terjawab. Harraz juga tidak menagih soalan yang diberikannya tadi. Masa mereka berlalu dengan sunyi. Dua-dua berdiam diri selepas perbualan yang di tamat kan Mawar. 

"Macam mana tadi?

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

"Macam mana tadi?. Okay?". Puan Zara terus mengajukan soalan pabila melihat anak lelakinya merebahkan bdan ke sofa.

"Okay je. Kita orang dah beli cincin apa semua." Lenguh di badan belum hilang. Penat seharian mengurus persiapan pernikahan mereka. Tak tau lah kabar di office sana, entah ada ke tidak si Daus tu kerja. Takleh pakai sangat laki tu.

"Bagus la tu. Mawar macam mana okay?".

Mata yang dipejam kembali terbuka mendengar nama Mawar dipetik mamanya.

"She's fine."

"Mama, tak sanggup nak tengok Mawar sedih. Kalau mama tak suruh kamu kahwin dengan Mawar, mama takde hak nak ambil Mawar.. Mama dah janji dengan arwah Sofea dulu."

"Tapi kenapa uncle sufi tak layan Mawar selayaknya?. Har pelik, Mawar anak kandung sah Uncle Sufi tapi kenapa Mawar tak dianggap macam anak kandung?." Banyak persoalan yang bermain di kepalanya yang belum terungkap.

Puan Zara hanya diam. Seperti tidak sanggup menjawab soalan yang dilontarkan Harraz.

"Banyak yang Mawar tak tahu. Mama tak tahu kalau satu hari nanti perkara ni akan terbongkar juga. Mama takut Mawar tak boleh terima." Sedih sahaja suara puan Zara.

Kening Harraz berkerut. Masih banyak perkara yang belum diketahuinya.






Tbc

17|3    14:24

Love,
Florence✧

Bahagia Milik Kita✧Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora