| 16

14 1 0
                                    

Hari ini dia sepenuhnya menjadi tukang masak dan dibantu oleh dua orang wanita yang hebat berpengalaman.

Dia berdiri sambil tangan tidak henti dari menggaul. Disebelahnya pula, Haryna yang focus memotong kentang.

Sekali-sekala mata itu bergerak melihat tangannya yang sedari-tadi menggaul sup.
Kemudian tangan itu menambah lagi bahan yang terakhir pada sup yang digaul tadi.

Mawar senyum dan mendekatkan kepalanya sedikit ke kuali yang agak besar itu. Rongga hidungnya terbuka luas menghidu aroma sedap yang terhasil dari wap asap sup yang digaulnya.

Haryna yang disebelah Mawar juga menarik senyum. "Hmm, dah boleh tutup kot..." Katanya sambil tangan itu menceduk sedikit sup di dalam sudunya lalu di bawa ke mulut. Haryna mengangguk kepala, merasa sup yang cukup rasa, sempurna untuk menjadi hidangan!.

Mawar mengangguk kepala lantas menutup api itu. Kemudian dia berjalan ke meja, melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Achik kiah yang sibuk mengelap cawan.

Haryna juga menghampir mereka. Dia duduk berhadapan Mawar. "Pandai eh Mawar memasak, takyah pun Akak perlu suruh itu ini, dia dah tahu nak buat apa..." Puji Haryna.

Mawar tarik senyum kemudian mengeleng kepala. "Eh takde lah Kak, Mawar ikut apa yang akak suruh je..."

Haryna gelak perlahan, kemudian dia kembali mengutarakan soalan. Sebenarnya soalan ini ingin diajukan semasa mereka berkumpul tempoh hari tetapi dia lupa.

"Mawar, Akak nak tanya sikit...Boleh?."

"Boleh..."

"Ermm, Mawar tak teringin ke ada anak?..." Tanya Haryna sambil mengangkat keningnya ke atas.

Mawar terkaku. Ya Allah, Harraz pegang dia pun jarang apalagi sentuh. Mawar berdehem pendek sambil matanya tunak memandang Haryna yang setia menanti jawapannya.

"Kitaorang be-"

Belum sempat Mawar menghabiskan kata-katanya, Haryna terus menutup mulut dengan mata yang sedikit terbuka.

"Ja...jadi...Oh, wait. Akak tak sepatutnya tanya soalan macam tu." Kata Haryna sambil melepaskan tangan dari mulutnya. Muka itu nampak seperti malu.

Mawar kemam bibir. "Mawar bukan tak sudi tapi, Mawar still tak bersedia..."

"Akak faham...Mula-mula kahwin pun, akak macam Mawar jugak..."

Haryna ketawa perlahan. "Akak terkejut bukan sebab apa tau, cuma akak tak sangka ada juga yang sama macam Akak..."

"Tapi akak tak hairanlah, sebab korang kahwin bukan sebab bercinta kan... Takpelah Mawar slow-slow awak pun masih muda lagi."

Mawar tarik senyum kekok. "H-haah..."

⚜⚜⚜

Mata terpejam kembali dibuka. Kepala bergerak menoleh ke sisi, melihat ruang kosong disebelahnya. Mata mengerling jam di atas  laci sebelah katilnya.

Dia kemudiannya bangun perlahan-lahan dari pembaring. Rambut di bawa ke belakang, sambil medengus perlahan.

Haih, kata-kata Haryna sentiasa berputar di mindanya. Kalau betulah apa yang dikatakan Haryna tadi dia tidak mampu membayangkannya.

Setelah bermain dengan perasaan sendiri, dia mengambil keputusan untjk keluar mencari Harraz. Mungkin jam seperti ini Harraz berada di bilik kerjanya. Tanpa membuang masa lagi dia turun dari katil dan mengangkat kaki keluar dari bilik.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 17 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bahagia Milik Kita✧Where stories live. Discover now