| 4

40 4 0
                                    

Sudah seminggu Berkenalan dengan  Harraz tapi tetap sama. Hubungan mereka seperti ada batas diantara nya.

Jarang bergaul walaupun mereka selalu bersemuka. Harraz yang bersikap dingin dengannya, dia pun tidak kesah atau mengabil kira. Dia juga hanya membuat kerja sendiri.

Mawar selalu berbual dengan  Puan Zara. Sikapnya yang selalu prihatin kepadanya buat Mawar rasa di sayangi. Mama Harraz  selalu menanya nya kabar. Rasa rindu pada arwah mama terasa sedikit ringan dengan adanya kasih sayang Mama Harraz yang panas mengalir dalam diri Mawar.

Sekarang mereka mengadakan majlis ulang tahun Alara. Mereka semua berkumpul hadapan halaman rumah, dia pula mengambil angin di belakang rumah. Rasa sesak nafasnya bila ramai tetamu yang datang. Tidak biasa.

Walaupun adanya dia di ruang majlis itu, dia hanya seorang. Dina pula pulang ke kampung. Lagipun, Dina tak berani nak pergi rumah ni. Katanya takutlah dengan papa.

Mawar tarik nafas panjang. Berfikir macam mana lagi cara dia untuk berdepan dengan mereka. Lagi-lagi dengan Alara. Mawar berfikir buat ucapan ringkas untuk Lara.

Tahun lepas dia hanya meletakkan ke depan bilik dengan kad ucapan sekali. Hubungan lara dan Mawar tidaklah rapat. Mawar perasan Lara selalu ingin dekat dengannya tapi setiap kali mereka berjumpa, papa dan mama Yana beri isyarat mata ke arah Lara, seperti tidak menyuruh dekat dengannya. Dan sampai sekarang hubungan mereka masih dibataskan.

Teringat satu kejadian di mana dia baru pulang dari percutian ke sabah, dia menang pertandingan Piano. Dan di situ la dia tahu papa seperti tidak mahu dia menganggu Lara.

Dalam hatinya, tak sedetik pun ingin berdendam dengan Mama yana ataupun Lara. Kalau boleh dia juga inginkan kasih sayang dari mereka. Kasih sayang ibu. Kasih sayang adik. Dia mahu seperti yang lain. Rapat dengan adik. Tapi dia tidak, dia juga tiada hak ingin bersuara tentang itu.

Kadang-kadang dia seperti penumpang yang tinggal di rumah ini. Jujur dikatakan, Mawar memang pernah putus asa untuk terus berada di sini. Mungkin orang yang nampak dia sepertinya tidak  kisah, tidak sedih. Tapi tidak di dalam. Kalau dia boleh keluarkan sakitnya tanpa kata mungkin mereka juga tidak mahu menerima nya.

Mawar tahu, bukan dia saja yang diuji oleh-Nya. Mungkin ramai lagi orang yang lebih sakit dari dia. Tapi tidak selayak itukah dia mendapat secebis kasih sayang?.

Langit malam yang cerah, ditemani bulan penuh. Cengkerik yang berbunyi kuat buatkan malam lagi hidup.

Angin malam yang sejuk buatkan Mawar terus masuk ke dalam. Niat ingin ke dapur terhenti melihat satu bilik yang pintunya terbuka.

Kening di jungkit.

Tidak tahu apa, tapi hatinya terdetik  ingin masuk ke dalam. Kaki perlahan-lahan melangkah. Pintu yang sedikit terbuka di tolak luas. Gelap.

Tangan meraba-raba dinding mencari suiz lampu.

Jumpa!. Suiz lampu dihidupkan.

Suasana bilik itu kemas dan teratur. Kaki mawar melangkah ke hadapan melihat perabot-perabot yang di tutup dengan kain putih.

Saat tangannya yang gatal membuka kain pada satu perabot yang dekat dengannya di situ lah mula tangannya mengigil.

Piano antik yang sedikit berhabuk di pegang Mawar. Ini piano kesayangan Mama. Masa zaman kanak-kanaknya dulu, Mawar selalu melihat Mama memaikan piano. Dan disitu la mulanya dia belajar cara bermain piano. Bagi dia bunyi piano itu buatkan ketenangan.

Lama tidak melihat piano ini, Mawar juga sudah lupa. Mawar meletakkan tangannya ke piano. Habuk yang ada di kerusi di tiup kuat.

Perlahan-lahan tangan lembutnya menari nari di atas keyboard piano.
Lagu Merry Go Round Of Life, di mainkan Mawar.

Sedang dia asyik tekun memainkan piano mengikut rentak melodinya, tidak sedar mereka yang di luar tertanya-tanya.

"Siapa main piano malam-malam ni?". Tetamu yang ada di situ mula berbisik sesama sendiri.

Bahu Dato Sufi dipegang Puan Yana."Abang.. abang ada hire orang main piano ke?."

Dato sufi kerut kening. Setahunya dia tidak mengupah sesiapa untuk main muzik malam ni, dia takut menganggu jiran tetangga.

"Takde. Abang tak hire siapa pun. Tapi bunyi ni, dari dalam."

"Kak Mawar." Sebaris nama yang di sebut Alara buat kedua mereka menoleh ke belakang.

"Terima kasih la sebab sudi datang ke majlis anak kami." Mereka berjabat tangan.

Encik Malik tarik  senyum. "Terima kasih juga sebab sudi jemput kami.

Dato sufi ukis senyum. Pegangan tangan isterinya di balas.

"Ni rupanya anak kau si Mawar tu pandai main piano... Mawar sebijik sama  macam arwah Rossa dulu. Sekarang bakat pun Rossa turunkan kat Mawar ye, sampai muka pun sama." Encik Malik tawa ramah.

Dato sufi hanya diam. Senyuman hanya diukir. Dia tidak pernah ambil tahu pasal Mawar hingga kini. Dia takut..

"Saya minta diri la dulu ya Dato. Dah lewat." Encik Malik segera meminta diri. Mereka bersalaman.

Ramai tetamu yang hadir juga beransur pulang.  Mereka juga mula berkemas.

Tangannya berhenti mengikut rentak melodi. Mata yang dipejam tadi dibuka perlahan. Setitis air mata Mawar yang mengalir laju di hapus perlahan.

Perasaan yang semakin hanyut memakan diri buat Mawar bangun dari duduknya dan terus keluar dari bilik itu. Tidak sanggup mengingat memori lama yang indah bersama Mama.

Pipi di lap kasar. Tidak mahu orang melihat dia menangis. Lagi lagi Papa. Dia tidak mahu Papa melihat dia yang lemah begini.

Mawar menepuk dahi. Baru teringat yang dia belum beri hadiah untuk Lara.

Perlahan-lahan kaki menapak ke hadapan mencari hadiah yang di letaknya di meja.

"Jumpa pun". Tangan Mawar terus mengabil kotak berbalut kertas hijau itu.

Pusing sahaja ke kanan, semua mata melihatnya yang kaku memegang kotak hadiah itu.

Matanya tertumpu pada mata seseorang yang juga melihatnya. Mawar melarikan pandangannya ke bawah.

semua orang yang berkumpul  di situ memandang ke arahnya termasuklah Dato sufi.

Alara simpan senyum melihat kecomelan Mawar. Teruja melihat kotak yang di pegang Mawar. Ini yang dia tunggukan, hadiah dari mawar. Setiap hadiah yang diberikan Mawar pada ulang tahunnya, di simpan elok ke dalam almari.

Sejak dari kecil dia memang tidak rapat dengan Mawar. Bukan tidak mahu, tapi mama selalu berpesan kepadannya untuk tidak mengganggu Kak Mawar. Dan sampai sekarang niat dia yang ingin berada disamping Mawar menjadi pendengar, hanya terkubur lama.

Dia juga dalam diam meminati karya Mawar. Dia tahu Mawar pandai melukis. Alunan melodi piano tadi juga sudah dia tahu.

Mawar mengatur langkahnya ke arah ruang tamu. Kotak tadi dihulurkan Mawar ke Lara.

"Happy birthday Lara." katanga kekok sambil  mengukir senyum.

Huluran tadi di sambut Lara. Melihat senyuman Mawar buat dia ingin memeluk kuat tubuh itu.

"Terima kasih, kak Mawar." Sempat dia pegang tangan mawar yang memegang kotak itu.

Tbc

18/3  11:52

Love,

Bahagia Milik Kita✧Where stories live. Discover now