| 9

15 1 0
                                    

Genap sebulan perkahwinan mereka, hubungan mereka kekal seperti biasa. Harraz sibuk dengan kerjanya Mawar juga kerap di Galerinya. Mawar menghelah nafas. Hari ini hari minggu, tapi Mawar tidak berniat kemana-mana.

Pandangan dibuang ke luar tingkap. Matanya bergerak menangkap sebuah kereta berjenama berheti tepat dihapan rumahnya. Mawar diam memerhati. Menunggu kemunculan orang yang berhenti di hadapan rumah.

Jelas seorang perempuan keluar dari lereta itu. Mawar terdiam tertanya-tanya.. Perempuan?. adakah itu adik perempuan suaminya?.. Wanita itu berjalan menuju ke pitu depan rumahnya. Cantik dipadankan dengan abaya berwarna unggu.

Tanpa berlengah lagi, Mawar membuka langkahnya untuk keluar melihat perempuan itu.

Haura mengetuk pintu beberapa kali. Sempat dia membetulkan sedikit tudungnya. Haura tersenyum melihat Achik Kiah dihadapannya. Tubuh wanita itu dipeluk kuat.

"Ya allah, Achik!... hmm rindunya.." Achik kiah membalas pelukan itu dengan kuat. "Haura!.. Ya Allah nak.." Haura ketawa kecil sambil mengusap bahu Achik Kiah. Sudah lama dia tidak bertemu dengan pengasunhnya. Haura sudah mengaggap Achik Kiah seperti keluarga.

"Eh, meh masuk.. meh.." Pintu dibuka sedikit luas dan mereka berdua masuk bersama-sama. Haura duduk di sofa sambil matanya menerokai ruang tamu itu.

"Haura duduk dulu. Achik kiah buat air kejap.." Haura mencantas.. "Eh, takpe lah Achik.. Haura dah minum dah tadi.." Achik kiah mengukir senyum "Takpe, Achik buat kejap je.. Haura duduk je dulu nanti Achik suruh Dian siapkan bilik.." Haura mengangguk pasrah. Masak dengan sifat penyayang Achik kiah.

Beg kecilnya diletak di sisi.

Disisi lain pula, Mawar hanya diam memerhati dari jauh. Segan pulak dia nak tegur. Tidak lama kemudian Achik kiah kembali lagi dengan dulang ditangan. Air teh dihadangkan di meja. Haura hanya senyum. "Oh ye.. mama mana Achik?.."

"Mama kamu keluar tadi. katanya meeting.." Haura mengangguk kepala.

"Oh, sape je ada kat rumah?.. abang mana?.." Cawan kecil itu diangkat lalu air teh itu diherup perlahan.

"Abang kamu macam biasala Outstation.. Achik dengan Mawar ajelah dekat sini." Jawab Achik kiah sambil tertawa kecil. Dulang tadi dipeluk.

Haura mengangguk sekejap, sebelum keningnya ternaik keatas. "Mawar?.. kakak ipar Haura?.."

Achik kiah tersenyum mengiyakan. Haura terdiam sebelum mengajukan lagi soalan. "Mana dia?.."

"Kat atas kot.. nak Achik panggilkan ke?.." Achik kiah berura-ura ingin ke atas namun sempat ditegah Haura.

"Eh, Achik takpe la. Haura tak nak la kacau Kak Mawar.."

Achik kiah senyum dan meminta diri semula ke dapur. Kini tinggal Haura seorang di sini.

Mawar memberanikan diri turun ke bawah. Nanti pelik pulak kalau dia tak tegur. Dia menarik dan menghembuskan nafasnya perlahan.

Selesai menurun tangga, Mawar perlahan-lahan berjalan ke arah Haura yang masih duduk di sofa.

Mawar berdehem perlahan membuatkan Haura menoleh ke belakang. Muka itu kelihatan sedikit terkejut. Mawar tarik sengih.

"Urmm, sorry saya buat awak terkejut ke?..." Mawar mengambil tempat duduk di tepi Haura.
Haura diam sambil matanya yang terkebil-kebil.

"Kak Mawar?.." Mawar mengangguk perlahan.
Tiba-tiba Haura meluruh ke arahnya dengan memeluk erat tubuh itu.

Mawar terkejut tapi membalas juga pelukan itu. Haura menolak tubuh itu sedikit. Matanya, meliar melihat muka cantik Mawar . Dalam sedar bibirnya ternaik ke atas.

"Betulah cakap mama.. Kak Mawar ni cantik... Tengok depan-depan lagi cantik!.." Puji Haura. Nadanya sedikit teruja.

Mawar terdiam dan memegang pipinya. Pipinya terasa sedikit membahang. Haura tergelak kecil, melihat pipi yang mula memerah itu.

Setelah beberapa minit berlalu mereka kembali keposisi yang selesa. Tetapi Mawar kini duduk di sebelah Haura. Tangannya masih dipegang kemas oleh Haura.

Mereka berbual-bual, tapi lebih tepat lagi Haura lah yang banyak berceloteh. Dia menceritakan perjalanannya ke sini. Mawar hanya memjadi pendengar setia kadang-kadang terselit sedikit soalan untuknya.








《》 《》 《》

Kini mereka semua berada di meja makan. Menikmati makan malam bersama. Kedaan sunyi sebelum Haura memcahkan kesunyian di antara mereka. "Kak Mawar tambah lah lagi.. ha ni ambil sotong ni.. ni kesukaan abang tau.." Mawar senyum sambil mengangguk.

Haura dengan senang hati mengauk sotong masak kari itu untuk Mawar.

Puan Dayanah senyum memerhati. dia suka melihat kemesraan Haura kepada Mawar. Dia besyukur Haura menerima Mawar sebagai Kakak iparnya. Yalah sebelum ni Haura tidak mahu berenggang dengan Harraz. Haura cakap, kalau perempuan aka kakak iparnya tak cantik darinya dia tidak akan terima. Haura memang rapat dengan Harraz. Walaupun sifat Harraz yang agak dingin tapi sifat penyayangnya jelas dengan adik beradiknya.

Harraz hanya diam menikmati makanannya. Tepat petang tadi dia kembali ke Malaysia. Terkejut jugak la kehadiran Haura disini. Sempat jugak la dia dipeluk lama oleh Haura buatkan dia agak segan dengan Mawar. Tapi dia tidak menolak. Mawar juga hanya senyum.

"Abang.. abang beruntung tau dapat bidadari depan mata.. Nasib akak Mawar ni baik cantik pulak tu.. kalau tak Haura tak setuju abang kahwin..." Setelah berkata begitu Haura meneguk airnya sedikit.

Harraz berdehem perlahan, buatkan Mawar angkat kepala menoleh disisi sekejap sebelum kembali melihat pinggannya. Harraz mengangguk kepalanya mengiyakan pernyataan itu buatkan Haura tersenyum suka.

"Oh iya, Ma.. nanti Haura ingat nak ajak sepupu lain datang rumah.." Haura kembali menyuao nasi kemulutnya.

"Oh boleh... bagus la tu.. boleh juga Kak Mawar kamu ni kenal-kenal keluarga kita.. betul tak bang.." Kata Puan Diyanah sambil melihat muka suaminya.

Tengku Harman mengangguk setuju. "Hmm, betul la tu.."

Harraz dan Mawar hanya diam. Mawar juga hanya menayangkan senyumannya. Tangan lincah memotong sotong itu, kemudian dimasukkan kemulutnya. Sedap!.. Jujur dia kata.. Mawar tak minat dengan Seafood. Dan tak pernah terfikir nak makan Seafood Ini kali pertama dia makan sotong seumur hidupnya.

Diam-diam dia sudah merasa lain



Hi guys. meh ler support saya 😌🙌

Bahagia Milik Kita✧Where stories live. Discover now