| 11

16 1 0
                                    

Mata dibuka perlahan-lahan. Telinga menangkap bunyi mesin. Tangannya yang kebas cuba diangkat. Mawar melihat tangannya yang dicucuk IV drips itu terus berkerut dahi menahan kebas. Tekaknya juga terasa perih. Mata meliar melihat keseliling. Oh jadi dia memang pengsan lah semalam?.. Mawar mengeluh perlahan.

Perlahan-lahan dia bangun lalu berasandar ke kepala katil. Air botol disitu cuba diraih tapi tetap gagal.

Tiba-tiba pintu dibuka dari luar, terjenggulah kepala Harraz melihatnya. Harraz perlahan-lahan menghampirinya. Mawar hanya diam tidak berkutik.

"Ada rasa sakit kat mana-mana ke?.. hmm?.." Tangannya menyentuh dahi Mawar.

Mawar hanya membiarkan tangan itu menyentuh dahinya sebelum menjawab. "Saya haus..."

Harraz menoleh kekiri mencapai botol air lalu membuka penutup botol itu sebelum dihulurkan Kepada Mawar. Mawar sambut huluran daripada Harraz lalu diminum perlahan.

Kemudian botol itu diserahkan kembali kepada Harraz. Matanya tidak lari dari melihat tangan  kekar itu menutup botol tadi.

Harraz berdehem.. "Kenapa kau makan sotong semalam kalau kau tahu kau alergik?.." Tanya Harraz dengan mukanya yang datar. Nadanya tidak marah cuma sedikit tegas.

Mawar kerut dahi. "Alergik?.. Doktor cakap saya alergik ke?.. jadi semalam saya.." Mawar memberhentikan bicaranya seperti sedang berfikir.

Kini Harraz pula yang kerut kening. "Kenapa?.. kau tak tahu kau ada alergik?.."

Mawar tersentak. "Saya.. saya tak pernah makan seafood, sebab tu saya tak tahu kalau saya ada alergik seafood."

Harraz terdiam mencerna kenyataan Mawar. Tak pernah makan?. Mustahil.

"Kenapa tak makan?.."

"Sebab saya tak suka..." Kata Mawar lagi.

Dua-dua mereka terdiam sebelum Mawar laju bertanya. "Jap.. Haura.. Haura macam mana?.." Kata Mawar sambil melihat tepat pada kedua mata itu. Dia takut kalau wanita comel itu rasa bersalah pada dirinya.

Harraz berdeham. "Kejap lagi kita balik.. Kau dah boleh discharge hari ni." Dalihnya.

Mawar terkebil-kebil sebelum mengangguk perlahan.

《》 《》 《》

Sampai sahaja mereka dirumah Haura terus menerpa memeluk tubuhnya. Belum sempat pun mereka masuk dah diterjah Haura dengan memeluk kuat badannya. Mula-mula Harraz lah orang pertama yang menegah Haura tapi siapalah yang nak lawan wanita comel itu. Dan sekarang dia masih dipeluk oleh Hauran dengan esakan kecilnya.

"Akak okay ke?.. hik..hik..hik.." Mawar senyum sambil mengusap lembut rambut itu. Dalam diam dia sudah jatuh sayang dengan Haura. walaupun Haura tinggal baru seminggu di sini, tetapi hubungan mereka seperti sudah tinggal dari kecil. Sikap manja dan comel Haura buat dia lagi suka. Sebelum ini dia agak kurang bergaul dengan Haura sebab janggal, tapi Haura selalu mengusik dan meluangkan masa bersanya. Dan dekat dengan Haura buatkan dia rasa seperti Keluarga..

"Haura... awak jangan lah nangis.. saya ok je lah."

Haura menggeleng laju. Kepalanya dimasukkan ke leher Mawar. "Tapi, kalau Haura tak bagi sotong tu Kak-". Mawar segera memintas. "Shh, ni bukan salah Haura.. Saya sendiri pun tak tahu saya ada alergik seafood." Pujuk Mawar dengan tangannya yang masih mengusap-usap rambut itu.

Haura berhenti sejenak. Kepalanya diangkat melihat muka Mawar.  Muka Haura yang sedikit sembab  buat Mawar risau.

"Jadi akak pun tak tahu akak ada alergik?.." Tanyanya dengan esakan kecil yang masih boleh didengari. Mawar mengangguk perlahan.

Tangannya laju mengusap pipi itu. Rasa seperti memujuk budak 5 tahun sedangkan Wanita yang berada di dalam pelukannya sekarang sudah mencecah 24 tahun. Kata Mama, Haura memang anak yang paling manja sebab dia bongsu.

"Dah, dah.. Haura jangan lah nangis lagi.." Haura mengangguk lalu duduk dengan posisi yang betul.

Harraz diam menjadi  penonton drama yang tak berbayar itu. Hampir 30 minit jugalah dia menuggu Mawar yang dupeluk oleh Haura. Puas memujuk budak manja itu.

Dia berdiri lalu bergerak ke arah mereka. "Enough Haura, bagi Kak Mawar berehat." Lengan Mawar diraih tanpa menunggu jawapan dari adiknya. Buat apa nak minta izinkan?. Mawar isterinya jadi suka hati dialah nak bawa Mawar.

Mawar hanya menurut. Sempat Haura memegang tangannya sebelum dia diheret sepenuhnya oleh Harraz menuju ke bilik.

Sampai dibilik, Harraz menolak lembut tubuh Mawar ke katil. "Rest.. kejap lagi makan.." Setelah itu, Harraz berura-ura keluar  namun ditegah Mawar.

"Awak marah ke?.." Tanya Mawar dengan nada yang perlahan. kepalanya masih ditundukkan sedikit. Sebenarnya dari tadi lagi dia ingin mengajukan soalan itu. Bukan apa, melihat muka ketat Harraz semasa mereka dalam perjalanan buat di takut.

Harraz kembali berpusing melihat Mawar. Dia mengeluh perlahan. "Aku tak marah. Tapi mulai harini aku nak kau berterus terang dengan aku. Kalau rasa sakit terus inform dekat aku.." Kata Harraz sedikit tegas. Ini lebih kepada arahan bukan permintaan.

Mawar diam sebelum menganggukkan kepalanya. "Terima kasih sebab prihatin dekat saya." Kata Mawar.

"Itu tanggungjawab aku. Kau isteri aku Mawar.." Setelah berkata begitu Harraz terus berlalu pergi tanpa menoleh kebelakang.

Mawar diam. Cuba mengimbas kembali nada Harraz  tadi. Selimut dibetulkan sebelum dia merebahkan badannya.

Just a short scene for today.... 😔

Bahagia Milik Kita✧Where stories live. Discover now