| 7

28 3 0
                                    

          Pingang di picit-picit perlahan. Pipi terasa lenguh. Seharian melayan tetamu di rumah Harraz. Tetamu pun tidak lah terlalu ramai. Cuma kenalan rapat keluarga Harraz dan keluarga Mawar.

Mata tunak ke arah Dina yang datang menghampiri ke arahnya.

"Mawar aku balik dulu tau." Mereka berlaga pipi.

"kau balik tu hati-hati..." Dina senyum ramah.

"iyaa.. kau tu pulak jangan nak nakal-nakal sangat. Ha, ni aku nak pesan sesuatu ni.. sekarang kau dah galas tanggungjawab sebagai isteri tau, apa-apa pun masalah jangan bertindak dalam emosi, pikir dulu. If you need help, just call me Mawar. Jangan pendam perasaan sorang-sorang ok?." Dina pegang erat tangan Mawar.

"Baik Puan Dina". Tangan naik ke atas seperti menabik.

"amboi... sindir aku ke.. tau la dia dah kahwin...Eh aku ni dah bersedia tau nak kadi isteri, kawan ko sorang tu je yang tak habis-habis bagi alasan". Dina tarik muka cemberutnya. Mawar gelak lucu.

"Eih, orang main-main je lah.. takyah la serius sangat. Takpe nanti aku paksa si Zaqwan tu pinang kau cepat-cepat".  Pipi Dina di cubit Mawar.

"Hmm, tolong brainwash  sekali otak Zaqwan tu. Jangan asyik dengan kerja aje, kesian bakal isteri dia ni.. sunyi.."

"Ye.. dah..dah lewat ni. Nanti tak sampai-sampai pulak kau kat johor." Badan Dina ditolak lembut oleh Mawar.

"Yelah, nak balik la ni.." Tangan Mawar disambut Dina. Mereka bersalaman dan berpelukan macam orang yang nak pergi jauh.

"Hati-hati tau..." Dina mengangguk sambil mengukir senyum. kaki melangkah keluar dari situ.

Mawar menghela nafas. Baju Gaunnya ditarik sedikit untuk menyelesakan pergerakannya.

"Mawar?... Tak naik lagi ke?. Tadi Harraz cari kamu nak ajak naik sekali... Mama ingat kamu dah naik dulu.." Mawar senyum kekok.

"Oh yeke.. Mawar tengok Dina pulang tadi... Harraz dah naik?."

"Haah, Harraz dah naik dah. Mawar pergi lah naik berehat...".

"Kalau macam tu, Mawar minta diri dulu la mama".

"yelah, mama pun nak naik jugak ni". Mawar senyum lalu melintasi Puan Zara.

Mawar berhenti di hadapan pintu bilik Harraz. Menarik nafas panjang-panjang. Sempat beristighfar dalam hati untuk meredakan jantungnya yang sedang rancak berdansa.

"fuh, chill Mawar. Act cool je..." Nafas ditarik dalam dalam lalu dihembus perlahan. Dia mula memulas tombol pintu dengan Bissmillah.

Buka sahaja pintu, dia tidak melihat Harraz di situ. Bunyi pancuran air buat perutnya semakin  keras. langkah di buka menghampiri katil bersaiz   king itu. Mata memerhati  segenap ruang di bilik itu. cantik!. Mawar suka melihat decoration bilik ini. Simple dan menarik. Warna dinding yang dipadankan dengan kelabu. Tidak terlalu gelap dan tidak terlalu terang, cukup buat enak mata memandang.

Kepala laju dipusingkan mendengar pintu tandas dibuka. Jantung mula berdegup kencang. Ditambah lagi dengan mata Harraz yang tunak memandang kearahnya.

"Awak dah habis mandi?. Saya.. nak mandi". Kepala masih menunduk melihat tangan sendiri. Tidak berani  melihat ke arah Harraz yang masih bertuala di situ.

Melihat tiada pergerakan dan jawapan dari Harraz, Mawar mula melangkah dengan kepala yang tunduk ke bawah. Gaun putihnya di tarik sedikit ke atas lalu berjalan melintasi Harraz.

Kejung seluruh badan, yang dirasakan saat ini. Dengan jarak yang agak dekat denganya dan tanggannya yang dipegang Harraz. Terasa sejuk tangan kekar itu menyentuh kulit mulusnya.

"kau tak salin baju dulu?." Harraz sengaja tidak melepaskan pegangan tangannya dari tangan Mawar.

"S---saya ganti dalam tandas je.." Mawar masih menekur di lantai.

"kau dapat ke buka zip kat belakang tu?... Nak aku tolong?. " Laju Mawar menggeleng.

"Takpa saya boleh bukak sendiri." Tangan Harraz yang masih memegang tangannya dilepaskan. Mawar mengambil kesempatan ini untuk berjalan laju masuk ke dalam tandas.

       Selesai membersihkan diri, Harraz masih belum masuk ke bilik mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       Selesai membersihkan diri, Harraz masih belum masuk ke bilik mereka. Mawar cuba melelapkan mata tapi tidak berjaya. Badan penat, otak juga inginya tidur tapi mata masih berkeras.

Mendengar pintu dibuka dari luar, Mawar cepat cepat menutup matanya.

Harraz masuk menghampiri isterinya. Melihat Mawar sepertinya sudah tidur. Dia memang sengaja keluar dari bilik tadi. Tahu Mawar masih malu dan belum selesa denganya.

Dan dia tidak akan tuntun haknya lagi selagi Mawar belum bersedia untuk memenuhi tanggungjawabnya yang itu. Dia faham, mereka masih dalam fasa menjalinkan cinta selepas berkahwin.

Badan direbahkan di  sebelah Mawar. Harraz menyelimuti dirinya dan juga Mawar. kepala dibawa dekat kearah Mawar lalu dicium dahi mulus itu. Mawar mengeraskan badannya.

Harraz baring dan  menyelesakan posisi pembaringannga. Mata dipejam rapat.

Hampir setengah jam jugaklah Mawar bertarung dengan jantungnya. Merasakan tiada lagi pergerakan disebelahnya, Mawar membuka sedikit matanya di sebelah. Melihat muka Harraz yang lena seperti bayi yang tidur. Badan dirapatkan sedikit, melihat wajah suamjnya dari jarak yang dekat.

Mawar dikira beruntung memiliki Harraz. Lelaki yang tidak pernah dimiliki oleh mana-mana perempuan. Tapi Mawar tidak tahu lah kalau Harraz mempunyai ex masa zaman sekolah dulu. Tapi Puan Zara cakap Harraz tak pernah bawa mana-mana peremouan untuk berjumpa denga  dia.  Harraz seorang worckholic, mungkin sebab itu jugak lah Harraz tiada masa untuk mana-mana perempuan.

Tapi kenapa dia yang dipilih Harraz untuk dijadikan isteri. Dipaksa?. Tak semudah itu lelaki di depannya ini dipaksa. Teringat waktu mereka pertama kali berjumpa. Hmm Dingin sangat. Senyum pun tak. Takdir dan jodoh, itu yang boleh disimpulkan Mawar saat ini.

"Saya minta maaf sebab tak jalankan tanggungjawab saya malam ni." Suara cuba dikecilkan. Takut buat Harraz terjaga.

"Saya boleh cuba untuk jadi yang terbaik buat kita..." Perlahan-lahan mata dilelapkan. kantuk menguasai diri dan dia pun diulit mimpi bersama dengan suami yang menemaninya.



Tbc

Don't forget to vote 🤭🌷

Florence☆
00:49

Bahagia Milik Kita✧Where stories live. Discover now