| 14

12 1 0
                                    

                     Telinga fokus mendengar seorang pekerja yang tampil dihadapan menerangkan peratus setiap tahun dalam jualan mereka. Kening sedikit berkerut, fokus.

Tiba-tiba seorang perempuan masuk dalam bilik mesyuarat itu setelah mengetuk pintu, seraya menghampirinya. Perempuan itu menghulurkan telefon kepadanya. Harraz angkat kepala melihat Secretary nya. Tangan laju menyambut huluran itu.

"Sorry, Tengku... telefon Tengku asyik berdering dari tadi. Saya rasa adik Tengku call.." Kata Nina kekok. Dia berniat untuk mengabaikan deringan itu, tapi telefon Harraz berdering beberapa kali buatkan dia tidak senang hati.

"Okay, thanks.." Tangan menhambut huluran itu. Kemudian tangannya memberi isyarat menyuruh Nina keluar.

Pekerja-pekarja yang berada di situ diam menanti. Harraz mula membuka telefonnya, terdapat 15 panggilan tidak terjawab dari Haura yang tertera dalam telefonnya. 

Kening berkerut, kemudian tangan menekan nombor Haura.

"Hello abang!... kenapa tak jawab call Haura!.." Setelah beberapa saat menunggu talian itu diangkat, kuat suara Haura menempiknya.

Harraz tayang wajah datar. "Kenapa call ni.. abang ada meeting.." Jawab Harraz

"Abang, tau tak Kak Mawar dekat wad!.. ada suara perempuan yang call Haura... Dia cakap dia ada call abang, Haura pun tak sempat nak tanya sebab terkejut sangat.. abang Haura tak dapat nak pergi sekarang, Haura terperangkap dalam jam ni.." Kata Haura dengan nada yang sedikit sayu.

Harraz terkaku. Lara?.. Dia kah yang menelefon tadi. Patutlah ada nombor yang tidak ada dalam kenalannya tadi dalam panggilan yang tidak terjawab.

Tanpa berfikir panjang dia menutup panggilan. "Sorry i have to go.. delays the meeting..." seraya itu Harraz bangun dari duduknya kemudian melangkah laju keluar dari bilik itu. Semua yang ada disitu terkebil-kebil melihat kepergian Harraz yang tiba-tiba. Mukanya kelihatan sedikit pucat.

Harraz laju mendail seseorang di telefonnya . "Jai bawa kereta aku kat depan." 

"Baik Tengku.." Kemudian Harraz menutup panggilan dan laju berlari menuju ke lif

Turun di bawah dia disapa lelaki Segak berkot hitam. "Tengku nak drive send-" Tanpa sempat Jai menghabiskan kata-katanya Harraz terlebih dahulu mengambil kunci kereta yang dihulur oleh Jai kepadanya. Jai terpinga-pinga.

Tanpa berkata apa-apa Harraz masuk ke dalam keretanya lalu laju memandu kereta menuju ke Hospital.

Dalam hati tidak henti-henti berdoa agar tidak berlaku yang serius pada Mawar.

Sampai di hospital, tubuh Mawar di atas troli di bawa ke bawah lalu ditolak menuju ke dalam hospital. Lara tidak berhenti untuk berada disamping Mawar. Mata Mawar yang sudah tertutup membuatkan dia semakin takut. Tangan tidak henti memegang kuat tangan itu.

Dia dan 3 orang nurse menolak troli itu bersama-sama. Setelah itu dia ditahan disitu. Hanya disitu sahaja dia boleh mengiringi Tubuh Mawar yang diam tidak bergerak. Pegangan tangannya terlepas dari memegang tangan Mawar.

"Sorry cik, awak tak dibenarkan masuk.." Kata nurse itu

Seorang nurse menahan badannya yang jatuh terkulai lemah di situ. Mata menghantar kepergian troli yang membawa tubuh Mawar.

Mereka membawa Mawar ke bilik rawatan

Lara masih terduduk disitu dengan esakan kecilnya. Pakaian dia juga habis yercalit dengan sisa darah Mawar. Lara menangis menyalahkan diri sendiri. Kalau lah dia pendam sorang-sorang tidak sesakit ini. Bukan ini yang dia mahu penghujungnya.

Bahagia Milik Kita✧حيث تعيش القصص. اكتشف الآن