| 6

23 4 0
                                    

Gugup. Itu yang dia rasakan saat ini. Mawar yang mengenakan Gaun labuh yang padan dan dipadankan dengan solekan tipis pada wajahnya yang sedia cantik. Hari ini lah hari sahnya dia sebagai isteri kepada Tengku Harraz

Terjongket-jongket Dina melihat sahabatnya yang cantik dengan gaun putih cream itu, ditambah lagi solekan tipis pada wajah Mawar. Sungguh padan sekali.Terasa sedih pun ada, tak sangka secepat ini masa berlalu.

"Ya Allah... cantiknya kawan aku ni!. Weyh, lawa siot kau.". Dina memeluk Mawar kuat. sempat juga melihat muka Mawar yang gelisah itu. Pipi Mawar dipegangnya.

"Hey, kau dah nak kawen tau... jangan rosakkan make-up kau ni. Please Mawar jangan sedih sedih macam ni.. aku tak suka tau tak..".

Pelukan Dina padanya diketatkan lagi. Perlahan-lahan air matanya jatuh menyembah pipi mulus itu.

"Alaa.. tak mo lah macam ni. dah.. dah.. jangan nangis lagi. Majlis kau dah nak mula tau tak. Tak seri muka tu nanti, kesian suami kau, awal kawen dah tengok muka sebam kau ni". Air mata Mawar di lap guna tisu di atas meja. sempat dia menyelit lawak hambarnya tadi.

Senyuman manis diukir buat sahabatnya. Tidak mahu menyedihkan suasana bahagianya sekarang.

"Ha!, kan lawa senyum macam tu." Pipi Mawar di cubit perlahan. Tidak mahu merosakan make up Mawar.

"Mawar, ingat tau. kau ni dah nak jadi isteri orang. jangan buat perangai tau. aku dah tak boleh nak ada selalu dengan kau, tapi tak bermakna kita jauh. Aku ada selalu ada untuk kau..."

"..dalam ni.." Dina mengambil tangan Mawar lalu diletak di dadanya.

Pupil matanya mula terasa panas. Air mata sekali lagi jatuh. Haih Dina ni tadi suruhnya jangan nangis tapi sepertinya dia yang menyuruh air mata ini jatuh.

Sekali lagi tubuh sahabatnya di peluk erat. Air mata Dina juga turut mengalir sama.

"Eih, kau la ni buat aku nangis." Dina cuma gelak dengan air mata gembira yang mengalir di pipi. Belakang badan Mawar di usap. Mawar sudah dianggap seperti kakak dan adiknya sendiri. Nangis mawar, sedih Mawar, bahagia Mawar semua sama dengannya. Dia sahaja yang tahu betapa sunyinya hati Mawar selama ini.

"Aku tak nak kau sedih sedih lagi tau. jadi isteri yang baik dan ibu yang terbaik buat anak anak kau nanti." Air mata Mawar di lap dengan berhati-hati.

Mawar mengangguk laju. Tangan Dina di pegang erat. Tidak tahu kenapa hatinya berat sekali ingin melepaskan Dina. Sepertinya mereka tidak akan bersua lagi.

"Dah... dah..aku nak keluar kejap, prepare apa yang patut. Nanti kak som panggil kau bawa keluar okay?." Tangan Mawar ditepuk sekali.

Belum sempat badan itu berdiri, tangannya di pegang Mawar erat.

"kau tak temankan aku ke?.." Mawar mendongak kepala melihat Dina.

Dina senyum. "ye aku ada je kat sini. Kak som cuma iring kau keluar jumpa bakal suami kau. aku uruskan makanan kat luar. nanti aku duduk belakang kau". Mawar senyum mengangguk faham.

Tubuh dina dilihat dengan ekoran mata.

Perlahan Mawar mengambil nafas beratnya. Dirinya beristighfar dalam hati. Meminta doa untuk menenangkan hatinya sekarang ini.

Adakah perkahwinan ini akan mengubah kehidupannya?. Bahagiakah dia dengan rumah tangga mereka nanti.?. Mawar menggenggam tangannya. Mengeluarkan segala kekuatan gang tersisa.

kepala digeleng-gelengkan. Tidak mahu menyusutkan lagi otaknya.

pintu di ketuk. Terjenggul kepala Kak som dengan Baju kurung kebayanya. Masih anggun dan sepadan dengan kebayanya walaupun berstatuskan janda. Perlahan lahan tubuh itu mendekat ke arahnya.

Bahagia Milik Kita✧Where stories live. Discover now