| 15

25 1 0
                                    

Seminggu telah berlalu, setelah kejadian yang menimpa dirinya. Mawar bergerak cuba menggerakkan sedikit bahu kanannya membuatkan dia mendesis sakit. Walaupun lukanya sudah kering namun tidak meninggalkan lagi rasa nyilu itu.

Nasiblah ada Haura yang sentiasa membantunya. Dari mandi, pakai baju sehinggalah makan. Mulanya Mawar menolak daripada disuap kerana segan dimanja oleh Haura tapi gadis itu masih berdegil ingin membantunya. Mawar pun terpaksa menurut, kalau tak merajuk gadis itu dibuatnya.

Ingat lagi sewaktu gadis itu membantunya membersihkan diri, sempat dia mengusik Mawar sehingga merah padam wajah itu.

Mula-mula dia segan meminta tolong daripada Haura. Tapi digagahkan juga daripada ditolong oleh Harraz. Oh no!. Mesti dia malu.

Dan sekarang dia termangu sendiri di katil. Mawar mengeluh perlahan melihat tangannya yang tidak mampu digerakkan. Susah sikit Mawar hendak gerakkan bahu kanannya, kerana rasa nyilu yang tajam menusuk dalam dagingnya.

Teringatkan Haura yang pergi bercuti bersama kawannya, gadis itu pergi dari hari jumaat lagi. Mawar menghelah nafas sekali lagi. Macam mana la dia hendak membersihkan diri kalau bahunya pun susah nak gerak. Kalau dia minta tolong Harraz?.. A big no.

Mawar cuba sekali lagi menggerakkan bahunya namun tetap dijawab dengan desisannya yang sedikit kuat. Bahunya luka dalam kot!.

Tiba-tiba pintu dibuka dari luar. Mawar diam dari posisinya.

Harraz masuk, matanya melihat Mawar yang diam menunduduk di katil. Dia mendekat.

"Kenapa?... Tak mandi lagi?.." Tanya Harraz sambio melangkah mendekati isterinya. Dia berdiri dekat dihadapan Mawar.

Mawar mengangkat kepalanya perlahan. Mata bundar itu menatap badan berotot Harraz. Dia meneguk air liur. Harraz diam melihat.

Kemudian dia menekur ke lantai semula. "Sa-saya... susah nak tukar baju.." Tangannya bergerak memegang bahu sendiri. "Sakit.." Tambah Mawar lagi.

Harraz berdehem. Dalam hati suka melihat muka Mawar, muka seperti ingin menangis. Tanpa menjawab dia berjalan ke wardrobe mengambil tuala bersih. Dan kemudian berjalan semula kepada Mawar.

Mawar masih diam memerhati. Harraz duduk melutut. Kini mukanya berhadapan dengan Mawar. Mata itu masih terkebil-kebil memandangnya buat dia sorok senyum. Rambut panjang isterinya yang jatuh di hadapan di tarik ke belakang.

Mawar diam terkejut. Mata tidak lari dari melihat kedua mata cantik milik Harraz. Kini Harraz mendekat ke lehernya. Terasa hangat nafas itu menghembus lembut lehernya. Harraz masih sibuk mengurus rambut panjang itu.

Kemudian dia memandang semula muka isterinya. Dia berdehem sebelum berkata.
"Biar aku tolong kau.." Ujar Harraz, tangan kekar itu mula bergerak memegang hujung baju Mawar.

Mawar mati kata. Kemudian dengan berani dia memegang tangan itu, menghalang. Harraz diam menatap mata itu.

"S-saya.." Mawar terkelu lidah. Dia berfikir, kalau dia tipu dia boleh bukak baju sendiri memang tak la. Kalau dia cakap dia malu?..

Pipinya mula berona merah. Harraz tahan senyum. Hailah isteri kenapa comel sangat ni. "Aku balut tuala ni, kau boleh bukak butang ni sendiri?.." Tanya Harraz masih menayangkan riak datarnya.

Mawar terdiam. Kepala bergerak ke tepi menoleh melihat tuala di tepinya. Kemudian dia mengangguk setuju.

Tanganya mula dilepaskan dari memegang tangan kekar itu. Harraz mengambil tuala yang sederhana besar itu, lalu dielebarkan sebelum di masukkan di tepi tangan Mawar dan di balut di belakang badan isterinya. Mawar diam melihat muka tampan Harraz. Tiba-tiba dia rasa susah untuk bernafas. Haraplah Harraz tidak mendengar degupan jantungnya yang berdegup kuat. Lagi-lagi apabila ditatap lembut oleh kedua mata cantik itu.

Harraz mengangkat keningnya. Tangan kedua-duanya setia memegang tuala menungu langkah seterusnya dari Mawar.

Dia tersentak, berhenti dari menatap mata itu, Mawar teruskan membuka kancing bajunya dengan perlahan.

Selesai membuka butang baju, Harraz terus menggerakkan tangannya membalut tubuh itu dengan tuala yang dipegang. Dia tidak sempat melihat apa-apa pun dari tubuh Mawar kerana dia sudah menutupnya daei awal pada bahagian dada Mawar dengan tuala yang dipegangnya.

Mawar mula terasa bahang dipipinya. Cuma dia cuba berlagak normal dihadapan lelaki itu.

Setelah itu tuala diikat kemas di tepi dadanya Mawar. Kemudian dia membantu Mawar mengeluarkan tangan dari lengan baju disebelah kanan, begitu juga dengan kiri.

"Kau nak aku tolong mandikan?.." Tanya Harraz jujur. Baju itu di letak di lengannya.

Mawar kelu lidah. "E-eh.. takpe saya boleh sendiri.."

"Its fine Mawar, i wont do anything to you.. but its okay if you uncomfortable..." Jawab Harraz dengan nada yang lebih lembut.

Mawar diam. Tahu keihklasan Harraz ingin membantunya. Kemudian dia menggeleng lembut sambil tersenyum

"Takpe, saya boleh sendiri..." Harraz kemam bibirnya kemudian dia mengangguk. Lalu berdiri dari melutut. HHarrazsekadar melihat tubuh itu lalu melintasi dirinya menuju ke Tandas.

Harraz ketuk dahi. Memang niatnha ingin membantu Mawar, tetapi tidak tahu pulak perbuatannya ini luar dari expectations.

Harraz setia menunggu isterinya keluar dari tandas. Risau kalau wanita itu memerlukan bantuannya. Lebih kurang dalam 30 minit begitu, Mawar keluar semula dengan Bathrobes yang dipakainya.

Mawar terkejut melihat Harraz berdiri tidak jauh darinya. Dia menarik sedikit kain bathrobe menutupi dadanya.

Harraz jalan menghampiri Mawar. "Mawar.. aku nak cakap sikit.." Ujar Harraz, matanya tunjak melihat manta bundar itu.

Mawar terkebil-kebil. "Er... hmm bagi saya ganti baju kejap.." Pinta Mawar. Harraz terdiam mengeluh nafas panjang.

Kemudian tangan isterinya ditarik masuk ke ruang persalinan mereka. Mawar hanya menurut, masih memproses kelakuan drastik Harraz.

Ditenung lama muka cantik Mawar. Naik segan Mawar melihat Harraz tenungnya lama.

"Aku nak kau selesa dengan aku Mawar." Dia memegang tangan isterinya.

"Aku tahu ni susah untuk kita berdua, tapi kita boleh cuba." Mawar diam. Cuba mencerna apa yang dikatakan Harraz.

"Apa maksud awak?".

"Maksud aku, aku nak kau anggap aku sebagai suami kau.". Tenang mata hitam itu menyelam masuk mata hitam Mawar. Mawar terbuai melihat keikhlasan suaminya.

Harraz mengeluh "Aku tahu kau yak selesa dengan aku, aku tak paksa Mawar... Tapi please.. anggap aku suami kau..." Luah Harraz. Dia tahu Mawar malu dengannya, tapi tidak untuk Harraz , baginya, dia nampak seperti suami yang tidak mampu membahagiakan Mawar. Dan itu membuatkan dia marah. Sejak Mawar tinggal di kediamannya menjadi isteri sah kepada Harraz banyak kejadian yang menimpa. Sejujurnya dia marah pada diri sendiri kerana tidak mampu membuat wanita itu bahagia.

Justeru dia sama seperti keluarga Mawar di sana, yang membiarkan Mawar tergapai sendiri.

Sebal dengan sikap sendiri akhirnya Harraz berani meluah.

"Mulai, hari ni aku nak kita jalankan tamggungjawab sebagai suami isteri... kecuali yang satu tu. aku tak kisah kalau kau tak bersedia lagi.. Tapi tolong Mawar, cakap dekat aku kalau kau nak sesuatu... Luah apa yang kau rasa dekat aku..." Luah Harraz sambil meninggalkan lagi jarak diantara mereka.

Mawar terkaku bibir di kepam. "Awak, boleh tolong saya pakaikan baju?... tangan saya masih nyilu.." Pinta Mawar.

sambil-sambil tu meh lah vote 😔🤍

Bahagia Milik Kita✧Where stories live. Discover now