| 5

35 5 0
                                    

Simple

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

Simple. Mawar hanya mengenakan kemeja yang dipadan kan dengan shawl miliknya. Biasa sahaja. Hari ni dia ke rumah Harraz, makan tengah hari bersama keluarganya.

Sepatutnya hari ni Mawar menghadiri kelas musik, tapi awal pagi lagi dia dikejutkan dengan deringan telefon. Ingat siapa la yang menelefon pagi pagi ni, rupanya bakal mak mertua sendiri. Puan Zara menjemputnya datang ke rumah. Katanya datang makan tengahari bersama. Kalau tolak, lain la pulak. Terpaksalah Mawar tangguh kelas musik.

Mawar menilik tubuh ke cermin. Bibir pinknya dicalit sedikit pelembap. Natural. Dia suka penampilan yang natural. Tidak berlebih, cukup buat dia selesa.

Kaki di bawa turun ke bawah. Suara Harraz yang bersembang dengan Dato Sufi di tujunya.

Tanpa di sedari Harraz, Mawar hanya berdiri kaku melihat mereka. Melihat senyum Dato Sufi yang tidak pernah di lihat buat Mawar sedih.

"Mawar?.

 Harraz melihat Mawar yang termenung berdiri tidak jauh dari mereka.

Mawar diam. Kaki melangkah keluar, meninggalkan Harraz termangu sendirian.

"Harraz minta diri dulu papa." Harraz meminta diri.

"Hati-hati Har."

"Awak yakin dengan keputusan awak nak kahwin dengan saya?"

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

"Awak yakin dengan keputusan awak nak kahwin dengan saya?". Tangannya dikuis-kuis.

Harraz memandang sekejap ke kanan."Kenapa?, kau tak yakin aku boleh bahagiakan kau?.. Kau tanggungjawab aku Mawar. And real men will keep their promises."

"Sampai bila awak nak simpan saya." Lama mereka mendiamkan diri, sebelum Mawar membuka bicara menutup jurang kesepian di antara mereka.

"Maksud kau apa Mawar?". Dingin. Nada keras Harraz buat Mawar tutup mata sekejap.

"Perkahwinan kita..., sampai bila awak nak simpan saya lepas kita kahwin?. Yelah perkahwinan kita ni bukan kehendak kita sendiri tapi perancangan orang tua. Saya tak rasa awak nak simpan Saya lama-lama". Tidak sinis, tapi cukup buat Harraz kepal tangannya.

Gigi diketap kuat. "Sampailah kau tahu apa erti bahagia. Aku kahwin dengan kau bukan suka-suka. Aku terima aturan papa mama untuk jodohkan kau dengan aku kerana Allah."

Mawar mengemam bibirnya. Tiba-tiba dia merasakan sesuatu perasaan yang masuk terselit dalam jiwanya.









"Mawar ok tak ni?.. dapat tak potong sayur tu.. nak mama tolong?. Melihat Mawar yang terkial kial memotong sayur buat Puan Diyanah senyum. Senduk di pegang di lepas ke pinggan.

Dia menghampiri ke arah Mawar. "Meh sini mama ajar..." mereka bertukar tangan. Berhati hati, Puan Diyanah menunjukan cara yang mudah untuk memotong sayur. Tangan itu bergerak debgan lincah buat Mawar terpegun.

Bukan tak pandai, pandai... Cuma Mawar jarang sekali berada di dapur. Di rumah mereka, bukan dia yang masak tapi pembantu rumah. Dia juga pernah mencuba menolong memasak, tapi apa yang terjadi?.. Dapur besar rumah mereka Pernah separuh terbakar oleh Mawar. Dan di saat itulah Mawar memutuskan untuk tidak jejak kakinya lagi ke dapur.

Mawar senyum kekok. Malu jugak la, dia perempuan dah nak jadi isteri orang pulak tu tapi potong sayur macam ni pun dia tak reti. Haduh, malu.. mak mertua sendiri pulak tu yang offer nak ajar dia.

"Mawar, sebenarnya tak berapa pandai nak masak". Mawar garu kening.

Puan Diyanah ketawa lucu melihat kecomelan Mawar. "Takpe Mawar.. kan boleh belajar. Ha, senang-senang Nanti datang la kat sini.. Mama ajar Mawar masak. Boleh jugak kita borak sama-sama". Pelawa Puan Zara.

Mawar senyum. Suka melihat kemesraan Puan Diyanah.

"Mama, boleh Mawar tanya."

"Tanya ye?.. hmm boleh."

"Apa favourite food Harraz?".

Puan Diyanah tarik senyum. "Ouh kamu nak belajar masak favourite food Har?.. eh boleh boleh.. Har suka makan laksa sarawak."

"Ouh, so Mama boleh tolong ajar Mawar masak kan?."

"Boleh sayang."

Mawar senyum seketika dan kembali mengajukan soalan kepada Puan Diyanah. "Oh ya.. Siapa yang asal dari sarawak? Mama ke papa?.

Sayur yang di potong  tadi, di cuci puan Diyanah. "Mama, mama asal dari sarawak... Mama jumpa papa masa belajar kat london dulu."

"Ouhh, sape first confess dulu?, Mama ke papa?.." Mawar terus mengusik Puan Diyanah.

"Hehehehe, dulu papa Har tu beku je.. layan mama pun nak tak nak je. Tapi papa tu penyayang orangnya. So disebabkan papa Har tu egois sangat, terpaksa la mama ni confess dulu." Muka 'redha' di tayang Puan Diyanah

Mawar gelak. " Sweet nye".

"Mama je yang sweet-sweet ni, papa kamu hmm tunggu nak sakit dulu lah baru nak manjakan mama."

"Tengok Har tu, ha sebijik macam papa dia. Dua dua beku. Entah tertelan Ais batu mana entah dorang ni sampai beku nak mampus." Puan Diyanah mula membebel. Segalanya di ceritakan ke mawar. Dulu dia selalu keseorangan. Suaminya kerja Harraz pun ikut sama. Dia seorang diri di rumah. Dia bukan macam wanita-wanita di luar sana. Keluar berjumpa dengan ahli persatuan mereka. Sekarang adanya Mawar disini dapatlah mengisi kekosongan dirinya.

"Mama, Mawar nak tanya sikit boleh?".

"Ye Mawar, tanya apa?".

"Kenapa, pilih Mawar jadi menantu?.."

Puan Diyanah terdiam membisu. Perkara yang dia takut untuk Mawar ketahui. Lagi-lagi itu bernaan dengan keluarga Mawar. Sekarang bukan masa yang tepat untuk di ceritakan ke Mawar. Dia belum bersedia melihat Luka yang sedia ada kian bertambah di sebabkan dirinya. Biarlah Mawar tahu dari mulut 'mereka' sendiri.

Tbc

22/3   00:42

Love,
Florence✧

Bahagia Milik Kita✧Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon