| 12

17 1 0
                                    

Seminggu telah berlalu, alergik Mawar semakin membaik. Harraz juga memberitahu Achik Kiah, untuk tidak menghidangkan sebarang makanan laut. Mulanya Mawar menegah, sebab dia juga tidak akan makan makanan laut. Tapi Puan Diyanah juga berpendapat sama. Dan begitu juga dengan Haura.

Mawar melihat kecermin. Tudungnya dibetulkan sedikit sebelum mengoleskan sedikit lip balm pada bibirnya. Sentuhan terakhir untuk menampakkan seri diwajahnya.

Malam ini mereka mengadakan Family gathering.  Mawar mengenakan Abaya berwarna hijau zamrud dipadankan dengan tudung shawl berwarna putih.

Keluarga kerabat Harraz akan berkumpul di Mansion ini. Mawar menghembus nafas sebelum kembali menilik penampilannya dicermin. Kemudian dia membawa langkah pergi ke bawah

Bunyi suara budak-budak semakin jelas di pendengarannya. Nampaknya, kali ini dia akan berjumpa dengan semua ahli keluarga Harraz. Kerana semasa hari perkahwinan mereka, tidak semua ahli keluarga Harraz dapat hadir pada majlis mereka.

Mawar bergerak memunculkan diri pada wanita-wanita yang berkumpul di ruang tamu. Mereka nampak galak bercerita.

Tiba-tiba satu suara menyampuk buat semua memandangnya..

"Dah muncul dah pengantin kita ni..." Kata seorang wanita sebaya dengan makciknya di kampung. Wanita itu tersenyum suka. Mawar hanya tersenyum malu.

Semua wanita yang berada di situ teruja. Ada yang menariknya suruh duduk disamping mereka. Ada yang hanya tersenyum sambil memangku bayi ditangan.

"Ni, Mawar... kenal kan, ni Kak long.." Makcik yang menariknya untuk duduk tadi mula memperkenalkan Wanita yang ada disitu. Mawar mengangguk perlahan.

"Hi, Mawar. Akak Haryna..Panggil aje Kak long. Sorry sebab tak datang wedding kamu haritu. Husband akak busy.." Kata Haryna a.k.a Kakak kepada Harraz dan Haura.

Mawar menggeleng sambil tersenyum ramah. "Eh, takpe lah kak, Mawar faham."

Tidak cukup dengan itu Makcik yang bernama Dayana tadi  memperkenalkan lagi seorang perempuan yang duduk di situ. "Ha yang ni Eryna, anak Mak long.." Mawar diam sekejap kemudian senyum ramah menyapa Eryna.

Kejap. Jadi Makcik ni Kakak Mama Harraz lah kan. Mawar terdiam seketika.

"Sorry tak sempat nak tegur haritu... saya pun terpaksa ikut Husband saya  outstation.." Kata Eryna sambil tertawa ramah.

Sedikit sebanyak, semua ahli keluarga Harraz semua sudah berkahwin yang membuatkan dia sedikit terkejut. Maksudnya, Harraz dan Haura diantara paling termuda di kalangan ahli keluarganya.

Mereka rancak berbual. Ada juga yang mengajukan soalan untuknya. Lagi-lagi soalan yang hangat.

"Ni Mawar... Macam mana kamu boleh kahwin dengan Harraz?.. korang bercinta eh?.. Takde lah setahu akak, adik akak sorang tu mana maunya nak bercinta... Akak pun terkejut dengar dia nak kahwin haritu.." Kata Haryna sambil menepuk-nepuk bayinya perlahan.

Semua kembali fokus padanya, menunggu balasan dari Mawar.

Mawar teguk air liur. "Sebenarnya, Mawar tak pernah pun bercinta dengan Harraz... Mama yang pinangkan Mawar untuk Harraz.." Kata Mawar. Kemudian, salah seorang dari mereka memetik jari dengan kuat.

"Ha tengok.. aku dah cakap dah. Mak ngah yang kahwinkan korang tak percaya cakap aku..." Mawar terdiam melihat wanita yang tiba-tiba datang menyampuk perbualan mereka. Wanita yang berambut pendek dengan seluar jeans dan baju t-shirt baggie datang menghampiri mereka lalu duduk.

"Amboi, Zah... Dah takde adab sopan ke main terjah macam tu." Tegur Mak Long disampingnya.

"Haih, Mak long pu  tak tahu ke.. Takkan Mak ngah tak bagitahu.." Kata wanita yang dipanggil Zah tadi. Mawar hanya diam.

Bahagia Milik Kita✧Where stories live. Discover now