2

2K 111 9
                                    

__________

"You have a place in my heart no one could ever have."

__________

Jayden Sullivan leka menyiapkan kerjanya di komputer. Sesekali tangannya menyelak file kerja yang berterabur di atas meja kerja.

Tok! Tok! Tok!

Pintu pejabatnya diketuk beberapa kali oleh seseorang.

" Masuk. "Arah Jayden.

Dua lelaki tinggi lampai serentak melangkah masuk ke dalam pejabat Jayden dengan sebuah senyuman penuh makna.

" Nak apa? "Soal Jayden garang kepada dua manusia itu.

" Garangnya. Sebab tu tak ada perempuan nak dekat kau. " perli Ethan sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di atas sofa walaupun tidak di suruh oleh Jayden.

Jayden memandang Ethan tajam.

" Jay, aku nak cakap sesuatu ni."
Hayyan mula berbicara setelah dia sekadar memerhati  tingkah Ethan Dan Jayden tadi.

"Hmm apa dia?" Soal Jayden yang kembali membelek file.

Ethan Dan Hayyan memandang sesama sendiri sebelum serentak dua manusia tampan itu memandang Jayden yang sedang kebinguggan melihat telatah mereka berdua.

"Ethan nak ajak kau pergi birthday party." Jawab Hayyan. Jayden memandang hayyan dan Ethan silih berganti.

"Tak nak." Balas Jayden pendek dan Jejaka itu kembali menyambung kerjanya. Tidak semena mena dua rakannya itu mengeluh pasrah. Hayyan menapak menghampiri Jayden.

"Please Jay, kali ni je. Malam ni birthday party Mia. Kau kena lah join sebab kau kan kawan Ethan. Lagi pun kau dah lama tak lepak dengan kami kan? " Pujuk Hayyan. Jayden diam.

"Hari ni birthday girlfriend kau ke?" Tanya Jayden pada Ethan. Ethan angguk sebagai jawapan.

"Kau tak ingat birthday Mia ke?" Sampuk Hayyan pula sambil mengerut dahi.

"Kenapa pula aku perlu ingat? Dia bukannya girlfriend aku." Balas Jayden selamba.

Hayyan tersengih memikirkan semula soalannya tadi. Betul juga, bukannya wajib untuk Jayden ingat tentang perkara itu.

"So? Kau nak join ke tak? Kalau boleh, join la. Kau kan kawan aku." Kata ethan pula. Jayden masih diam, sambil kepalanya memikirkan sesuatu. Melihat ethan seperti berharap, membuatkan Jayden sedikit serba salah.

"Ya, aku join." Balas Jayden.

Hayyan dan Ethan tersengih kemenangan. Akhirnya berjaya juga sesi memujuk Jayden Sullivan.

"Nice. Party tu dekat rumah Mia, majlis start pukul tujuh. Jangan lupa pula Jayden." Pesan Ethan yang sudah berdiri Dan ingin melangkah keluar dari pejabat itu

"Okey lah kalau macam tu, aku nak sambung buat kerja. Bye." Hayyan meminta diri. Begitu juga dengan Ethan. Dua Jejaka itu mula meninggalkan pejabat Jayden.

__________

Gadis itu mengesat peluhnya yang menitik. Dia kemudiannya tersenyum kecil melihat dekorasi meja makan yang kelihatan cantik dan berseri. Dia gembira melihat hasil daripada titik peluhnya sendiri. Tak sia sia dia menghabiskan masa hampir tiga jam untuk menghiasi meja makan itu.

Di Dalam Genggaman Mr. Jayden Where stories live. Discover now