8

1.8K 82 6
                                    


___________

"you're a bad idea but I like bad ideas"

__________


Jayden melangkah masuk ke dalam bilik Hazzel. Sekarang sudah larut malam, jadi dia yakin gadis itu pasti sedang tertidur lena.

Tepat jangkaan Jejaka itu, gadis itu benar benar sedang tertidur. Melihat posisi Hazzel yang seperti tidak selesa membuatkan Jayden memutuskan untuk membetulkan posisi gadis itu agar dia dapat tidur dengan selesa.

Jayden menarik selimut putih di hujung kaki Hazzel supaya selimut itu menutupi separuh dari tubuh gadis itu. Dia duduk mencangkung di sebelah katil itu menghadap wajah Hazzel yang sedang tertidur lena.

Jayden menatap kagum pada raut wajah Hazzel yang sangat cantik baginya. Dia tersenyum puas kerana akhirnya Hazzel kini berada di dalam genggamannya.

Inilah yang dia inginkan iaitu Hazzel sentiasa berada di depan matanya. Tangan kasarnya naik mengusap lembut pipi mulus milik Hazzel.

Matanya melihat pada setiap inci wajah Hazzel sehingga lah pandangan matanya terhenti pada bibir merah delima milik Hazzel.

Lama. Lama dia merenung pada bibir itu. Sejak berjumpa di rumah Mia, Jayden akui bibir Hazzel lah yang paling menarik. Entah kenapa, bibir itu seakan mengoda nafsu lelakinya.

Jarinya teragak agak untuk menyentuh bibir Hazzel. Segera dia mengeleng kepala. Cuba mengelak dari melayan fikiran nagetif yang cuba mengawal dirinya. Dia meraup wajahnya dan mula menapak ke belakang.

Dia fikir melihat wajah Hazzel dapat lah ketenangan tetapi dia silap, Jayden telah menjerat dirinya dengan nafsu sendiri.

"Ah shit." Dia memaki diri sendiri. Cepat cepat lelaki itu beredar meninggalkan bilik itu.

__________

Tok! Tok! Tok!

"Selamat pagi Cik Hazzel. Boleh saya masuk?" Hazzel yang baru Selesai mandi dan siap berpakaian menoleh ke arah pintu biliknya.

"Er.. Masuk lah." Jawab Hazzel acuh tak acuh. Tanpa membuang masa, Grey melangkah masuk ke dalam bilik Hazzel dengan wajah ceria.

"Awak nak apa?" Soal Hazzel pada Jejaka berambut blonde itu. Hazzel sedikit tertarik dengan pakaian grey hari ini. Grey nampak seperti putera pula bila memakai kemeja berwarna baby blue dan seluar straight cut berwarna champagne.

"Hari ni Tuan J tak ada. Jadi saya di arah kan untuk menemani Cik Hazzel sepanjang hari." Jawab Grey terus.

Hazzel mengigit bibirnya lembut. Bermakna, banyak peluang dia untuk bertanya soalan pada grey. Dan sambil itu di bolehlah melihat kawasan rumah ni.

Hazzel mengukir senyum penuh makna. Dia menapak mendekati Grey yang dari tadi berdiri seperti patung.

"Boleh teman saya pusing pusing satu rumah ni? Tapi sebelum tu.. Saya lapar." Hazzel mengosok perut nya yang sudah berkeroncong.

Grey mengangguk laju.

"Jom kita makan dulu. Makanan untuk Cik Hazzel memang dah dihidang. lepastu baru saya teman Cik Hazzel."

Mereka melangkah menuju ke ruang makan. Sarapan untuk Hazzel sudah tersedia dihidang di atas meja. Tanpa berlengah, Hazzel segera duduk untuk menikmati makanan itu.

Di Dalam Genggaman Mr. Jayden Where stories live. Discover now