17

1K 65 3
                                    

__________

"a liar."

___________


"I know you're lying to me." Marah Hazzel sebaik mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah. Dia dah boleh agak, Jayden memang tak ada niat pun untuk lepaskannya.

Hazzel rasa cerita di tanah perkuburan tadi tu hanya sekadar untuk merai simpati darinya.

Dia rasa sangat dikhianati bila Jayden tak mahu melepaskannya. Permintaannya cuma satu, dia hanya ingin pulang semula ke rumahnya. Susah sangat kah permintaanya itu?

Jayden mengurut pelipisnya. Dia mengeluh kecil melihat Hazzel yang sedang memeluk tubuh. Sudah dia agak, gadis itu akan menuntut janjinya.

"not now sayang... Please.." Tutur Jayden lembut.

"Then when? Awak dah janji nak lepaskan saya. Tapi tengok lah, awak tipu saya." Marah Hazzel lagi.

"Sepatutnya saya lari je dari awak tadi!"

Jayden mendiamkan diri dan terus mendaki tangga untuk ke biliknya.

"Urgh!!" Hazzel mendengus geram. Sakit hati bila Jayden tidak menghiraukannya. Hazzel menghempaskan tubuh badannya ke atas sofa di ruang tamu.

Baru sahaja Hazzel ingin melelapkan matanya disitu, Hazzel terasa seperti ada mata yang sedang memerhati.

Hazzel membuka mata dan dia sedikit terkejut sebaik ternampak Ethan sedang berdiri tidak jauh darinya.

"Ethan?" Soal Hazzel tidak percaya. Ethan menghadiahkan segaris senyuman untuk Hazzel.

"Hai Hazzel. How are you?" Soal Ethan sebelum menapak menghampiri Hazzel.

"As you can see, I'm not okey." Ucap Hazzel jujur. Ethan  menjadi serba salah.

"I wanna go home ethan, I can't stay here anymore. He treated me like I was a statue. Can you please do something? " Luah Hazzel. Jelas dia merai simpati dari ethan. Dia ingin keluar dari sini dan berharap ethan dapat membantunya.

"I'm sorry Hazzel. Aku tak boleh masuk campur dalam hal ni." Ucap Ethan jujur.

Hazzel mengigit bibir. Jujur dia hampa. Kenapa semua orang tak boleh tolong dia lari dari neraka ni? Nampaknya semua orang akan tutup mata dan pekakkan telinga mereka. Hazzel tahu, semua orang tak akan berani masuk campur bila perkara itu berkaitan dengan Jayden. Sedangkan Hazzel sendiri pun takut untuk lari, inikan pula orang lain.

"It's okey. I'm understand." Ucap Hazzel dengan nada kecewa.

Hazzel mula terfikir, sampai bila dia harus dikurung seperti ini? Orang sekeliling langsung tak membantu. Dia sendiri tak yakin dengan janji Jayden untuk melepaskanya.

Mungkin dia akan terus terkurung di sini sampai hujung hayatnya ? Mungkin hajatnya untuk berjumpa dengan abang kandungnya akan terkubur begitu sahaja?

"Kenapa awak datang sini?" Soal Hazzel.

"Aku cuma nak tahu apa sebenarnya yng terjadi. Kenapa Jayden jarang masuk kerja. And kenapa kau boleh ada dekat sini. Aku nak dengar dari mulut dia sendiri." Jawab Ethan jujur.

"Dan aku nak pastikan kau tak apa-apa."

Hazzel sedikit tersentuh mendengar kata kata Ethan. Sekurang kurangnya masih ada orang yang ingin ambil tahu tentangnya.

"Cik Mia macam mana? Dia okey?"
Soal Hazzel setelah dia teringat pada bekas majikannya itu.

"she's not okey sejak dia tahu kau ada dekat sini. Dia marah dekat Jayden. Sebab tu aku datang sini."

Di Dalam Genggaman Mr. Jayden Where stories live. Discover now