6

1.7K 93 3
                                    


________

"Welcome to wonderland, young lady."

______

Hazzel menyimpan pakaian yang sudah di lipat kemas ke dalam almari.
Anak rambut yang jatuh menutupi mata di selitkan ke belakang telinganya.

Gadis itu duduk di birai katil sambil matanya mula meliar melihat sekelilingnya. Bibirnya naik mengukir senyuman tipis.

Hati kecilnya bersyukur kerana dia masih mempunyai rumah ini. Rumah yang menyimpan seribu satu kenangan bersama keluarganya.

Mata Hazzel beralih pada sampul berwarna coklat di sebelahnya pula. Hazzel menarik keluar isi di dalamnya. Di dalam itu terdapat beberapa keping gambar seseorang serta sebuah alamat rumah.

Dia meletakan kembali sampul itu. Dia turun ke dapur untuk mengambil secawan air. Dia mengisi air ke dalam gelas sebelum meminumnya dengan perlahan.

Matanya terpadang pada tong sampah yang sudah penuh. Segera Hazzel meletakkan cawan itu ke dalam singki.

Dia mengeluarkan plastik sampah yang sudah penuh dari tong sampah untuk di buang. Hujan lebat di luar langsung dia tak hiraukan. Dia berlari kecil ke arah tong sampah di luar rumah. Sebaik sahaja dia sampai di situ, sebuah kereta besar berwarna hitam berhenti secara tiba tiba di belakangnya.

Dua orang lelaki keluar dari kereta itu  lalu dengan pantas menghampiri Hazzel. Hazzel jelas kelihatan binggung.

Semuanya berlaku dengan pantas, tiba tiba sahaja salah seorang dari mereka menekup sehelai kain pada mulut Dan hidung Hazzel membuatkan hazzel sedikit lemas.

Hazzel memberontak namun lama kelamaan pandangan Hazzel mulai kabur. Dia mula terasa berat Dan hendak rebah namun tubuhnya di sambut oleh salah seorang lelaki itu.

Melihat hazzel yang sudah lemah, mereka mengangkat Hazzel lalu meletakkan hazzel ke dalam kereta dengan berhati hati. Lelaki itu mencuit bahu Hazzel beberapa kali, namun tiada respon dari gadis itu.

Kedua lelaki itu masuk ke dalam perut kereta lalu memandu dengan laju meninggalkan kawasan rumah itu.

__________

Hazzel membuka matanya. Kepalanya terasa sakit dan sedikit berpinar. Dia Cuba duduk lalu bersandar di kepala katil. Dia melihat sekeliling.

Gadis itu terkejut. Ini bukan rumahnya. Bilik tidur ini kelihatan mewah dan cantik. Ini bilik siapa? Dia berada di mana sekarang?

Hazzel turun dari katil empuk itu dan Cuba untuk keluar dari bilik itu. Namun pintu bilik itu terkunci.

Dia dikunci?

Hazzel kembali teringat kejadian tadi. Adakah ini dikira sebagai... Diculik?

"Aku kena culik?!" Hazzel menekup mulutnya setelah tersedar dia sedikit menjerit. Kalau betul dia diculik, macam mana dia nak lari dari sini memandangkan pintu dikunci Dan tak ada satu pun tingkap di dalam bilik ini.

Hazzel berjalan kehulur ke hilir sambil memikirkan cara untuk keluar dari sana.

"rileks Hazzel. Jangan panik."Hazzel Cuba menenangkan diri sendiri. Dia terfikir sesuatu. Gadis itu berfikir untuk melihat ke dalam tandas. Kut kut ada tingkap yang membolehkan Hazzel keluar dari sini.

Di Dalam Genggaman Mr. Jayden Where stories live. Discover now